.::
PERTANDINGAN :- HIJRAH SI MAWAR BIRU BERDURI ::.
Dengan lafaz
Bismillah,
‘Ya Arani, apakah
bezanya wanita bukan muslim dan wanita muslim?’
‘Wanita muslim di
kalangan wanita bukan muslim itu diibaratkan bunga mawar berduri dalam kalangan
bunga-bunga yang lain di sebuah kebun bunga. Kecantikannya menonjol, menarik
perhatian makhluk lain namun sukar didekati, dan menjadi simbol sepanjang zaman
untuk kebun itu.’
‘Apakah kebun itu?’
‘Kebun itu
diibaratkan dunya ini, dan bunga itu perhiasan tercantik di kebun itu.’
‘Oh,begitu.’
Ana mengangguk-angguk
kepalanya. Arani, sahabatku yang muncul dalam mimpiku kadang-kala itu
tersenyum. Dia bingkas bangun, sebelum kita habis bertadarus bersama-sama dan
membincangkan lagi mengenai isi hati dan bagaimana cara Islam menyelesaikannya.
Dia berpaling dariku, dan mula berjalan ke cahaya yang ana tidak mungkin mampu
capainya. Aku tahu, bila dia ke sana, tidakku ketahui bila aku akan jumpanya
kembali, kerna biasanya dia datang menjumpaiku, bukan aku menjumpainya.
‘Ukhti Arani! Kalau
begitu, bagaimana pula dengan wanita muttaqin atau wanita mukminah?’ Aku menjerit
padanya, mengharapkan dia mendengarnya dan meluangkan masanya lagi denganku.
Langkahnya terhenti,
dia berpaling padaku, memandangku dengan pandangan yang mendalam. Di sebalik
niqab putihnya yang dipakai bersama jubah putih yang begitu suci kelihatan, aku
tidak mampu melihat apa ekspresi wajahnya itu.
‘Ya ukhti.’ Dia
bersuara. ‘Wanita mukminah itu lebih berharga, jauh lebih berharga dari wanita
muslim. Jika wanita muslim itu diibaratkan bunga mawar, maka ketahuilah. Wanita
mukminah itu diibaratkan seperti mawar biru yang berduri. Mawar biru yang sukar
didekati, sukar juga untuk dikesani. Maka jadilah wanita mukminah itu, kerna ia
adalah perhiasan yang terbaik bahkan jarang di dunya ini.’
Lalu dia pun
menghilang…
***
Wanita bertaqwa
itu diibaratkan seperti mawar berduri, sukar didekati, sukar pula untuk
dikesani
[AraniAnwah]
Sejak ana mendapat
mimpi itu, ana tidak dapat berhenti memikirkan kata-katanya itu. Dan kerna itu,
ana mula sedar. Sekiranya wanita muslimah itu begitu sukar untuk kita jadi,
apatah lagi untuk menjadi seorang wanita yang mukminah dan bertaqwa. Dan kerna
itu, ana sedar, penghijrahan kita bukan setakat berhenti untuk menjadi wanita
muslimah sahaja, bahkan untuk menjadi wanita bertaqwa itu.
Namun begitu,
bukanlah dinamakan seorang dai’e juga, jika dia tidak mengajak saudara
seislamnya, bahkan yang bukan Islam jua untuk menjejaki redhaNya di dunya dan
akhirat. Dan ana sedar, jika ana tidak melaksanakan jua tugas ini untuk membawa
kaum hawa untuk menjadi golongan mukminah dan bertaqwa itu, maka ana tidak
layak untuk menghadap di hadapan Al-Azim dan mengatakan ana sudah melaksanakan
tanggungjawab ana sebagai dae’i.
Oleh itu, inilah
menjadi sumber ilham ana untuk membuat satu pertandingan yang diilhamkan oleh
mimpi ini, dan bertemakan ‘Hijrah Si Mawar Biru Berduri’
Dan ana berharap,
insyaAllah ini mampu menjadi saham ana dan saham antenna semua.
InsyaAllah.
Dengan ini, ini
adalah butiran pertandingan ini.
>>>SYARAT-SYARAT
PERNYERTAAN<<<
1.
Ucapkanlah Bismillah, dan
niatkan dalam hati untuk Lillahi Ta’ala.
‘Sesungguhnya
setiap amal itu diterima berdasarkan niat’
2.
Pertandingan ini terbuka
kepada ikhwah dan akhawat.
Untuk
Akhawat :- Ceritakan pengalaman antunna bagaimana terbit dalam hati antunna
untuk berhijrah ke arah lebih baik dan kalau ada cabaran dan dugaan apakah yang
antunna lakukan.
Untuk
ikhwah :- Ceritakan tentang siapa akhawat yang mungkin antumma mahu mereka
berhijrah, dan mengapa mereka? Cerita juga apa yang antumma lakukan untuk
mereka berubah.
!Mohon
juga like page Arani Anwah : Dae’i Menuju Penghijrahan!
3.
Karya mestilah asli
dan bukan diciplak.
!Ceritalah
dari lubuk hatimu, dan janganlah cuba untuk merekakan sesuatu yang bukan benar
terjadi!
4.
Gunakan kreativiti
anda untuk menceritakan apa yang anda mahu, sama ada dalam puisi, cerpen,gambar,
bahkan jika lirik lagu mahupun video pun boleh.
5.
Gunakan ejaan penuh,
bukan SMS
!Penghantaran di komen, tidak akan dilayan!
7.
Setiap orang hanya
hantar satu pernyertaan sahaja.
8.
Pertandingan adalah
dari 14/07/2013 hingga 20/08/2013.
>>>
HADIAH PERTANDINGAN<<<
~HADIAH
PERTAMA~
-Abaya
hitam
-Tudung
Mesir (Petak besar/Petak kecil/Jalur/Kosong)
!Corak
dan warna mengikut pilihan pemenang!
-Niqab
2 lapis
-Stokin
Sandy
-Handsock
-Sarung
tangan
~HADIAH
KEDUA~
-Tudung
Mesir (Petak besar/Petak kecil/Jalur/Kosong)
!Corak
dan warna mengikut pilihan pemenang!
-Niqab
2 lapis
-Stokin
Sandy
-Handsock
-Sarung
tangan
~HADIAH
KETIGA~
-Niqab
2 lapis
-Stokin
Sandy
-Handsock
-Sarung
tangan
~HADIAH
TAMBAHAN UNTUK PERTAMA,KEDUA,KETIGA MENGIKUT JANTINA~
IKHWAH
:- JUBAH LELAKI LENGAN PENDEK
AKHAWAT
:- JUBAH COTTON MESIR
InsyaAllah,
marilah kita menjadi dae’imengajak ummah kita untuk berubah, berubah ke jalan
redhaNya.
Wallahu’alam.