.:: MOH TADABBUR! :- SURAH INSYIQAQ (2/3) ::.
Assalamualaikum wbt,
Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Bacalah Al-Quran,
kerna ia adalah kunci pada hatimu.
[AraniAnwah]
***
‘Dan adapun orang yang catatannya diberikan dari arah belakang. Maka
dia akan berteriak, “Celakalah aku!”’
[Al-Insyiqaq : 10-11]
Di Yaumul Qiamah lah,
kegembiraan yang tidak berkesudahan dapat dirasai, dan penyesalan tiada
penghujungnya dapat dilihat. Tatkala ahli-ahli syurga bergembira tatkala
mendapat catatan amalnya dari sebelah kanan mereka, mereka yang mendapat buku
amal dari kiri mahupun belakang akan meraung dan berteriak akan penyesalan
mereka. Kerna mereka sudah mengerti, bahwa itu sudah menjadi kecelakaan
terhadap mereka yang tiada orang mampu nafikan.
Namun, mengapa ramai
antara kita masih tidak mahu sedar dan mengubah takdir itu?
‘Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala.(neraka)’
[Al-Insyiqaq :12]
Dan ditarik-tarik
mereka oleh malaikat yang ditugaskan untuk memasuki ke api neraka yang panasnya
tidak mampu digambarkan,dirasakan dan tidak terfikir oleh manusia di dunya ini
secara tiada relaan bagi mereka.
‘Sungguh, dia dahulu (di dunya) bergembira di kalangan keluarganya
(yang sama-sama kafir).’
[Al-Insyiqaq:13]
Bukankah Allah
memberi amaran tentang tipu daya dunya dan syaitan terhadap dunya itu? Bukankah
ramai Nabi, para sahabat bahkan ‘alim juga memberi amaran tentang dunya ini
menjadi penjara kepada orang mu’min? Mengapa kamu keluar dari penjara sementara
untuk meletakkan diri dalam gaung berapi tiada jalan keluarnya? Mengapa engkau
bergembira dengan kegembiraan sementara sedangkan kegembiraan abadi sedang
menantimu?
‘Sesungguhnya dia mengira bahwa dia tidak akan kembali (kepada
Tuhannya).’
[Al-Insyiqaq:14]
Atau adakah engkau
lupa, bahkan yakin Allah hanya membiarkan kamu hidup di dunya, kemudian mati
sebegitu sahaja tanpa menghisab segala amalanmu? Sungguh, kamu sudah melupakan
kuasaNya yang agung.
‘Tidak demikian, sesungguhnya Allah selalu melihatnya.’
[Al-Insyiqaq:15]
Dan Allah akan
sentiasa melihatmu, dari jasadmu ke hatimu, segala kebaikan dan kejahatan yang
dilakukanmu. Maka takutlah engkau padaNya dan Dia sahaja.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment