Saturday 2 March 2013

.:: PERTEMUAN SINGKAT PENGANTARA HIDAYAH-NYA ::.


Dengan lafaz Bismillah



Suatu hari, di bawah langit rahmatNya, ana dan sahabat ana bersiar- siar di tepi pantai. Perjumpaan yang sudah lama diidami antara dua insan yang saling mencintai kernaNya, saling merindui kernaNya dan paling penting, saling berhijrah kernaNya akhirnya diperkenankan olehNya.

Alhamdulillah!

Pada saat itu, ana berterus- terang, ana kurang sihat. Lwebih tepat lagi, iman ana kurang sihat. Merasakan diri semakin lemah, lantaran virus penyakit- penyakit hati yang mula menulari ke dalam hati. Ibadah sunat, ada yang mula ditinggalkan sedikit demi sedikit. Ibadat wajib, mula diremeh-temehkan dan dilengah-lengahkan. Semuanya kerna cinta dunyawi. Cinta dunyawi yang sudah menelan ana ke arah kegelapan, sehingga sinar pengharapan ana kepada Al-Khaliq mula pudar.

Maha Suci Allah!

Tidak sama sekali ana menyedari, bahwa pertemuan ana dengan sahabat ana itu merupakan pengantara ana dan Allah, di mana Allah kembali memujuk ana. 
Sebagaimana Allah memujuk Rasullah ketika putusnya wahyu dan lemahnya semangat Rasullah SAW, tika itu melalui turunnya surah Ad-Dhuha dan surah Al-Insyirah.

Ana masih ingat, 
Perbualan kita waktu itu,


MawarBerduri:- Ukhti, ukhti ingat tak ukhti pernah nasihatkan ana waktu ana rebah dalam cinta     dunyawi ini? 
 .Ana:- Apa dia? Ana mungkin tak ingat.
MawarBerduri:- Cuba ukhti fikir lama-lama. (Sambil tersenyum) Ukhti pernah kata, ukhti dapat pengajarannya dari zaman jahiliyah ukhti dahulu

Fikir seketika,lambat laun hati juga tersenyum. Ana berpaling pada seorang mawar berduri di sebelah ana.

Ana:- Ia merupakan suatu doa bukan?
MawarBerduri:- Ya, ukhti pernah kata pada ana. Sekiranya berasa putus asa dan lemah dengan cinta dunyawi,tidak kisah pada harta kekayaan, ikhwah mahupun pangkat, terus jangan leka dan pantas. Ambil wuduk, tunaikan solat taubat,minta ampun dengan Allah.Kemudian tunaikan solat hajat, dan doalah, 

 Ya Waddud,

 Engkaulah yang memiliki segala-galanya dan aku tidak punya apapun Sesungguhnya,aku penat dan letih dengan dunya ini, dan aku tidak sabar untuk merasai nikmatMu di akhirat kelak.
 Ya Allah,

 aku mohon padamu.Sesungguhnya aku berserah padaMu hatiku ini untuk Engkau jaganya dan peliharanya dari sebarang cinta yang menyimpang dari cintaku padaMu.Engkau kuncikanlah hatiku ini hanyalah untukMu, dan Kau serahkanlah kunci hatiku ini pada orang yang layak membukanya,sama ada di sudah,masih,atau bakal muncul dalam hidupku dan pada waktu yang Engkau fikirkan aku bersedia untuk menerima cinta itu. Sehingga saat itu,biarlah aku meraih cintaMu dan cinta yang telah engkau halalkan bagiku.
Cinta yang halal, cinta pada Rasulku.
Cinta yang halal,cinta pada agamaku.
Cinta yang halal, cinta pada ibu bapa dan keluargaku.
 Cinta yang halal, pada ummahku.
 Cinta yang halal, cinta pada ilmuMu.

Maka Ya Allah,
perkenankanlah doaku.Perkenankanlah doaku.Perkenankanlah doa'

Ana tersenyum mendengar kata-katanya itu. Nasihat ana menebal di dalam hatinya hingga akhirnya ia mampu jadi seperti mana dia sekarang. Mawar berduri yang makin lama disanjungi, bukan kerna kecantikannya semata-mata,tetapi kerna  kecantikannya semata-mata,tetapi kerna akhlak,ilmu serta agamanya.

 SubhanaAllah.


Waktu itu, hatiku berbisik,
Kali ini, imanku dapat menguasainya seketika,
Dia berbisik,
"Wahai tuan kepada pemilik hati ini, tidakkah kamu mahu untuk menjadi sepertinya? Masih belum terlambat lagi."
Aku mengangguk tanda bersetuju.
Air mataku mengalir diam, tanda kesebakan sudah memenuhi pekung dada.
Sekiranya sebelum ini, sahabatku yang pernah berada dalam kancah jahiliah ini mampu menjadi salah satu perhiasan dunya yang dicemburui bidadari syurga,
Apatah lagi aku, yang hanya perlu mengatasi penyakit hati dan bukan yang lain?
SubhanaAllah,
Indah sungguh cara Allah mengetuk pintu hatiku, dan menyiramnya dengan semangat baru untuk mengharapkan kasihNya lebih dari sebelum ini,

Ku takkan sia-siakan apa yang Allah takdirkan ini padaku,
Ku takkan sia-siakan ibrah yang ku dapati dari pertemuan singkat ini,

Kerna hanya kita yang mampu mengubah diri kita, dengan menerima hidayah ini,
Bukannya orang lain,
Hati tak mampu untuk hidup tanpa hidayah dari Allah,
Dan sudah pasti tidak akan hidup tanpa berusaha ke jalanNya.

Wallahu'alam.