Wednesday 21 November 2012

.:: DEBAT, DEBAT JUGA, LIDAH JANGAN LANCANG BERBICARA! ::.

.:: DEBAT, DEBAT JUGA, LIDAH JANGAN LANCANG BERBICARA! ::.


Assalamualaikum wbt.

Sebagaimana bermulanya kehangatan antara peperangan antara rejim Zionis dan Islam di Gaza Palestin, bermulalah juga kehangatan pelbagai carutan, kata-kata keji dan nista oleh orang-orang kita terhadap mereka, tidak kisah di mana-mana pihak. Yang pro-Islam akan mencela rejim Zionis di sana, dan yang pro-Zionis akan mencela orang Palestin di sana.
Apakah?

Ya, ia berlaku kini dan ia bukanlah suatu penipuan.Terlalu banyak-banyak kata-kata kurang disenangi ana untuk membaca malah mendengarnya sedangkan ana tahu ia adalah sesuatu yang baik. Mengapa? Kerna ia adalah perkataan-perkataan yang amat teruk di segi moral hatta di fitrah kemanusiaan itu sendiri.
Namun sedarkah kita,
Ini bukannya cara kekasih kita Rasullah SAW berhadapan dengan semua ini dahulu?
Bukan ini caranya Rasul Ulul 'Azmi berhadapan dengan tentangan kaum-kaumnya dahulu?
Bukan ini caranya Allah mengajar kita untuk berperang dengan mereka.

Apakah ertinya kita hanya melemparkan kata-kata celaan kepada mereka? Sedangkan hakikatnya, bukannya kita menyumbang hatta berdoa sekalipun kepada mereka? Masih menyokong produk-produk mereka, malah yang paling teruk, masih tidak mengamalkan perintah Allah SWT itu sendiri? Tetapi kita sudah melampaui batas, melampaui batas dengan Allah kerna membalas mereka dengan kata-kata yang dilarangNya, melampaui batas dengan Rasullah SAW serta Rasul yang lain dengan melanggari sunnah serta ajaran mereka. Melampaui batas dengan masyarakat, kerna kata-kata kita itu telah menimbulkan perselisihan faham yang tiada gunanya, sedangkan sillaturahim itu lebih terjaga.

“Katakanlah, “Hai Ahli Kitab, janganlah kalian berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agama kalian. Dan janganlah kalian mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus.”.”
[ Al-Mâ`idah : 77]

Ya Syabab!

                Sesungguhnya, Allah tidak melarang kita untuk berkata-kata demi menegakkan kebenaran. Kerna kita semua tidak dilahirkan dengan kuasa yang mampu menegakkan yang haq. Tetapi Allah juga meletakkan garis panduan untuk kita menggunakan kata-kata kita untuk menegakkan  kebenaran ini.

1.       Menggunakan kata-kata yang baik

' Katakanlah kepada hamba-hambaKu:' Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang baik (baik), sesungguhnya syaitan menimbulkan perselisihan di antara mereka, sesungguhnya syaitan merupakan musuh nyata bagi manusia.''
[Al-Isra' : 53]

"Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia."
[Al-Baqarah :83]

2.       Menjaga agar tidak memberi celaan atau nista kepada sesuatu kaum atau seseorang.

" Janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk."
[Al-Hujurat :11]

"Celaka bagi pengumpat lagi pencela."
[Al-Humazah:1]

3.       Mengolahkan kata-kata itu sebagai doa'

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.
[40 : 60]

Ya Khairul Ummah!

Memang benar kita  berjauhan dari mereka, tetapi itu tidak bermakna kita perlu mengharapkan yang berdekatan sahaja untuk menghulurkan bantuan!
Memang tidak dapat dinafikan, kita masih muda, masih tidak berpengalaman, tetapi itu tidak menjadi suatu asbab untuk kita tidak berbuat apa-apa!
Dan memang tidak dinafikan, kita tidak kuat untuk melawan Zionis, tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh bangkit menentang jua!

Gunalah cara yang sebaiknya untuk menolong saudara kita. Tidak dengan kuasa kita, gunakanlah kata-kata kita. Tidak dengan kata-kata kita, gunakanlah kudrat hati kita untuk membenci suatu larangan dan kejahatan yang dilakukan. Lakukanlah ia dengan satu SYARAT, ya'ni tidak dengan melanggari perintahNya.

