.:: AVOID IKHTILAT OR CONTROL IKHTILAT? OR EVEN
MORE, SAY YES FOR IKHTILAT! OOPS! ::.
Dengan lafaz Bismillah,
Sudah agak lama
ana tidak menulis di dalam blog ini. Maaf, beribu-ribu keampunan dipinta. Bukan
tidak mahu, tetapi kekangan masa yang membuat ana tidak berpeluang untuk
menulis. Bukan kerna jemu, tetapi kerna tugas dan amanah sebagai seorang
pelajar kini lebih bertambah dari sebelum ini. Maaf, beribu-ribu kemaafan
dipinta. InsyaAllah akan cuba untuk menebusnya dengan sebaik mungkin.
InsyaAllah.
Baiklah, tanpa
membuang masa, mesti ramai yang hairan dengan tajuk entry kali ini. Ada yang
ana pasti 100% (bukan semua, bukan segelintir, tetapi ana rasa sesetengah
sahaja) pasti melenting dengan kata-kata CONTROL IKHTILAT,apatah lagi SAY YES FOR
IKHTILAT.
Mengapa?
Mungkin kerna…
"Eh,
sejak bila Arani Anwah ni mula nak meringan-ringankan hukum bab ikhtilat
ni?"
" Ah,
memang sah dah sesat ni! Tak pasal- pasal nak kata tak payah 'avoid' ikhtilat
ni!"
"
Ingatkan, bila dah sampai bumi Mesir tu, makin bertambah ilmunya. Tapi… Ish ish
ish"
*Menepuk
muka sendiri
Tidak
kurang juga di sebelah pihak lain, ada yang berseronok, bertepuk tangan membaca
tajuk itu. Merasakan yang akhirnya, ada juga yang menyokong mereka untuk
menentang sekeras-kerasnya berkenaan tentang ikhtilat dan penentangan
sekeras-kerasnya.
Jadi
sebelum apa- apa lagi yang dipersoalkan dan kritikan teruk ana dapat, ana akan
terangkan yang ana mengamalkan konsep WASATIYAH! Namun wasatiyah ana ini
bukanlah sampai mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang
haram! Dan ingin ana tekankan bahwa ini hanya pendapat ana, dan ana ini
bukannya memegang title ustazah yang begitu dikenali sebagai tinggi ilmu
agamanya.
Tidak! La'a!
Khoto'!
Ana hanyalah
seorang insan yang hina yang masih jahil yang masih menimba ilmu. Semua yang
ana tulis dalam laman blog ini hanyalah sekadar pendapat, dan apa yang ana
dapat simpulkan dari apa hadapi, rasai dan alami sendiri dari kehidupan ana.
Jadi,sekali
lagi dengan lafaz Bismillah.
Ana mengambil keputusan untuk membuat kupasan tentang
ini kerna DUA PERKARA yang ana hadapi sepanjang 'uzlah' ana dari laman blog ini
(Sekali lagi, mohon maaf untuknya).
Pertama, kerna ana ternampak satu logo di laman web
yang menggunakan kata-kata KAWAL IKHTILAT, BUKAN ELAKKANNYA! Ana tidak pasti
sama ada ia adalah dari orang yang berfikiran liberal, yang mengikuti akidah
Ahli Sunnah Wa Jamaah mahupun orang yang bukan beragama Islam sekali. Tetapi
logo itu telah cukup buat ana bertambah cakna dan berasa ingin tahu tentang apa
mesej yang cuba ingin disampaikannya.
Kedua, adalah kerna selepas ana berhadapan dengan
asbab pertama tadi, ana tiba-tiba didatangi dengan 3 jenis golongan. Semuanya
beragama, semuanya berilmu tinggi, dan semuanya berakhlak mulia. Cuma yang
membezakan mereka bertiga ini adalah pandangan mereka tentang ikhtilat.
Golongan 1:- Mengatakan bahawa
ikhtilat ini adalah sememangnya perlu dielakkan dan haram serta berdosa
sekiranya kita masih lagi mendekati ikhtilat ini.
Golongan 2:- Mengatakan bahawa
ikhtilat ini perlu dikawal dan bukannya perlu diharamkan sepenuhnya dan
bukannya dihalalkan sepenuhnya.
Golongan 3:- Mengatakan bahawa
ikhtilat ini tidak sepatutnya diharamkan, malah sepatutnya diberikan kebebasan
sepenuhnya untuk kemajuan bersama-sama.
Sahabat-sahabatku
yang disuntik dengan sifat jihad demi ilmuNya,
Pada pendapat
anda, yang manakah patut kita pilih?
Adakah yang
pertama?
Ataupun yang
kedua?
Ataupun yang
ketiga?
Adakah ini
akan meletakkan jurang yang amat besar antara kita semua?
