.:: ANA MEMPUNYAI SEBUAH IMPIAN ::.
Assalamualaikum wbt,
Dengan lafaz Bismillah,
‘Tidaklah adil jika kita hanya mahu mentarbiyah orang yang hanya benci pada Islam. Apa kata, kita mentarbiyah dan memperkenalkan Islam kepada orang yang tidak pernah mendengar tentangnya?’
-Monolog hati-
“ Apakah impian enti dalam usaha dakwah dan tarbiyah enti?” satu soalan diutarakan pada ana. Ana tersenyum tersipu- sipu. Malu diutarakan soalan itu, malu lagi untuk menjawabnya.
“ Hanya supaya semua mengenal Islam dan bahagia bersama- sama dengan kita apabila di syurga kelak,” ana jawab. Memang itu jawapan lumrah ana. Sahabat ana menggeleng-geleng kepalanya.
“ Bukan itu jawapan ana mahukan,” balasnya. Terkejut ana mendengarnya. Dia menyambung kembali bicaranya sebelum ana sempat bertanya.
“ Maksud ana, dalam bidang dakwah dan tarbiyah, adakah enti mempunyai seseorang yang enti sendiri mahu mendekatinya secara peribadi? Membawanya mengenal Islam dengan titik peluh enti sendiri?”
“…”
“Jadi? Bagaimana?”
“Sebenarnya ada, tetapi-”
“ Ana dah agak! Siapa dia? Kekasih hati ke?”
Ana menggeleng kepala. Ana cuba mengumpul kekuatan untuk menjawab persoalan itu.
“ Seorang artis yang pernah ana minat. Ana mahu kalau boleh, meskipun dia tidak menerima Islam dan mengucap dua kalimah syahadah, sekurang-kurangnya ana mahu dia mengenal Islam dan sedikit sebanyak mengamalkan kehidupan yang dianjurkan Islam, dan bukannya mengikut arus hiburan dunia.”
“ Erk, itu jawapan enti?” dia kata sambil ketawa. Mungkin dia tak percaya, ataupun tidak menjangkakan jawapan itu. Dia menepuk bahu ana lalu berkata,
“ Sudahlah enti. Tidak baik tahu untuk menyimpan perasaan pada yang bukan mahram, apatah lagi seorang artis. Kalau mad’u enti dapat tahu, boleh bikin salah faham.”
Aduh, sungguh sakit rasanya hati mendengar sindirannya. Namun hanya senyuman sahaja yang ana mampu balas. Tidak mengapa, biarkanlah. Mungkin dia tidak faham akan niat ana yang sebenarnya.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala isi dadamu.
[Al- Quran, Al- Hadid :6]
JAHILIAH YANG MASIH TIDAK BERPISAH
Masih ana ingat.
Tatkala ana masih di zaman persekolahan, hanyalah Jepun di dalam minda ana. Dari budaya, makan minumnya, bahkan kawasannya dan pendidikannya adalah sebahagian daripada impian ana. Lebih dari itu, artis Jepun dan hiburannya juga menjadi nadi hidup ana tika itu.
Mungkin kerana darah ana memang ada darah Jepun. Mungkin juga ana seronok dan gembira, kerana ada juga orang yang berwajah seperti ana namun tidak dikeji kerana tidak cukup ‘kemelayuan’nya.
Eheh.
Dari pakaian, tarian dan lagunya. Semua ana tiru, semua ana hafal. Sehingga akhirnya ana menjadi seorang yang pergh! boleh kata paling bergaya dan paling ikut perkembangan fesyen. Pakaian mereka bukannya mahal dan susah didapati. Kedai ‘bundle’ ada, ‘reject’ pun berlambak sahaja. Pilih sahaja, nah! Tiga helai RM 10. Bukankah murah?
Namun waktu itu ana masih lagi menjaga maruah diri ana. Tidak merayau- rayau, tidak juga berdua-duaan (baca : couple) dan paling penting, tidak terlibat dengan masalah sosial. Paling teruk, kawan berbangsa Cina meminta menyamar jadi teman lelaki mereka untuk berpisah dengan teman lelaki mereka waktu itu. Namun tidak bermain dengan perasaan. Tidak lebih dari itu, waktu itu hanya niat ingin menolong.
Itu semua waktu jahiliah. Orang kata, waktu muda-muda. Waktu fikiran masih beranggapan ‘You only live once, so why not enjoy it?’ Bila dah masuk Sekolah Depan Zoo, baru hati diketuk pintu hidayah untuk berubah, meskipun begitu sukar sekali untuk berubah. Dari hanya berseluar dan t-shirt bundle, kepada berbaju kurung. Dari berambut pendek berstailkan artis lelaki Jepun, kepada bertudung litup bidang 45 ayu gitu.
