.:: RUMAH ADA TAPI TAK BOLEH MASUK?! ::.
Assalamualaikum wbt,
Dengan lafaz Bismillah,
Sejak diri ini mempunyai keupayaan fizikal serta mental, tidak terkecuali
dari bantuan kewangan serta lain- lain, diri ini mempunyai satu misi. Misi
untuk membina rumah idaman! Ya, rumah idamanku! Pagi petang, siang malam tidak
habis- habis masaku diluangkan untuk membina rumah ini. Semuanya mendapat
perhatian yang tinggi dariku dan usaha yang istiqomah untuk mereka seni
binanya, memilih bahan bermutu serta paling penting adalah pembinaannya.
Semuanya diperhalusi oleh diriku sendiri. Supaya ia jadi rumah paling indah!
Rumah yang lain dari yang lain! Dan yang paling penting, ia adalah ‘trademark’
aku sendiri. Ya, itulah yang aku mahu kecapi!
Akhirnya, selepas berpuluh-puluh tahun badan ini
berkeringat dengan peluh kesungguhan, akhirnya rumah yang aku bina dengan penuh
kasih sayang dan perhatian tidak terhingga ini akhirnya siap. Selepas akhirnya
sujud syukur, maka aku melangkah ke pintu rumah itu sambil memawa kunci rumah
baru itu. Sampai sahaja aku di hadapan pintu rumah milikku itu, tiba-tiba ada
seorang lelaki berbadan tegap menghalangku untuk memegang tombol pintu itu.
Bahkan lebih dari itu, ditarik aku serta dibawa jauh dari perkarangan rumah
itu. Aku cuba melepaskan diri, tetapi tetap dihalang olehnya, bahkan boleh pula
ditendang dan dibelasah badanku yang dua kali ganda lebih kecil darinya.
‘Kurang ajar betul lelaki itu,’ desus hatiku. Sekali
lagi aku cuba untuk meloloskan diri dari lelaki itu tetapi tetap dihalangnya.
“Eh,apasal engkau haling aku dari masuk rumah
aku?!Rumah tu rumah aku ok, bukan rumah orang lain!” aku jerit pada lelaki itu.
Lelaki itu memandang tajam tepat pada muka aku dengan pandangan begitu
menggerunkan. Sampai tertunduk semata-mata tak mahu bertentang mata dengan dia.
“Memang itu rumah engkau. Rumah engkau bina. Rumah
engkau jaga,” kata lelaki itu dengan suara yang garau. “Tetapi,” dia sambung. “
Itu bukan tanah engkau! Dan engkau tiada hak pun nak masuk ke dalam kawasan
rumah engkau itu!Sebab itu bukan tanah engkau pada awalnya!”
“APA??!!!” Kata-kata lelaki itu bagaikan halilintar
memecahkan gegendang telinga juga hati aku.
***
Sebelum apa-apa spekulasi yang bakal dilontarkan, biarkan ana menjelaskan
dahulu:
·
Kisah itu adalah anologi, aku bukan ana dan ana
bukan aku.
·
Tiada rumah yang dibina oleh ana, dan tiada tanah
yang diletakkan bawah ana.
·
Sila baca penjelasan ana untuk memahami hadaf
anologi ini.
Sebelum ana menjelaskan apa-apa, izinkan ana
untuk berkongsi sebuah hadis sahih ini :-
'Amalan pertama seorang
hamba yang dihitung pada Hari Kiamat adalah solat. Apabila sempurna
sembahyang,dia beruntung. Sekiranya tidak,dia akan rugi'
[HR Tirmizi]
Dari hadis ini, kita dapat
perhatikan bahwa solat fardhu lima waktu yang diperintahkan pada kita melalui
Rasullah SAW adalah wajib untuk kita laksanakan. Bahkan, kalau perhatikan dalam
Rukun Islam yang kita perlu hafal demi lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia,
ada juga dikatakan mengenai solat fardhu lima waktu. Tanpanya, maka kita bukan
Islam. Dan tanpa Islam, adakah mampu kita ke syurga?