Atau masih ada
solusi yang dapat menyelesaikan perbezaan pendapat ini?
Pendapat ana?
Pada
permulaannya untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlulah mengkaji apa sebenarnya
ikhtilat ini. Ikhtilat, definisinya adalah PERGAULAN SECARA BEBAS antara lelaki
dan perempuan yang ajnabi sama ada di tempat sunyi mahupun terbuka.
Sebelum
ana mengambil keputusan untuk menulis perihal ini, ana turut berusaha untuk
mencari pendapat ulama' kotemporari yang turut menyentuh dan menjawab perihal
ini.
Ada ulama' yang ana dapati memfatwakan bahawa ikhtilat ini haram secara
mutlak hukumnya kecuali jika ada niat dan azam untuk menikahinya.
Ada juga yang mengharuskan ikhtilat ini BERSANDARKAN dengan
syarat-syarat tertentu.
Ikhtilat
turut mempunyai perbezaan pendapat terhadap hukumnya. Meskipun begitu, adakah
ini membawa maksud bahwa ia boleh diambil ringan? Jawapannya tentulah TIDAK.
Kerna ini turut mengambil kira kemashalatan masyarakat Islam dan bukan Islam di
muka bumi, dan yang paling penting sekali agama Islam itu sendiri.
Mari
kita selidiki pula, tentang pandangan ketiga-tiga golongan yang ana katakan tadi.
GOLONGAN 1:- GOLONGAN ANTI-IKHTILAT
Pendapat yang mereka bawakan ini adalah bertujuan dan
nawaitu mereka adalah untuk mengelakkan segala perkara yang membawa ke arah
maksiat dan perkara yang lagha. Mereka mengambil langkah ini dengan berpegang
pada ayat 'La takrabu zina' (Jangan mendekati zina) dengan mengengkang segala
perkara yang membawa ke arah zina.Nawaitu mereka baik, kerna ingin mengelakkan
segala kemungkaran berkaitan dengan hubungan sesama kaum berlainan jenis,
tetapi mungkin terlalu syadid sehingga menutup segala pintu hubungan antara
kedua-duanya.
GOLONGAN 2:- GOLONGAN BUKAN
PRO-IKHTILAT, BUKAN ANTI-IKHTILAT, TETAPI KAWAL IKHTILAT
Pendapat ini mengambil konsep wasatiyah ya'ni tidak
memberatkan antara keduanya. Tidak mengharamkan secara mutlak ikhtilat,
berpegang kepada mengawalnya sebelum menjadi parah dan bukannya mengelakkannya.
Mengharuskan ikhtilat bersertakan syarat, dan bukannya menghalalkannya secara
total. Hal ini demi kemakmuran bersama dan bukannya untuk sesetengah pihak
semata-mata.
GOLONGAN 3:-GOLONGAN
PRO-IKHTILAT
Pendapat ini menarik minat ana. Bukan kerna ana menyokong, tidak sama
sekali.Tetapi kerna asbab mereka untuk menghalalkan ikhtilat ini. Ini kerna
mereka berpendapat bahawa lelaki dan perempuan dicipta untuk menolong untuk
satu sama lain, untuk berpasangan antara satu sama lain, dan juga untuk
menasihati satu sama lain ke arah lebih baik. Semuanya ke arah kebaikan, tetapi
untuk ke arah kebaikan itu, maka ikhtilat ini haruslah dihalalkan dan bukan
diharamkan secara total.
Ketiga-tiga
pandangan yang baik,
Semuanya
membawa ke arah kebaikan,
Dan tiada satu
yang membawa ke arah keburukan,
Namun inilah
yang menjadi punca jurang perbezaan antara mereka?
Mengapa?
Mengapa jadi
begini?
Sedangkan ia
adalah untuk kebaikan bersama?
Untuk
menegakkan syiar Islam?
[AraniAnwah]
Sekarang
tibalah masa untuk ana menyimpulkan semuanya dengan pendapat ana sendiri. Moga
pendapat ana ini mampu diterima ramai dan sekiranya ada yang tidak puas hati,
maka teguran serta kritikan amatlah dialu-alukan.
PENDAPAT ANA (ARANI ANWAH)
Ana menyokong ketiga-tiga sekali, tetapi bukan
menerimanya secara total, tetapi menerimanya sebagai pelengkap untuk yang lain.
Dalam kehidupan ana kini, ana terus-terang ana
terpaksa banyak bergaul dengan lelaki ajnabi yang bukan halal bagi ana. Tetapi
itu tidak bermakna ana menerimanya dan tidak cuba untuk mengelakkannya. Tidak
sama sekali!
Ana berhubungan dengan mereka, ada asbabnya yang
kukuh!
Ada masanya ana berhadapan dengan peniaga lelaki, ana
terpaksa bermuamalah dengan mereka kerna tiada lagi peniaga wanita ketika itu.
