.:: UKHWAH DAN AGAMA, TALI YANG TIDAK BOLEH DILEPASKAN ::.
Dengan
lafaz Bismillah,
Garis oren kekuningan mula terlihat
di kaki langit. Pemandangan matahari terbenam dapat dilihat dari bumbung
bangunan, menandakan waktu maghrib kian hampir. Bunyi-bunyi hon menjadi lagu
pada telinga-telinga para pelajar di petang itu. Mawar-mawar berduri yang baru
sahaja bercambah dan masih mengeluarkan kucupnya itu sedang menikmati suasana
itu yang masih baru tetapi mampu diterima mereka mengikut peredaran masa
berlalu. Saat bertukar minit, minit bertukar jam, dan jam bertukar hari.
Sepanjang jarum jam mereka bergerak,sepanjang itulah mereka mempelajari dan
menerima pengalaman baru di bumi para anbiya yang baru dijejaki mereka beberapa
hari sebelumnya.
Kita laungkan Allahu Akhbar, Allah Maha Besar.
Hari yang indah,senyuman pertama,
Hulurkan salam ukhwah kita,
Berpesan mengingati, dituntut agama,
Kita bagaikan satu keluarga.
Sillaturahim ini tak aka berpisah,
Kita jalinkan seperti Rasullah dan sahabat.
Kita laungkan Allahu Akhbar Allah Maha Besar,
Seiring sehaluansatu cinta dan impian,
Susah dan senang kita tempuhi bersama,
Bertemu berpisah kerana Allah.
Demi satu kejayaan, penuh pengorbanan,
Keazaman juga ketabahan,
Inilah kehidupan, menuntut kesungguhan,
Tak semudah indahnya khayalan.
Sillaturrahim ini tak akan berpisah,
Berbahagialah untuk selamanya InsyaAllah.
Allahu Akhbar, Allah Maha Besar,
Lailahaillaha.
[Seiring Sehaluan- UNIC]
Lagu itu dinyanyikan oleh para
pelajar dengan penuh semangat oleh para pelajar dalam bulatan, Mata terpejam
rapat, tangan menggengam kuat tangan rakan sebelahnya sambil hati cuba
menyelami bait- bait lagu itu. Semua berada dalam khayalan masing-masing,
membayangkan dalam fikiran mereka detik-detik manis yang bakal mereka hadapi
bersama para sahabat sepanjang enam tahun. Sepanjang berjihad demi menuntut
ilmu, bersama para sahabat di bumi anbiya dan firaun demi ilmu perubatan yang
mampu melayakkan diri mereka dengan gelaran dan pekerjaan sebagai seorang
pengamal perubatan muslim yang professional dunya dan akhirat, insyaAllah.
Kita laungkan Allahu Akhbar Allah Maha Besar,
Seiring sehaluan satu cita dan impian,
Susah dan senang kita tempuhi
bersama,
Bertemu berpisah kerana Allah.
Tiba-tiba terdengar jeritan kecil di
belakang. Bukan satu,bukan dua tetapi makin lama makin bertambah. Mata terbuka
dan memandang ke belakang. Tangan rakan di sebelah tiba-tiba ditarik kuat dari
kita. Kita cuba menahan genggaman kita pada mereka, namun tidak berdaya untuk
melawan takdir Allah dengan kudrat diri yang serba lemah sebagai hanya
hamba-Nya semata-mata. Tangan rakan sebelah lagi turut ditarik kuat oleh suatu
kuasa jahat seolah-olah cuba memisahkan ikatan diri dengan rakan lain. Usaha
dan kudrat yang masih ada digunakan untuk menahan malah melawan kuasa itu.
Setelah lama bergelut lama, berhempas-pulas dan menghadapi kejatuhan yang tidak
terkira,akhirnya kuasa itu mengalah dan genggaman itu masih kuat dan
berkekalan.
Perjuangan kian berakhir, kuasa itu
sudah menghilang dan suasana semakin reda. Hati berasa gembira, tidak berhenti
mengucapkan kesyukuran kepada Illahi. Genggaman bersama sahabat masih lagi
kukuh dan bertambah lebih erat selepas itu. Namun di hati turut terbit rasa
sayu tatkala melihat sebelah lagi tangan yang sudah kehilangan kehangatan
genggaman tangan rakan yang akhirnya tewas. Sekiranya mampu diputar balik masa,
akan lebih peka terhadap kuasa itu supaya rakan itu tidak akan hilang dari
genggamannya dan masih akan berada bersama sehingga mencapai kejayaan ini.
***
Para sahabat
yang disayangi,
Pengalaman
yang dialami sepanjang hidup kita tidak pernah tidak memberi sebarang makna
dalam diri kita. Ada yang memberi kita rasa manisnya hidup, dan ada yang untuk
menyedarkan kita dari kelekaan dan kelalaian beribadah kepadaNya.
