Monday 24 June 2013

.:: LEMBUT ITU SUNNAH NABI SAW ::.

.:: KASARNYA! ::.



Dengan lafaz Bismillah,

‘ Perkataan yang baik dan pemberian maaf itu lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti. Allah Maha Kaya, Maha Penyantun.
[Al Baqarah :263]

“ Memang orang berdakwah semuanya menggunakan pendekatan kasar ke? Tak pun, sindir-menyindir atau menggunakan kata-kata sinis?”

                Tergamam ana bila disoal sebegitu oleh seorang sahabat ana. Raut wajahnya menunjukkan rasa tidak puas hati. Mungkin baru sahaja terjad sesuatu yang berkait dengan soalannya itu. Cuba memikirkan cara untuk menenangkan dirinya itu, jawpaan terbaik cuba diingati berdasarkan apa yang dipelajari.

                “ Taklah ya ukhti,” jawab ana dengan senyuman. Nampak dia tidak berpuas hati lagi, ana menyambung.

                “ Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah-lembut, masakan Dia menyukai hambaNya yang kasar? Rasullah SAW, yang merupakan sebaik-baik manusia, adalah manusia pernah lemah-lembut dan berakhlak mulia, masakan sikap kasar itu ada diterapkan dalam dirinya?”

                “ Tapi, mengapa yang kononnya mengaku bahawa mereka adalah pewaris nabi, menuntut ilmu tinggi-tinggi, boleh memandang sinis malah menuduh kami yang baru bertatih belajar ilmu agama? Bahkan yang lebih teruk, smapai berkasar dengan para ulama’ sendiri? Menghina guru-guru mereka? Sedangkan mereka menuntut ilmu itu baru empat lima tahun, guru mereka pula, bukan setakat lebih lama, tetapi turut mengamalkan ilmu mereka?” tanya balik sahabat ana. Ana terdiam mendengar kata-kata sahabat ana itu. Baru kini ana mengerti, apa yang du’at lakukan, pasti akan diperhatikan oleh orang lain.

                Perbualan kami terhenti setakat itu sahaja kerna masa yang singkat untuk membincangkan hal itu. Namun begitu, ana sudah berjanji dengan sahabat ana itu akan menjawab persoalan dia itu dan dia bersetuju untuk menunggu. Kini, ana memikirkan bahwa ini bukan terhad pada persoalan dia sahaja, tetapi juga kepada masyarakat kita khususnya, yang sudah bersangka buruk pada para pendakwah kini. Juga pada para pendakwah juga, untuk kembali berpijak di alam nyata, dan berdakwah dengan cara Nabi, bukan dengan cara logik atau keinginan mereka semata-mata.

***


                Sejak kebelakangan ini, ana sering terbaca satu hadis yang menceritakan tentang bagaimana Rasullah SAW berdakwah kepada seorang Sahabat bernama Mu’awiyah bin Al-Hakm. Sahabat baginda ini, adalah seorang dari kalangan para sahabat yang tiada peluang untuk senantiasa menemani baginda, bahkan tidak tinggal pun di Madinah, melainkan mempunyai haiwan ternakan di padang pasir untuk dijaga.
 Dia menghadiri solat secara berjemaah di masjid bersama Rasullah SAW dan para sahabatnya. Ketika solat, salah seorang sahabat telah bersin dan sebelum dia sempat mengucapkan ‘Alhamdulillah’, Mu’awiyah menjawab ‘YarhamukAllah’ sehingga didengari oleh para sahabat yang lain yang sedang menunaikan solat. Yang lain memandang tajam padanya, dan bila Mu’awiyah menyedari itu, sekali lagi Mu’awiyah bersuara, ‘Kenapa kalian memandangku?!’. Para sahabat menegur mereka dengan menepuk peha mereka, dan selepas itu Mu’awiyah mendiamkan diri meskipun  hatinya tidak puas bila diperlakukan sebegitu.  Seusai sahaja solat, Rasullah SAW bertanyakan siapa yang bersuara tadi dan semua orang ketika itu menunjuk ke arah Mu’awiyah. Mu’awiyah yang keliru dengan apa yang bakal berlaku, takut dengan paa yang bakal dilakukan oleh Rasullah SAW. Tapi, lihatlah dan hayatilah apa yang dikatakan oleh Mu’awiyah tentang perilaku Rasullah SAW terhadapnya tika itu.
‘ May my mother and father be ransomed for him! By Allah, I have never seen before him nor after him a leader who give a better instruction than he. I swear that he did not scold, beat or revile me, but simply said:’Talking to people is not befitting during the prayer,for it consists of glorifying Allah,declaring His Greatness,and recitation of Quran. This is how brief his advice was.’