Kita tidak mampu untuk berjihad sehingga terbunuh dan membunuh sebagaimana saudara kita di luar sana,

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."
[At-Taubah :111]


Tapi itu tidak bermakna kita tidak mampu berjihad dengan cara kita tersendiri, bersama dengan saudara kita di Gaza dan Palestin,

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur’an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong."
[Al-Hajj :78]

Buatlah apa yang anda mampu, jika anda mampu pergi berjihad di bumi Gaza, maka pergilah berjihad. Sekiranya anda mampu untuk menulis demi menaikkan semangat kepada para mujahid di sana, maka menulislah dengan kata-kata yang baik. Jika anda mampu menahan nafsu anda kepada perkara-perkara dunyawi yang mengiurkan, maka usahakanlah untuk boikot produk-produk rejim Zionis.  Jika anda berharta, infakkanlah sebahagian hartamu pada orang yang memerlukan di Gaza.Cuma satu yang ana pinta…


Jauhkanlah dari celaan,
Jauhkanlah dari hinaan,
Kerna hinaan kita tanpa pemahaman yang sebenar,
Mungkin akan menjadi minyak kepada api yang memancarkan lagi kebenciaan mereka kepada kita dan Allah!

'Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk.  Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang alim.'
[Al-Hujurat :11]

Wallahu'alam.


Tuesday 13 November 2012

HAK KITA VS. HAK HABLUMINALLAH WA HABLUMINANNAS


HAK KITA VS. HAK HABLUMINALLAH WA HABLUMINANNAS


Dengan lafaz Bismillah,


Assalamualaikum wbt,

                "Arani, ana tidak puas hatilah!"

                "Erk?" Terbatal hasrat ana untuk membelek buku BioKimia. Ana memandang ke arahnya. Wajah sahabat ana yang berkerut jelas menunjukkan bahwa dia tidak puas hati dengan sesuatu.

                "Enti tidak puas hati dengan apa ya?" Ana bertanya padanya.

                "Begini, ana tidak menyenangilah si fulan itu berbuat begitu begini sesuka hati. Sudahlah itu, tidak ada orang menghalang! Semua orang anggap dia hebat sehingga dikecualikan dari ditegur berkenaan perbuatannya itu. Apalagi,dia pun naik kepalalah! Sampai semalam,ana dengar sendiri dia kata, itu hak dia untuk berbuat sebegitu dan kami tiada hak nak tegur dia. Bayangkan,dia cakap begitu dengan sombong sekali!" luah sahabat ana itu. Ana hanya mendiamkan diri mendengar kata-katanya. Mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak. Mengangguk kepala pun tidak apatah lagi untuk menggeleng. Takut jawapan ana tidak selari dengan kehendak hatinya.

                "Lepas itu enti, dia bukan main melebih-lebih pula. Sampai nak melanggar batas-batas pula. Sampai peraturan semua. Semua orang dah stress dengan dia!" dia meluahkan lagi. Masih berdiam diri, namun selepas beberapa ketika ana mula bersuara.

                "Erm, enti. Apa yang dia lakukan itu, memang menyalahi semua peraturan itu bersebab atau tidak bersebab? Dan semuanya,ada kaitan tak dengan syariat kita semua?"

                "Apa kaitan pula? Yang penting, apa yang dia buat itu memang salah!"

                " Adakah enti pasti ia memang salah, atau enti hanya gunakan perbuatan dia itu untuk memburukkan nama dia?"

                " Eh,apa tuduh-tuduh orang? Takkan orang nak buat macam itu pula?Tak ada masa lah!" dia mencebik pada ana.

                "Enti, pastikah enti seorang sahaja atau memang semua tidak puas hati dengan dia?" Ana bertanya lagi.

                "Ah,sudahlah! Tak nak tolong sudah! Yang penting, sama sahaja ana ke, semua ke tak kisah! Ana memang tak puas hati! Kalau dia ada hak kononnya nak buat itu, apa masalahnya ana nak buat itu? Hak ana juga! Tapi orang bukan main tegur ana, tapi dia?Bukan main! Ana tak kisah, dia boleh buat,ana pun nak buat!"

                "Fikir tentang hak diri sendiri, hak orang lain mahu diketepikan?"

                Soalan ana itu tak terjawab oleh sahabat ana. Dia terus pergi meninggalkan ana sambil menghentakkan kakinya tanda tidak puas hati. Ana menggeleng kepala, kesal dengan pengakhiran perbualan ini hanya dengan satu salah faham dan bukannya kefahaman yang mendalam yang ana harap boleh semaikan. Mengeluh sendirian, ana mengalihkan fokus ana dari buku BioKimia kepada tinta dan kertas nota lalu menulis satu perkataan yang menjadi isu perbualan ini ya'ni…

HAK

                Kita sering persoalkan dengan menggunakan perkataan 'Mengapa' dan 'Kenapa' hak kita tidak dipertahankan. Ana akui,ana sendiri pernah dalam dilemma mengenai hal ini, lebih-lebih lagi apa yang ana hendakkan tidak kesampaian. Namun dalam tika itu juga, seolah-olah ada bisikan di telinga ana yang berkata,

'Sekiranya kita tidak menjaga hak orang lain, apakah kita layak untuk mendapat hak kita? Sedangkan, Allah itu Maha Mengetahui, Maha Adil.'