Sepanjang
kehidupan kita, bagi ana ada dua elemen yang penting untuk menjadikan kita
sebagai seorang yang berjaya dunya dan akhirat. Yang pada waktu yang sama, jika
tersalah pilih, akan menarik kita ke jalan kegagalan dunya dan akhirat.
Agama,
Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah
jelas (perbezaan) di antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat.Sesiapa
ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah,maka sungguh, dia telah berpegang
(teguh) pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar,
Maha Mengetahui.
[Al-Baqarah :256]
Sahabat,
Dan bersabarlah engkau (wahai Muhammad) bersama orang yang menyeru
Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya,dan
janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan
kehidupan dunya, dan janganlah engkau mengikuti orangnya yang hatinya telah
Kami lalaikan dari mengingat kami, serta menuruti keinginannya dan keadaannya
sudah melewati batas,
[Al-Kahf : 28]
Mengapa ana
mengatakan sebegini?
Kerna
keduanya sama tapi tak serupa,
Bila
berpegang padanya, tidak akan terjatuh kita ke lembah kegagalan,
Dan jika
melepaskannya mahupun mengambilnya secara lewa,
Maka
kemungkinan untuk kita mencapai kejayaan diingini semakin terhakis.
Sekiranya
tali agama itu terputus dari kita, bukankah kita akan terjatuh ke lembah
kemaksiatan? Sedangkan jika kita gunakan tali itu untuk mendaki ke arah puncak
kejayaan kita ya’ni mengharapkan keredhaan-Nya, bukankah dengan senang kita
akan mencapainya sekiranya kita benar-benar berpegang teguh padanya?
Begitulah
jua dengan tali ukhwah kita dengan para sahabat. Bukankah bila kita melepaskan tali sillaturrahim kita dengan mereka yang benar-benar menjaga diri, agama serta hubungan mereka kerana Allah, kita akan lama- lama jatuh ke lembah kegagalan. Mengapa? Kerna tiada lagi yang akan melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar. Kerna tiada lagi yang akan bersama dengan kita tatkala kita berasa kosong dari pengisian rohani malahan lebih teruk, membawa kita ke jalan kehinaan atas sebab dorongan dan saranan sahabat yang tidak mengerti pentingnya makanan rohani yang sebenar-benarnya pada diri kita.
Sekiranya kita mengambil enteng kepada tali agama kita, tidak mempedulikan haram halal, hokum Al-Quran dan sunnah dan mengikut kemahuan nafsu semata-mata, bukankah itu turut akan membawa kita ke jalan kebinasaan? Malah bukan kita sahaja yang terlibat, malah masyarakat sekeliling juga akan terlibat sama dek sikap kita yang memandang kepada tali agama itu hanyalah suatu benda biasa sahaja.
…Maka janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari
kebenaran…
[ An-Nisa’ : 135]
Samalah jua
dengan tali ukhwah kita. Sekiranya hanya mengikut hawa nafsu, keinginan diri
sendiri semata-mata tanpa menghiraukan sahabat kita yang lain. Bukankah itu
yang akan menyebabkan mereka menjauhkan diri mereka dari kita, sehinggakan satu
tahap kita tinggal berseorangan. Malah lebih teruk jika kita sendiri mengajak
mereka ke arah kehancuran diri. Bukankah itu sudah merugikan diri sendiri dan
orang lain? Sedangkan hanya kerna kelalaian dan ketidakpekaan kita yang
membuatkan kita ke arah kebinasaan?
Tali Allah
jangan dilepas,
Kerna janji
Allah akan berpegang pada kita sekiranya kita berpegang pada mereka,
Peganglah
tali Allah,
Janganlah
mengeluh tatkala memegang tali Allah,
Sesungguhnya
mendaki gunung sekalipun ada menempuhi dugaan,
Dari tiupan
angina kuat mahupun runtuhan batuan gunung,
Apatah lagi
jika mendaki gunung ke arahNya,
Namun
ingatlah,
Tatkala
anda berjaya mendaki gunung itu,
Satu
kepuasan akan meresapi hati,
Menjalar ke
seluruh tubuh badan,
Sehingga
satu senyuman menjelaskan kegembiraan tidak terkira,
Menghiasi
muka yang penat dan dibasahi dengan
peluh kesungguhan,
Jadikanlah
perasaan itu sebagai suatu motivasi,
Motivasi ke
arahNya,
Bersama
sahabatmu yang telah kau jalinkan persahabatan demiNya,
Demi meraih
redhaNya,
Demi meraih
nikmatNya,
Demi meraih
Al-Jannah,
Bersama,
Kini dan selamanya.
[AraniAnwah]
Wallahualam.
Assalamualaikum
wbt.
No comments:
Post a Comment