Eh?
Akhirnya, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Sedikit demi sedikit akhirnya menjadi gunung pula. Tika itu, Alhamdulillah, semua mengenai Jepun dan budaya mereka semua telah dilupakan. Sehinggakan sanggup tolak tawaran biasiswa untuk belajar ke sana untuk ke Mesir, atas alasan ilmu agama dan perubatan sana yang begitu mahal untuk didapati.
Namun, ada sesuatu yang kurang.
Makin lama tinggal di Mesir, menelaah ilmu perubatan dan agama di sini. Makin lama mengenal erti dakwah dan tarbiyah, di samping menyertainya sama ada menjadi golongan yang didakwah dan ditarbiyah ataupun golongan yang mendakwah dan mentarbiyah. Masih ada sesuatu yang kurang. Sesuatu dalam diri ini masih hilang, masih kosong.
Perasaan itu berlarutan hingga akhirnya terpaksa dipaksa balik (baca : evakuasi) oleh kerajaan Malaysia atas pergolakan politik di bumi anbiya’ ini. Sewaktu sebulan empat hari di Malaysia,diri ini berasa semakin futur. Mungkin kerana sudah tidak berada di Mesir seperti ikut perancangan. Mungkin, sehinggalah seorang murabbi serta sahabat baik menghantar mesej pada ana,
‘Mungkin enti sudah hilang matlamat dakwah dan tarbiyah enti. Mungkin juga, enti perlu mencari matlamat jangka panjang di dunia untuk dakwah dan tarbiyah. Cara paling mudah, cuba cari seorang yang enti mahu dia mengenal Islam, untuk mengucapkan dua kalimah syahadah dan akhirnya menjadi buruh untuk membangunkan sinar Islam.”
Nangis.
Akhirnya ana menemui semangat dalam kata-katanya. Namun ada satu perkara lagi yang ana perlu selesaikan. Siapa mad’u pilihan ana untuk merealisisasikan matlamat itu.
Namun itu tidak berlarutan panjang. Allah Maha Merancang, InsyaAllah apa yang Allah merancang adalah yang terbaik. Pada suatu petang, terdetik dalam hati untuk menonton CD drama bersiri Jepun yang pernah dikumpul dahulu. Sedang menonton itu, tiba- tiba rasa minat yang dahulu pernah dilupakan kini bercambah kembali. Tetapi dari menjadi bunga yang asal, ia menjadi bunga yang lain. Dari berfikiran, “Ah, sungguh hebat mereka! Kakkoi ne! Sugoi ne!” pada berfikiran “ Mengapa mereka berkelakuan sebegitu? Mengapa akhlak mereka teruk meskipun kemajuan mereka adalah antara yang paling dikagumi? Mengapa mereka tidak menggunakan bakat mereka untuk-“
Ting!
Akhirnya diri ini tersenyum puas. Akhirnya ana sudah menjumpai matlamat ana.
Matlamat ana untuk mengubah rakyat Jepun, khususnya artis- artis mereka ke arah Islam! Untuk mengenal Islam!
Hoyeah!
Sujud syukur sambil ucapkan Alhamdulillah!
IMPIAN KAMU BESAR SANGAT! LUPAKANLAH!
“Mereka itu artis, bolehkah mereka terima?”
“ Mereka itu tak kenal awak, bolehkah mereka terima dakwah awak tu?”
“ Kos besar tu! Lupakan sahajalah!”
“ Orang Malaysia pun tak habis ditarbiyah. Nak ke negara lain!Fokus dahulu negara kita!”
Satu demi satu cemuhan diterima. Seorang demi seorang gelak akan matlamat ini. Seorang demi seorang mula rasa ragu terhadap apa ana cuba laksanakan ini.
Tarik nafas, mulakan dengan Bismillah. Lillahi Ta’ala.
Ya, ia sukar. Namun tidak mustahil.
Apa yang ana boleh lakukan adalah berusaha lebih kuat dan fikir luar dari kotak. (baca : think out of the box) Apa yang ana perlu lakukan adalah perbanyakkan DOA, USAHA lebih kuat, IKHTIAR secar kreatif dan TAWAKAL sepenuhnya pada Allah.
Formula D-U-I-T. Sesuai untuk dakwah dan tarbiyah. Sesuai untuk mencapai matlamat.
Masihkah kita lupa kuasa DOA ?
Adakah kita lupa, bahawa Nabi Zakaria AS pernah berdoa,
‘Ya Tuhanku, berilah aku keturunanyang baik dari sisi-Mu,sesungguhnya Engkau Maha Mendengar do’a.
