.:: TARBIYAH FI
ARDHUL 'ANBIYA :- LI MAZA HUM, LEISA ANA? ::.
Dengan lafaz
Bismillah,
" Do you all
know Mahathir Mohamad?" tercengang kami semua. Soalan 'astaa ( pemandu
teksi) dituturkan dalam bahasa Inggeris pada kami. Ana terus menjawab.
"Aiwah, we
know him. He's our Prime Minister in the past year," ana balas balik
berbahasa Inggeris. Hendak bertutur Lughatul Arabiah Ammiyah secara seluruh,
masih dalam proses bertatih. Jawapan ana itu membuatkan 'astaa itu tersenyum
lebar, seolah-olah ia adalah berita gembira pada dia.
"Alhamdulillah!
I love him! I adore him! He's quite famous here in Egypt. He also once come
here at Egypt, and we the Egyptian loves
him awi awi!" dia berkata lagi dengan nada teruja. Kami semua mengangguk
mengiya-iyakannya. Sahabat ana yang lain sedang bersembang dengannya lagi
tentang Mahathir. Ana hanya tersenyum, namun otak ana mula ligat berfikir.
" Hairan,
kenapa Dr. Mahathir popular sangat di kalangan rakyat Mesir sini?"
" Apa
asbabnya?"
"Adakah
beliau telah melakukan apa-apa sumbangan pada negara ini sehinggakan mereka
begitu menyanjungnya? Hmm.."
Persoalan itu
terpaksa ditangguhkan. Kami sudah tiba di Kuliyyah Tibbul Am Universiti
Al-Iskandariah. Kami terpaksa mengejar masa untuk ke kelas praktikal
seterusnya. Namun begitu, hati ana masih tidak tenang. Fikiran ana masih tidak
tenang memikirkannya. Persoalan itu seolah-olah menghantui fikiran sepanjang
kuliah hari ini.
Sampai sahaja di
rumah, ana terus membuka computer riba
ana. Dicari juga maklumat mengenai mantan Perdana Menteri ini demi menenangkan
fikiranku. Dan selepas beberapa minit, ku dapat jawapannya.
Dan kini, ana
jumpa asbabnya,
1.
Dr.
Mahathir Mohamad pernah menjadi penasihat kewangan di negara Mesir yang telah
sedikit sebanyak menolong masalah kewangan di Mesir diatasi.
2.
Kehebatan
beliau kerna sokongan kuatnya terhadap masalah berkaitan masyarakat Muslim
khususnya di negara-negara diancam peperangan dan serangan dari negara Barat
tikat itu.
3.
Dianggap
sebagai salah satu pemimpin yang berjaya membangunkan negara Islam ke alaf
baru.
4.
Kepimpinannya
serta ketokohannya disanjung oleh orang Arab di sini.
Terdiam dan
tergamam sebentar ana tika ana membaca info-info ini. Malu, ana malu pada
beliau. Ana malu pada Allah SWT. Ana mula berasa diri ana ini rasa kerdil, rasa
rendah diri kerna tidak mampu untuk menjadi seorang yang hebat seperti itu.
Tika itu ana terfikir, sekiranya orang Mesir di sini tahu bahawa ana hanyalah
seorang rakyatr biasa yang mungkin jarang dan amat sukar untuk mencapai
kejayaan seperti beliau, apakah mereka akan berfikir? Adakah mereka akan
gelakkan ana? Atau mereka kasihankan ana? Ataupun, mereka pujuk ana,beri ana
semangat untuk bangkit kembali?
Saat memikirkan
andaian yang terakhir itu, ana tiba-tiba tersedar. Tersedar bahawa ana tidak
boleh bandingkan diri ana dengannya. Ana adalah ana, dan beliau adalah beliau.
Bukan orang yang sama, tetapi dua insan yang berbeza.
Al-Quran di
dalam begku dicapai dan dibuka pada muka surat yang tertera padanya suatu ayat.