Baiklah, selepas itu sila
baca dan hayati hadis ini pula :-
'Tiada seorang hamba pun Muslim yang bersembahyang kerana Allah Ta'ala
setiap hari sebanyak dua belas rakaat sebagai solat sunat yang bukan diwajibkan
melainkan Allah mendirikan untuknya sebuah rumah di dalam syurga, atau
melainkan untuknya didirikanlah sebuah rumah dalam syurga.'
[HR Muslim]
SubhanaAllah! Hebat bukan ganjaran Allah pada kita?
Hanya dengan melaksanakan solat sunat rawatib sebanyak 12 rakaat sebelum dan
selepas solat fardhu, maka kita akan memperoleh rumah di Al-Jannah nanti.
Mudah-mudah sahaja dapat rumah di Al-Jannah. Rumah yang tak pernah dilihat,
difikir bahkan tidak terbayang oleh akal kita.
TETAPI TUNGGU!
Ingat tak apa ana cakapkan tadi?
Tanpa tiket ‘Islam’ itu, tidak mungkin kita masuk ke syurga.
“…”
Bagaimana pula itu?
Ya, itulah apa yang ana nak cuba sampaikan. Apabila
amalan fardhu dan wajib ditinggalkan dan amalan sunnat diutamakan. Tanpa kita
laksanakan yang wajib, bagaimana kita ingin mendapat redhaNya? Bukankah susah
payah kita melaksanakan amalan sunnah itu?
Jangan salah faham. Bukan niat ana nak menghalang
antum untuk melakukan amalan sunnah, cuma utamakan amalan wajib dahulu.
Bayangkan,
Jika solat sunnah kita laksanakan habis-habisan,
Tetapi solat fardhu kita main ‘cak-cak’ sahaja,
Bukankah sudah penat di situ sahaja?
Jika puasa sunnat bukan main semangat untuk laksanakan,
Tetapi puasa qada mahupun Ramadhan itu pun teragak-agak,
Bukankah rugi di situ?
Duit banyak, pergi umrah berkali-kali,
Tetapi tak pula teringin melaksanakan haji,
Bukankah itu sudah dikira membazir?
Bukan setakat amalan dalam Rukun Islam sahaja, tetapi
dalam banyak amalan fardhu lain. Jangan kita laksanakan yang sunnah,
mengagungkan sunnah, tetapi amalan fardhu tergendala.
Tatkala kamu rajin dan bersemangat, laksanakanlah amalan fardhu dan sunnah,
namun jika waktu itu kamu tiada semangat, maka sempurnakanlah amalan fardhumu.
-Saidina Ali RA-
Ambil iktibar dari kata-kata Saidina Ali RA. Bukanlah
perlu meninggalkan amalan sunnah, tetapi biarkan ia seiring dengan amalan
fardhu yang sememangnya wajib dan berdosa jika ditinggalkan.
Mudarris Lughatul Malizia ( baca : Cikgu Bahasa
Malaysia) ana pernah buat analogi apabila kami membuat esei untuk Sijil
Pelajaran Malaysia dahulu,
“ Bayangkan anda semua adalah chef yang sedang
menyediakan makanan. Yang penting adalah menu utama iaitu hidangan awak.
Ditambah pula hiasan demi mencantikkan dan menarik perhatian pelanggan awak.
Hidangan awak adalah isi esei awak, manakala hiasan itu adalah gaya bahasa
awak. Pelanggan itu adalah pemeriksa awak yang bakal memberi markah pada esei
awak. “
Sama juga dalam hal ini, hidangan kita adalah ibadah
fardhu kita, Wajib dilakukan dengan sempurna dan sebaik-baiknya, hiasan itu
pula adalah ibadah sunnah kita untuk mencantikkan bahkan melengkapi ibadah
fardhu kita. Dan pelanggan kita ialah Yang Maha Adil dalam menilai setiap amal
kita. Ya’ni Allah SWT.
Ayuh ya Pemuda Islam,
Ubah mindset kita dari terus dibuai dalam dodoian syaitan.
Ubah cara pemikiran masyarakat dengan kesedaran yang sebenarnya. Mari kita
semua usaha untuk mendapat tiket ke syurga itu supaya kita mampu mendapat
nikmat yang tak terhingga di dalamnya Abadan abada.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment