Wednesday 9 January 2013

.:: TARBIYAH FI ARDHUL 'ANBIYA :- LI MAZA HUM, LEISA ANA? ::.


.:: TARBIYAH FI ARDHUL 'ANBIYA :- LI MAZA HUM, LEISA ANA? ::.



Dengan lafaz Bismillah,

            " Do you all know Mahathir Mohamad?" tercengang kami semua. Soalan 'astaa ( pemandu teksi) dituturkan dalam bahasa Inggeris pada kami. Ana terus menjawab.

            "Aiwah, we know him. He's our Prime Minister in the past year," ana balas balik berbahasa Inggeris. Hendak bertutur Lughatul Arabiah Ammiyah secara seluruh, masih dalam proses bertatih. Jawapan ana itu membuatkan 'astaa itu tersenyum lebar, seolah-olah ia adalah berita gembira pada dia.

            "Alhamdulillah! I love him! I adore him! He's quite famous here in Egypt. He also once come here at  Egypt, and we the Egyptian loves him awi awi!" dia berkata lagi dengan nada teruja. Kami semua mengangguk mengiya-iyakannya. Sahabat ana yang lain sedang bersembang dengannya lagi tentang Mahathir. Ana hanya tersenyum, namun otak ana mula ligat berfikir.


            " Hairan, kenapa Dr. Mahathir popular sangat di kalangan rakyat Mesir sini?"
            " Apa asbabnya?"
            "Adakah beliau telah melakukan apa-apa sumbangan pada negara ini sehinggakan mereka begitu menyanjungnya? Hmm.."


            Persoalan itu terpaksa ditangguhkan. Kami sudah tiba di Kuliyyah Tibbul Am Universiti Al-Iskandariah. Kami terpaksa mengejar masa untuk ke kelas praktikal seterusnya. Namun begitu, hati ana masih tidak tenang. Fikiran ana masih tidak tenang memikirkannya. Persoalan itu seolah-olah menghantui fikiran sepanjang kuliah hari ini.


            Sampai sahaja di rumah, ana terus  membuka computer riba ana. Dicari juga maklumat mengenai mantan Perdana Menteri ini demi menenangkan fikiranku. Dan selepas beberapa minit, ku dapat jawapannya.


            Dan kini, ana jumpa asbabnya,

1.      Dr. Mahathir Mohamad pernah menjadi penasihat kewangan di negara Mesir yang telah sedikit sebanyak menolong masalah kewangan di Mesir diatasi.
2.      Kehebatan beliau kerna sokongan kuatnya terhadap masalah berkaitan masyarakat Muslim khususnya di negara-negara diancam peperangan dan serangan dari negara Barat tikat itu.
3.      Dianggap sebagai salah satu pemimpin yang berjaya membangunkan negara Islam ke alaf baru.
4.      Kepimpinannya serta ketokohannya disanjung oleh orang Arab di sini.


Terdiam dan tergamam sebentar ana tika ana membaca info-info ini. Malu, ana malu pada beliau. Ana malu pada Allah SWT. Ana mula berasa diri ana ini rasa kerdil, rasa rendah diri kerna tidak mampu untuk menjadi seorang yang hebat seperti itu. Tika itu ana terfikir, sekiranya orang Mesir di sini tahu bahawa ana hanyalah seorang rakyatr biasa yang mungkin jarang dan amat sukar untuk mencapai kejayaan seperti beliau, apakah mereka akan berfikir? Adakah mereka akan gelakkan ana? Atau mereka kasihankan ana? Ataupun, mereka pujuk ana,beri ana semangat untuk bangkit kembali?


Saat memikirkan andaian yang terakhir itu, ana tiba-tiba tersedar. Tersedar bahawa ana tidak boleh bandingkan diri ana dengannya. Ana adalah ana, dan beliau adalah beliau. Bukan orang yang sama, tetapi dua insan yang berbeza.


Al-Quran di dalam begku dicapai dan dibuka pada muka surat yang tertera padanya suatu ayat.


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
[Al-Hujuurat:13]


      Hati ana tersedar, semangat kembali membara. Ayat itu berjaya menjadi pengantaraNya untuk kembali memantapkan kembali pendirianku. Allah SWT tidak menjadikan kami semua sama, untuk sama-sama mencapai kejayaan yang sama dan mencapai kegagalan yang sama. Tidak sama sekali.


Tetapi Allah SWT menjadikan kami berlainan, setiap orang berlainan antara satu sama lain, untuk mencapai kejayaan yang berlainan dan kegagalan yang berlainan. Apa yang sama hanyalah satu, iaitu pegangan mereka kepada Allah SWT, lalu mereka mencapai kejayaan yang sama di dunya dan akhirat, namun jika sebaliknya, maka sebaliknya akan berlaku.


Nauzubillah min zalik!


Tetapi satu lagi yang buat ana kembali sedar dari lemas dalam arus dunyawi ini adalah,


Sekiranya Dr. Mahathir Mohamad mampu berjaya, mengapa bukan ana?


      Ana teringat kembali kata-kata yang diabadikan dalam sebuah buku bertajuk 'Enjoy Your Life' karya Dr. Muhammad Abd' Ar-Rahaman Al-'Arifi yang ana baca semasa dalam perjalanan kuliah bersama 'astaa yang sama.


      Dalam bukunya itu, dia menceritakan kisahnya tatkala memberi ceramah dan waktu itu dia memetik kata-kata dari Almahrum Sheikh Abd al-'Aziz bin Baz. Bila ceramahnya sudah berakhir, seorang tua berkata padanya dengan bangga bahwa dia dan Sheikh Ibn Baz itu adalah rakan talaqqi. Mereka berdua bertalaqqi bersama Sheikh Muhammad bin Ibrahim 40 tahun dahulu.

Beliau memandang ke arah orang tua itu dan melihat riak wajahnya yang gembira itu masih belum pudar. Beliau berkata dalam hatinya, "Kesian padamu wahai saudaraku!Engkau mengetahui jalan menuju ke arah kejayaan, mengapa kau tidak mengikutnya? Mengapa tatkala Ib Baz meninggal dunya,semua orang menangisi pemergiannya dari kawasan terpencil, institusi, negara yang pelbagai.Sedangkan pemergianmu mungkin tiada orang akan menangisinya,melainkan kerna belas kasihan mahupun adat."


      Dari sini, terselit satu peringatan yang amat bermakna dari seorang yang alim.


      Tidak bermakna kita perlu merendah diri pada mereka yang sudah berjaya, kerna kita juga mampu mencapai kejayaan.
      Tidak bermakna kita boleh berbangga dengan kejayaan orang di sekeliling kita,sedangkan kita sendiri tidak mahu sama berjaya bersamanya.
      Tidak bermakna bahwa kita gagal itu kita tidak mampu berjaya seperti orang berjaya, kerna kegagalan dan kejayaan itu bukan di tangan kita.tetapi pada kekuasaan Allah SWT.
Innama 'amalu bi niat…

Di sini, muncullah suatu pengharapan kepada pergantungan Lillahi Ta'ala. Untuk berjaya, bukan kerna manusia atau dunyawi, kerna sekiranya itulah matlamat kita, maka sehingga ke penghujung usia kita takkan pernah capai kejayaan itu. Tetapi, jika matlamat kita untuk berjaya adalah Lillahi Ta'ala, maka perspektif kita kepada suatu kejayaan itu adalah suatu yang luas. Boleh jadi hanya kerna kita berjaya menjalani hidup kita penuh dengan kebaikan pun sudah dikira kejayaan,kerna itulah yang menjamin kejayaan kita di akhirat yang kekal abadi.

Wallahu'alam.


P/S:- No intention of politics here! ^_^ <3 ~

Monday 7 January 2013

.:: TAHAJUD CINTAKU ::.


.:: TAHAJUD CINTAKU ::.





Dengan lafaz Bismillah,

Di suatu keheningan malam,
Tidak kedengaran suara manusia lain,
Hanya hembusan angina di wajahku terasa sejuknya,
Menjadi saksi pada pertemuan cintaku dengan Al-Waddud,
Di atas tikar sejadah dalam kegelapan malam.

Ku mulakan dengan istighfarku,
Istighfarku meminta pengampunan terhadap dosaku yang tidak terkira sepanjang hari,
Selawat terhadap kekasihNya mengiringi Surah An-Nas,
Meminta perlindungan terhadap kekusyukanku waktu ku berbicara dengan tuanku,
Dua kalimah syahadah diucapkan,
Tnada kesaksian pada Tuhanku dan kekasihNya,
Memperbaharui imanku dan Islamku,
Sebelum aku mengangkat takbir dan melaungkan,
'Allahu Akhbar!'
Seiring dengan nawaitu ibadahku di malam hari yang sunyi itu.
' Sahaja aku melaksanakan solat tahajud dua rakaat demi Allah Ta'ala.'
'Demi redhaNya,'
'Demi kasihNya'
'Demi pengampunanNya'
'DemiNya semata-mata.'

Asalamualaikum tanda penyudah amalku yang satu ini,
Solat yang pernah dahulu diwajibkan pada Rasullah dan mu'min di zamannya,
Yang diringankan kewajipannya, namun tidak pernah diringankan ganjarannya,
Hatiku sayu, terasa sayu di malam itu,
Air mataku menitis,
Tiada siapa yang menyaksikannya melainkan Tuhan Yang Maha Melihat segala-galanya,
Tanda kekesalan pada dosa dan salah silapku pada pagi hari,
Tanda aku sedang bermuhasabah diri untuk ke arah lebih baik,
Tanda aku kesal padaNya kerna tidak laksanakan amanahku dengan sebaiknya,
Sebagai seorang hamba di mataNya,
Sebagai seorang khalifah di muka bumi,
Sebagai seorang dae'i yang diamanahkan.

Ku tadahkan tanganku,
Tidak ku sedar tanganku sudah terketar-ketar,
Tidak sabra meminta keampunan dariNya,
Tidak sabar untuk meminta hajat padaNya,

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang,
Yang Memiliki nama-nama yang indah,
cukup indah sehingga memberi kesenangan hati pada mana-mana hamba yang inginkan rasa dikasihi dan disayangi.