"Hai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di
sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
[Al-Hujuurat:13]
Hati ana tersedar, semangat kembali
membara. Ayat itu berjaya menjadi pengantaraNya untuk kembali memantapkan
kembali pendirianku. Allah SWT tidak menjadikan kami semua sama, untuk
sama-sama mencapai kejayaan yang sama dan mencapai kegagalan yang sama. Tidak
sama sekali.
Tetapi Allah
SWT menjadikan kami berlainan, setiap orang berlainan antara satu sama lain,
untuk mencapai kejayaan yang berlainan dan kegagalan yang berlainan. Apa yang
sama hanyalah satu, iaitu pegangan mereka kepada Allah SWT, lalu mereka
mencapai kejayaan yang sama di dunya dan akhirat, namun jika sebaliknya, maka
sebaliknya akan berlaku.
Nauzubillah
min zalik!
Tetapi satu
lagi yang buat ana kembali sedar dari lemas dalam arus dunyawi ini adalah,
Sekiranya
Dr. Mahathir Mohamad mampu berjaya, mengapa bukan ana?
Ana teringat kembali kata-kata yang
diabadikan dalam sebuah buku bertajuk 'Enjoy Your Life' karya Dr. Muhammad Abd'
Ar-Rahaman Al-'Arifi yang ana baca semasa dalam perjalanan kuliah bersama
'astaa yang sama.
Dalam bukunya itu, dia menceritakan
kisahnya tatkala memberi ceramah dan waktu itu dia memetik kata-kata dari
Almahrum Sheikh Abd al-'Aziz bin Baz. Bila ceramahnya sudah berakhir, seorang tua
berkata padanya dengan bangga bahwa dia dan Sheikh Ibn Baz itu adalah rakan
talaqqi. Mereka berdua bertalaqqi bersama Sheikh Muhammad bin Ibrahim 40 tahun
dahulu.
Beliau
memandang ke arah orang tua itu dan melihat riak wajahnya yang gembira itu
masih belum pudar. Beliau berkata dalam hatinya, "Kesian padamu wahai
saudaraku!Engkau mengetahui jalan menuju ke arah kejayaan, mengapa kau tidak
mengikutnya? Mengapa tatkala Ib Baz meninggal dunya,semua orang menangisi
pemergiannya dari kawasan terpencil, institusi, negara yang pelbagai.Sedangkan
pemergianmu mungkin tiada orang akan menangisinya,melainkan kerna belas kasihan
mahupun adat."
Dari sini, terselit satu peringatan yang
amat bermakna dari seorang yang alim.
Tidak bermakna kita perlu merendah diri pada
mereka yang sudah berjaya, kerna kita juga mampu mencapai kejayaan.
Tidak bermakna kita boleh berbangga dengan
kejayaan orang di sekeliling kita,sedangkan kita sendiri tidak mahu sama
berjaya bersamanya.
Tidak bermakna bahwa kita gagal itu kita
tidak mampu berjaya seperti orang berjaya, kerna kegagalan dan kejayaan itu
bukan di tangan kita.tetapi pada kekuasaan Allah SWT.
Innama 'amalu bi niat…
Di sini,
muncullah suatu pengharapan kepada pergantungan Lillahi Ta'ala. Untuk berjaya,
bukan kerna manusia atau dunyawi, kerna sekiranya itulah matlamat kita, maka
sehingga ke penghujung usia kita takkan pernah capai kejayaan itu. Tetapi, jika
matlamat kita untuk berjaya adalah Lillahi Ta'ala, maka perspektif kita kepada
suatu kejayaan itu adalah suatu yang luas. Boleh jadi hanya kerna kita berjaya
menjalani hidup kita penuh dengan kebaikan pun sudah dikira kejayaan,kerna
itulah yang menjamin kejayaan kita di akhirat yang kekal abadi.
Wallahu'alam.
P/S:- No intention of politics here! ^_^ <3 ~
No comments:
Post a Comment