SubhanaAllah! Cuba baca ayat terakhir dituturkan oleh Mu’awiyah!
‘ This is how brief his advice was.’

                Rasullah SAW tidak memarahinya atau memukulnya. Tetapi Rasullah SAW menegurnya dengan lemah-lembut bahkan dengan pesanan yang mempunyai maksud tersirat namun ringkas dan berhikmah. Maka siapa yang tidak lembut hatinya untuk berubah selepas itu?

                Kisah ini sendiri sudah menunjukkan, bahawa dengan kekasaran, tidak ada yang mampu diubah melainkan menjadikan seseorang itu lebih teruk akhlaknya. Namun jika dengan lemah-lembut, maka hati mad’u turut lembut untuk berubah.

Ya du’at!
Fikirkan hati-hati yang ditarbiyah olehmu,
Yang keras namun tidak mampu menerima kekerasan,
Diibaratkan batu yang keras ingin memecahkan batu yang keras,
Yang sekiranya berjaya akan timbulkan kesakitan,
Namu air yang lembut mengalir,
Mampu memecahkan batu dengan tiada kesakitan dan keperitan.
[AraniAnwah]

                Hal ini turut sama dengan hal mad’u ingin menegur dae’I atau guru mereka. Ada yang mempersoalkan, bolehkah untuk menegur guru mereka? Namun ingatlah, Imam Syafi’e pernah menegur gurunya Imam Malik ketika mengajar, tetapi itu tidak menimbulkan kerapuhan hubungan mereka. Kerna disebalik teguran itu, bukannya niat untuk menghinakan, namun kerna hormat dan sayangnya pada guru mereka. Sekiranya teguran itu perlu, maka tegurlah dengan berhikmah, bukan dengan menghina.

                Ana tersenyum, bila soalan sahabat ana kembali bermain dalam pemikiran ana. Mengenai perbezaan ilmu antara orang yang menghina itu dengan guru yang dihina itu. Tersenyum, kerana sebenarnya jawapan itu telah ada dalam soalannya itu sendiri. Ilmu, sekiranya benarlah ilmu itu meresap dalam dirinya, maka tawadhuk dan adab terhadap guru itu lebih diutamakan olehnya tika ingin menegur. Sekiranya tidak, maka hati mereka akan dicucuk-cucuk oleh syaitan dengan sifat takbur untuk melakukan yang sebaliknya. Nauzubillah min zalik, ana doakan agar kita semua dijauhi oleh semua itu.

                Namun begitu, janganlah kita lupakan cara dakwah paling berkesan. Yang tidak dapat dinafikan, bila Saidatina Aisyah RA menceritakan tentang Rasullah,
‘Sesungguhnya Rasullah SAW itu diibaratkan sebagai Al-Quran bergerak.’
                Ya, perbuatan dan akhlak kita sendiri yang akan menjadi modal dakwah yang terbaik. Kerna fitrah kita yang tercipta untuk menyukai kebaikan, akan tertarik pada orang yang beramal baik dan berakhlak mulia. Terapkanlah dalam diri dan melangkahlah, dari sehari ke sehari untuk mengikuti jejak Nabi SAW ini. Ingatlah kata- kata Nabi ini, terapkan dalam hati, dan hayatinya dengan jisim tubuhmu, dan moga suatu hari nanti, sifat lemah-lembut kita, hormat kita serta usaha kita ke arah mencapai akhlak Al-Quran akan menjadi saksi kita untuk di Yaumul Hisab kelak.

‘Hiasi dirimu dengan akhlak yang terpuji dan perbanyakkanlah diam. Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya,tidak ada makhluk yang menghiasi dirinya ( yang lebih indah dari) keduanya.’
[HR Abu Ya’la dan Thabarani]


Wallahu’alam.