Allahumma lakalhamdu, Anta qayyamus samawaati wal ardhu waman fiihinna,
Walakal hamdu,Anta nurs samawaati wal ardhu waman fiihinna,
-Wahai Allah!Bagimulah segala pujian.Engkau Maha Pencipta langit dan bumi serta segala isinya. Bagimulah segala pujian. Engkaulah cahaya langit dan bumi serta isinya, Bagimulah segala pujian.-
SubhanaAllah ya Malikul Qudus!
Engkaulah yang Maha Berkuasa!
Maha Berkuasa menciptakan segala-galanya di langit, bumi serta di antaranya,
Namun Kau tidak pernah sombong,
Malah Engkaulah jua yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang pada hamba-hambaMu yang sentiasa berbuat kejahatan padaMu,
Sungguh, diri ini malu, diri ini segan padaMu,
Adakah ptidak pernah sesekali diri ini terlepas dari semua itu?
Dari menjadi seorang yang sombong dengan hartanya,
Sedangkan semuanya dariMu?
Dari menjadi seorang yang sering berbuat zalim,
Sedangkan Engkau tidak pernah mengajarku sebegitu?
SubhanaAllah, diri ini rasa amat malu!

Anta haq, Wa wa'duka haq, Wa liqaa uka haq, Wa qauluka haq,Wa jannatu haq,Wa naarru haq,Wa nabiiyuuna haq, Wa muhammaddu haq,Wa ssaa'atu haq.
-Engkau yang benar, JanjiMu adalah benar, Pertemuan denganMu adalah benar, Kata-kataMu adalah benar, SyurgaMu adalah benar, NerakaMu adalah benar, Nabi-nabiMu adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar,dan hari kiamat itu adalah benar.-
Sungguh,
Apa yang Engkau pernah kata-katakan dahulu,
Yang pernah engkau sampaikan dahulu,
Melalui Rasul-rasulmu serta Kitab-kitab cintaMu,
Adalah benar,
Dari awal sehingga akhir,
Dan aku kini bersaksi di atasnya,
Bersaksi atasnya dan memperbaharui imanku kembali,
Ya Allah! Adakah Engkau mendengar kata-kataku ini?
Adakah engkau mendengar pembaharuan saksiku ini?
Sungguh, ku berharap!
Ku berharap agar kau mendengarnya,
Agar diri ini tidak tergolong dalam golongan yang rugi,
Tatkala berhadapan denganMu kelak di Yaumul Kiamat kelak.
Allahumma aslamtu wa bika aamantu, wa 'alaika tawakkaltu, wa ilaika anabtu, wa bika khasamtu, wa ilaika haakamtu,
-Wahai Allah! KepadaMulah aku berserah.Dengan Engkau aku beriman, Kepada Engkau aku bertawakal. Kepada Engkau aku akan kembali. Dengan Engkau aku merindui,Kepada Engkaulah aku berhukum.-
Ya Allah,
Aku menyerahkan segala pergantunganku sepenuhnya padaMu,
Sebagaimana Siti Hajar bertawakal padaMu setelah ditinggalkan di padang pasir yang tandus bersama anaknya Nabi Ismail oleh suaminya,
Sebagaimana Nabi Ayub AS bertawakal padaMu waktu diuji dengan dugaan yang hebat,
Hanya kepadaMu Ya Allah ku memohon segala-galanya,
Dan segala yang dating padaku hanyalah pengantaraMu padaku,
Farghfirl ma qaddamtu, wa ma akhrartu, wa ma asrartu,wa ma a'lantu, wa ma anta a'lamu bihi minna, anta muqaddamu wa anta muakhiru, la ilaha illa anta wa la ghairuka.
-Maka ampunilah dosaku yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan yang nyata,sedangkan Engkau lebih Maha Mengetahui daripadaku.Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan terakhir.Tiada Tuhan selain Engkau dan tiada Tuhan tanpa Engkau.-
Ya Ghafur, ampunikanlah dosa-dosaku,
Sesungguhnya aku ini seorang hamba yang hina,
Tidak punya apa-apa di sisiku,
Melainkan amalku yang baik dan dosa yang bakal Engkau hisabkan di Yaumul Din kelak,
Di hadapan ummat manusia, terdahulu dan terkemudian,
Menanti hasil tuaian mereka di dunya di akhirat kelak,
Hari itu,
Adalah penentu segala-galanya,
Penentu kepada apa yang akan berlaku pada diri selama-lamanya,
Ampunilah dosaku,
Demi kurangnya dosaku dan tambahnya amalku,
Untukku bersamal dengan para amal salih,
Di JannahMu yang mempunyai semua nikmat yang telah Kau janjikan pada yang taat padaMu.
Aamiin
-Moga Allah perkenannya-

Air mataku kembali menitis,
Menitis setitik demi setitik,
Ku merenungi kisah hidupku,'
Adakah ku mampu melaksanakan amanahNya padaku sebaik mungkin,
Adakah ku mampu untuk kembali bersamaNya kelak di akhirat nanti?

Wallahu'alam