                Dan kata-kata itu ana membenarkannya, kerna ia sememangnya berlaku di dalam kehidupan seharian ana,malah di dalam kisah masyarakat lain jua. Kajian selepas kajian, bacaan selepas bacaan, semua demi mendapat kesimpulan yang ringkas namun padat yang mampu menyenangi hati ini serta mampu memberi kefahaman pada orang lain.

Sering kali kita bertanya,
Apa hak kita terhadap semua?
Namun kita terlupa untuk bertanya,
Apa hak semua terhadap kita?
Kita sering menyangka,
Kita patut tegakkan semua hak kita,
Namun kita sering terleka,
Bahawa cara dan asbab kita tegakkan hak kita itu,
Tidak selari dengan apa yang hak semua terhadap kita,
Maka tatkala itu,
Adakah layak kita untuk mendapat gelaran seorang yang alim lagi adil?
Sedangkan perlakuan kita hanya mengikut telunjuk nafsu dan bukannya iman,
Sehingga apa yang kotor dan hina itulah kita mengatakan sebagai hak kita,
Sedangkan hak kita adalah yang suci lagi bersih,
Benarkah,anda mendapat hak anda selari dengan hak semua?
[Arani Anwah]

                Hak kita, dengan hak semua. Mana yang lebih penting? Mana yang lebih bagus? Jawapannya, semua.Semuanya penting, dan semuanya bagus. Yang penting adalah WASATIYYAH, keseimbangan antara kedua-duanya.

                Ana tertarik dengan ulasan dalam buku Biar Bidadari Mencemburui Dirimu karya Salim A.Fillah yang menceritakan hak cinta ini bukan sahaja pada diri sendiri, tetapi dalam banyak pihak. Dan pihak itu menyeimbangi semuanya, ya'ni dalam hubungan habluminnallah dan habluminannas jua. Sekiranya soal cinta turut boleh diseimbangi, apatah lagi aspek-aspek yang meliputi kehidupan seharian secara menyeluruh, benar atau tidak?

                Secara ringkasnya, sebelum kita semua bertanyakan tentang hak kita, lebih baik kita bertanya tentang hak 5 perkara ini dahulu.

1.       Hak Allah SWT
"Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"
[Az-Dzariyat :56]

Jawapannya sudah nyata pada ayat Al-Furqan itu. Hak Allah kepada kita adalah  untuk kita beribadah kepadaNya,taat pada perintahNya dan tinggalkan laranganNya. Untuk tidak pernah sesekali mempersoalkan perintahNya tetapi mengikutinya.
Namun sedih. Teramat sedih, tatkala hukum Allah dijadikan persoalan malah permainan semua orang. Ramai yang menyoalkan hukum Allah, sedangkan itulah yang membuat mereka selangkah lebih dekat ke api neraka. Masih ramai mempersoalkan, mengapa perlu solat, menutup aurat, menjaga ikhtilat dan banyak lagi, sedangkan itulah yang menunjukkan kekufuran dan kejahilan mereka.  Dan dengan itu kita masih yakin dengan hak kita bahwa kita akan dijamin masuk syurga dan mendapat nikmatNya, sedangkan kita tidak pernah tunaikan hak kita terhadap Allah? Maka,wajarkah perbuatan kita itu?

" Kita melakukan sesuatu amal itu, jika kerna ingin memasuki syurga,tidak mungkin kita akan memasuki syurga itu tanpa merasa seksanya api neraka itu. Kita melakukan sesuatu amal itu,jika kerna kita ingin mendapat pahala, belum terjamin pahala yang menggunung akan membawa kita masuk meraih nikmatNya yang kekal. Tetapi jika melakukan amal kerna mengharapkan redhaNya, maka kedua-duanya akan kita dapat.Maka raihlah redhaNya, dan bukan yang lain."
[Kata-kata Facilitator]

2.       Hak Rasullah SAW
"Kita sering berkata, ' Aku mencintai Rasullah SAW,tetapi apa bukti aku mencintainya?'" Kata-kata itu acap kali ana baca dan dengar. Ana membenarkannya dengan mengolah kembali kata-kata itu.

’Kita sering berkata kita ingin mendapat syafaat Nabi SAW dan malah berbangga dengan kelebihan kekasih Allah itu, tetapi apa bukti kita sehingga kita merasakan kita layak untuk mendapatnya?"
[Arani Anwah]

       Sunnah Nabi Muhammad SAW ditinggalkan, sedangkan itulah bukti kita mencintai baginda. Nama baik Rasullah SAW, keluarganya dan para sahabatnya dilupakan malah dihina, sebaliknya nama-nama orang kafir mahupun fasik yang membawa kita ke jalan kehinaan itulah yang kita agungkan. Sekiranya anda berada dalam tempat Nabi SAW, adakah anda merasakan hak anda dipenuhi? Dan kalau anda sendiri berasa hak anda tidak dipenuhi, mahukah anda mahu membantu mereka yang tidak memenuhi hak anda? Maka wajarkah perbuatan kita itu?