Adakah itu bermakna ana sudah mengingkari perintah Allah?
Ada masanya ana menimba ilmu dengan pensyarah lelaki,
tidak kurang juga dengan syeikh-syeikh. Tetapi ana berguru dengan mereka dalam
keadaan orang ramai dan bukannya berdua-dua. Sekiranya ada masa yang ana
terdesak untuk bertanya dan menimba ilmu dengan mereka secara berdua, ana akan
pastikan bahwa masanya itu akan ana cuba singkatkan dan terus ke perkara utama.
Adakah itu sudah membuatkan ana berdosa?
Ada masanya ana terpaksa berurusan dengan senior
lelaki, bukan kerna kehendak ana. Tetapi atas urusan rasmi yang perlu
diselesaikan, dan itupun mengikut tatacara dan etika yang ditetapkan sama ada
dari makhlukNya ataupun Pencipta makhlukNya. Adakah itu telah membuat ana
dilabel sebagai seorang yang social?
Ada masanya ana terpaksa menolong dan tidak kurang
juga ditolong untuk sahabat lelaki sendiri. Ada juga ana terpaksa menjadi orang
tengah antara sahabat perempuan ana dengan mereka untuk kemashalatan bersama.
Dan tika berurusan itu, tidak sekalipun disertai dengan perkara yang lagha dan
ana pastikan bahawa sahabat lelaki itu memahami prinsip ana terhadap urusan
itu.Tidak lebih dan tidak kurang. Adakah ana sudah menjadi seorang yang derhaka
pada Allah?
Kadang-kala, ana memahami bahawa ada sesetengah dari
kita yang sudah terlajak dalam ikhtilat ini, sehinggakan amat sukar untuk dia
berhenti sepenuhnya dari ikhtilat itu. Bukankah agama Islam ini agama
fitrah?Agama yang bertoleransi kepada setiap makhluk Allah SWT di muka bumi
ini? Bagi ana, solusi utama untuk mereka ini adalah bukannya dengan terus
berhenti dan elak sepenuhnya dari ikhtilat, tetapi mengawalnya sedikit demi sedikit,
lama-lama berkurangan sehingga akhirnya dia mampu mengelakkan dari ikhtilat
yang mungkar secara total.
Ana suka membaca ayatNya yang bermaksud,
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki
dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.
Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar,
melaksanakan solat,menunaikan zakat,dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya.,Mereka
akan diberi rahmat oleh Allah,Sungguh,Allah Maha Perkasa,Maha Bijaksana"
[09:71]
Manusia diciptakanNya lelaki dan perempuan ada
asbabnya yang tersendiri. Allah menciptakan lelaki dan perempuan ini untuk
menjadi penolong antara satu sama lain, dan bergaul secara disyariatNya untuk
menolong satu sama lain serta menolong Islam kembali bangkit di bumi Allah ini.
Malah mereka dijanjikan untuk mendapat rahmatNya di akhir nanti. TETAPI, itu
semua berdasarkan syarat-syaratnya, ya'ni dengan menolong antara satu sama lain
untuk perkara yang disyariatNya, BUKAN ke arah kemungkaran yang dibenciNya.
Dengan manjaga batas-batas yang telah ditetapkan, bukan dengan melanggar batas-batas pergaulan sehingga
menggadaikan kesemuanya. [Nauzubillah min zalik!]
Secara
kesimpulannya, ana tidak akan berlapang dada untuk mengharuskan hukum ikhtilat
itu, dan pada waktu yang sama ana tidak akan mengharamkannya serta
menghalakannya secara total. Apa yang ana hendak tekankan bahawa kita perlulah
untuk memahami mengenai erti ikhtilat dan batas-batas ikhtilat dalam setiap
urusan dan bukanlah sebaliknya.
Ana
ingin mengakhiri entri kali ini dengan kata-kata Ustaz Fathullah Al-Haq
mafhumnya " Ikhtilat dalam berkawan tidak sama dengan ikhtilat dalam
bertunang." Dan ana berpegang pada prinsip ana " ELAKKAN IKHTILAT
dalam perkara yang tidak diperlukan, dan KAWAL IKHTILAT dalam masyarakat yang
masih belum mengenal erti ikhtilat yang sebenarnya."
Sekali
lagi, mohon maaf atas ilmu ana yang kurang, dan segala kritikan dan pendapat
amatlah dialu-alukan.
Assalamualaikum.
Wallahu'alam.
Assalamua'laikum,
ReplyDeleteTopik yang bermanfaat. Saya juga pernah terkeliru dengan bab ikhtilat nie. Skrg saya dah faham. Alhamdulillah. Jadi sy sependapat dengan enti.
Jazakillahu khair :)