[Al-Quran, Surah Al Imran :38]
Lalu diperkenankannya oleh-Nya hasil doanya yang istiqomah dan tidak putus-putus. Meskipun pada waktu itu mustahil untuk isterinya melahirkan anak.
Kuncinya di sini adalah Sabar dan Tidak Berputus Asa.
Masih perlukan bukti?
Satu do’a Rasullah SAW yang diperkenankan Allah SWT tatkala malam Khamis adalah,
“Ya Allah, muliakan Islam dengan Umar Al-Khattab atau Abu Jahl (Amru) bin Hisyam.”
Hasilnya?
Islamlah Umar Al-Khattab yang memiliki nama Al-Farouq.
Maka kuasa doa sebagai senjata mu’min tidak boleh disangkal lagi.
Bagaimana pula dengan USAHA?
Ana teringat, dalam sebuah drama bersiri Jepun berjudul ‘Risou no Musuko’. Dalam sebuah babak watak utamanya berbohong tentang keputusan ujian kebangsaan untuk kemasukan university pada ibunya untuk menyenangkan hati ibunya yang gusar tentang masa depannya. Dari mengatakan yang benar, bahawa dia mendapat tempat ke-274, dia mengatakan dia mendapat tempat pertama.
Namun adakah ia berhenti setakat itu?
Tidak! Sebaliknya sejak hari itu dia berusaha lebih kuat untuk mendapat tempat pertama! Sebagaimana dia berbohong pada ibunya itu.
Meskipun dia berbohong pada ibunya itu adalah perbuatan yang tidak wajar, namun dia cuba menebusnya dengan berusaha lebih kuat untuk mencapai matlamatnya untuk menyenangkan hati ibunya itu.
BERUSAHA LEBIH KUAT.
Itulah kuncinya yang kedua!
IKHTIAR pula bagaimana?
Ikhtiar dengan cara kreatif. Menggunakan 210% segala kebolehan dan bakat kita untuk melaksanakannya.
Sekiranya kita mampu berikhtiar untuk mencapai kejayaan dalam akademik, bagaimana pula dengan dakwah dan tarbiyah.
Bagaimana pula kita luaskan skop kita, “ Bagaimana untuk ana capai mad’u yang tak terjangkau? Mustahil atau tidak?”
Tentulah tidak!
Ana masih ada sisa- sisa bakat menulis ana. Dahulu digunakan untuk kegunaan masa lapang. Kini digunakan untuk bidang dakwah dan tarbiyah.
Ana masih ada kudrat untuk belajar bidang fotografi dan perfileman. Maka tidak mungkin ana sia-siakan!
Hendak tackle mad’u hendaklah kita sediakan dua perkara. Ta’aruf dan akhlak mulia. Selidiklah latar belakangnya dan kemudian berakhlak lah dengan akhlak dianjurkan Islam.
Bukankah itu mudah?
Akhir sekali, kita ber TAWAKAL pada Allah Maha Berkuasa.
Kita berdoa, berusaha dan berikhtiar. Maka selepas itu kita serahkan pada Allah. Namun bukan bermakna ‘selepas itu’ adalah selepas suatu tempoh masa, tetapi lebih kepada selepas kita melepaskan nafas terakhir di dunia ini.
JANGAN PUTUS ASA TERHADAP IMPIAN DAKWAH DAN TARBIYAH!
Satu perkongsian pada malam Ramadhan oleh sahabat ana,
‘Kita senantiasa meminjam teknologi mereka, kemajuan mereka yang berada di Matahari Terbit. Sedikit sebanyak ia telah memudahkan kehidupan kita di dunia ini. Bahkan untuk du’at yang memanfaatkan teknologi itu juga telah mendapat kelebihan di akhirat nanti insyaAllah.
Namun, tidak pernahkah kita terfikir untuk membalas jasa mereka sebagai seorang mukmin?
Untuk membawa mereka ke kesenangan dunia dan akhirat?
Lihat keadaan mereka sekarang. Meskipun kemajuan dan budaya mereka disanjung, namun hati mereka sengsara kerana jauh dari Islam.
Tidak takutkah kita untuk dipersoalkan mereka di Yaumul Hisab nanti?’
Tersedak.
Namun tersenyum dalam kebingungan.
Meskipun akan dicemuh dan dianggap gila kerana cuba membawa matlamat ini.
Namun…
Bukankah orang yang berjuang di jalan-Nya akan menghadapinya?
Jikalau itu adalah harganya, maka ana akan hadapinya!
InsyaAllah! Allah bersama ana dalam matlamat ini meskipun orang lain tidak!
Wallahu’alam.