3.       HAK IBU BAPA
Ibubapa adalah orang ketiga yang patut kita utamakan selepas Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Hak mereka juga tidak melebihi yang dua terawal, hanya mentaati perintah mereka,menghormati mereka serta sahabat mereka dengan syarat perintah mereka tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT serta nasihat Rasullah SAW. Mudah bukan? Tetapi sayang, cukup sayang. Ramai yang melupakan hak mereka ini, sedangkan tanpa keredhaan mereka, jangan harap untuk kita mencium bau syurga sekalipun. Maka wajarkah perbuatan kita itu?

'Ramai orang payah berusaha untuk mencari jalan ke syurga, sedangkan jalan mudah sudah terbentang di depan mata iaitu dengan berbakti pada ibu bapa."
[Personaliti IKIM FM]

4.       HAK PEMIMPIN

Pemimpin dilantik oleh kita, atas asbab kita yakin dengan mereka dan kebolehan mereka untuk memimpin kita ke arah kemajuan dan kecemerlangan. Namun ingatlah,yang memimpin kita adalah manusia yang banyak khilafnya jua. Dan mereka turut merasa letih dan berbuat silap. Namun sedih, amat sedih. Tatkala mereka berbuat salah, kita hanya menunding jari pada mereka, tanpa cuba untuk membetulkan mereka. Tatkala mereka memerlukan pertolongan, kita hanya menutup sebelah mata dan membiarkan dia terkapai-kapai dalam kesusahan,sedangkan apa yang dia lakukan itu melibatkan kita semua. Ana pernah mendengar kata-kata ini dari naqib yang mengetuai tazkirah maghrib di sekolah ana dahulu.

'Pemimpin itu diibaratkan sebelah kakinya di dalam neraka dan sebelah lagi di dalam syurga. Rakyatnya pula menarik kuat kaki pemimpin mereka itu.Jikalau dia berbuat baik ya'ni melakukan keadilan malah rakyatnya  turut bekerjasama dalam kebaikan itu, maka pemimpin itu mampu melangkah ke syurga membawa bersama rakyatnya.Tetapi jika sebaliknya,maka rakyatnya akan menariknya hingga pemimpin itu terjerumus ke dalam api neraka bersama-sama.'
[Naqib]

Maka wajarkah perbuatan kita itu?

5.       HAK MAKHLUK-NYA
Hak ini amat umum, namun amat mudah untuk memahaminya. Apa hak mereka, samalah apa hak kita. Bezanya adalah dengan garisan batas yang ditetapkan agama dan syariat. Dan apa yang penting, tiada diskriminasi dan berat sebelah, ya'ni tiada beza hak yang tidak melampaui batas syariat. Islam adalah agama yang bertoleransi pada semua, tanpa mengira warna kulit, bangsa darjat mahupun kekayaan.Tetapi apa yang membezakan adalah iman dan taqwa kita. Tapi kecewa, cukup kecewa tatkala masih ada lagi yang mendriskiminasikan berdasarkan dunyyawi semata-mata, sedangkan itu semua masih belum menjanjikan kemuliaan di akhirat nanti.  Masih ramai yang mempersoalkan, 'Jika orang lain mampu, mengapa aku tidak mampu?'. Sedangkan tiada siapa yang menghalang. Apa yang dihalang dan patut dihalang adalah jika apa dilakukan itu adalah kemungkaran. Itupun mereka masih ada hak ya'ni hak AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. Tetapi kita, adakah mencemuh atau mendidik mereka? Maka wajarkah perbuatan kita itu?

***

                Apa yang menjadi hak kita, adalah di bawah kelima-lima hak itu. Sebelum mempersoalkan hak kita, persoalkanlah hak mereka pada kita. Kerna hak mereka tidak pernah akan berakhir sehingga kita akhirnya selamat jejak ke tempat kekal abadi kita, ya'ni syurga atau neraka.

"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain,kecuali orang yang bertaqwa."
[Al-Zukhruf : 67]

Habluminnallah perlulah dijaga,namun jangan sampai terlupa habluminannas masih ada untuk dititikberatkan,
Habluminannas perlulah diambil peduli, tetapi jangan melebihi habluminallah.
Seimbangkan kedua-dua, kerna wasatiyah dipegang insyaAllah.

Wallahualam.

~~~

Min Twitter~



Min Facebook~



#Kawan ana sempat nasihatkan ana lagi. Sweetnya~