Monday 27 August 2012

.:: MOH TADDABUR AL-QURAN!:- MARI KITA REMBAT KEMULIAAN YANG PALING TINGGI! ::.

.:: MOH TADDABUR AL-QURAN!:- MARI KITA REMBAT KEMULIAAN YANG PALING TINGGI! ::.





Dengan lafaz Bismillah,

Assalamualaikum wbt diucapkan
kepada para sahabat yang setia membaca coretan ana,
Terdiri daripada an-Nas yang ditakdirNya,
Untuk kita berkongsi pendapat dan ilmu,

Wahai mawar berduri ad-Din,
Apa khabarmu di sana?
Adakah anda masih gigih memelihara harum dan madumu,
Dari dicemari oleh tangan yang tidak mukenali,
Mahupun dijajah oleh kumbang yang tidak mengenal erti sopan dan santunmu?

Wahai lebah pembina ummah,
Masih tekadkah usaha anda semua,
Mengumpul debunga yang tiada gunanya di dunya,
Untuk hasilkan suatu madu yang amat manis rasanya,
Hingga berpanjangan di dunya dan akhirat?

Semoga anda  kekal dalam sunnatullahmu,
Memegang amanahmu padaNya,
Dan melaksanakan ikrarmu padaNya,
Tanpa melampaui batas syariatNya,
Supaya anda tidak menzalimi diri sendiri.

[AraniAnwah]
***

                Semoga para sahabat menyukai puisi yang ana coretkan untuk anda. Ana mutaasif awi(fi lughatul ammi Misr, ana minta maaf banyak-banyak) jika  puisi itu tidak menepati citarasa anda semua dan menyinggung perasaan anda semua. Sesungguhnya ana masih banyak kekhilafan dan ana mohon maaf jika kekhilafan itu telah melampaui batas.

Pak Malik ke pasar membeli lidi,
Lidi dibeli untuk menyapu beranda,
Moh Taddabbur Al-Quran nama diberi,
Moga memberi ilmu kepada kita semua.

Wallahu’alam.

                Ana terfikir untuk melakukan segmen berkaitan ini apabila dihebah-hebahkan tentang keistimewaan mentaddabur Al-Quran Al-Karim. Kata para ulama, “Setiap ilmu yang kita dapati, tiada gunanya jika tidak beramal berlandaskan taqwa dan iman”. Ana mula mentaddabur ayat-ayat cintaNya  selepas itu sebaik sahaja membaca ayat-ayat itu satu persatu melalui tafsirnya. Ada yang ana tak faham, ana rujuk pada kakak-kakak usrah mahupun ustazah yang lebih tinggi ilmunya dari ana.  Dan benarlah kata-kata mereka, dengan mentaddabur ini kita dapat mengenal ad-Din dan Rabb kita lebih dekat.

Kifayah dil wakti!

                Bukan nawaitu ana untuk memanjangkan nota dalam buku nota alam maya ana ini dengan sesi taaruf ana dengan amal ini, melainkan untuk kongsi apa yang ana dapat baru-baru ini melalui taddabur Al-Quran.

Pada keheningan satu pertiga malam,
Bertahajud untuk mengenal Allah SWT,
Ku membuka Al-Furqan,
Lalu ku membelek satu persatu muka suratnya,
Sehingga…

Ku menjumpai ayat-ayat cintaNya,
Di laman 365 dan 366,
Mengikut resam Uthmani.


60 When it is said to them, Adore the most gracious! They say, And who is the most gracious? Shall we adore that which you command us? And it increases their aversion.
61 Blessed is he who made constellations in the sky, and placed in it a lamp and a moon giving light;
62 And it is he who made the night and the day to follow each other: for such as have the will to celebrate his praises or to show their gratitude.
63 And the servants of the most gracious are those who walk on the earth in humility, and when the ignorant address them, they say, Peace!;
64 Those who spend the night in adoration of their Lord prostrate and standing;
65 Those who say, Our Lord, avert from us the wrath of hell, for its wrath is indeed an affliction grievous,
66 Evil indeed is it as an abode, and as a place to rest in;
67 Those who, when they spend, are not extravagant and not niggardly, but hold a just balance between those extremes;

68 Those who invoke not, with Allah, any other god, nor slay such life as Allah has made sacred, except for just cause, nor commit fornication; and any that does this meets punishment.
69 The penalty on the day of judgment will be doubled to him, and he will dwell in it in ignominy.
70 Unless he, repents, believes, and works righteous deeds, for Allah will change the evil of such persons into good, and Allah is oft-forgiving, most merciful,
71 And whoever repents and does good has truly turned to Allah with an acceptable conversion;
72 Those who witness no falsehood, and, if they pass by futility, they pass by it with honourable avoidance;
73 Those who, when they are admonished with the signs of their Lord, droop not down at them as if they were deaf or blind;
74 And those who pray, Our Lord! Grant to us wives and offspring who will be the comfort of our eyes, and give us the grace to lead the righteous.
75 Those are the ones who will be rewarded with the highest place in heaven, because of their patient constancy: they shall be met in it with salutations and peace,
76 Dwelling in it; how beautiful an abode and place of rest!
77 Say: My Lord is not uneasy because of you if you call not on him: but you have indeed rejected him, and soon will come the inevitable punishment!


                Apa yang anda semua dapat perhati dari ayat- ayat ini? Sekiranya anda semua mengatakan    ‘ SIFAT-SIFAT HAMBA ALLAH MENDAPAT KEMULIAAN’, maka jawapan anda adalah sahih!Sah! Toyyib! Tammam! Na’am! Dan err, (apa lagi kalimah baik dan betul dalam lughatul Arabiyah?^^”). Di sini, ana dapat kenal pasti dan mendapat tahu, bahwa Allah SWT telah memberikan garis panduan sudah pada hambaNya, ya’ni kita untuk mendapat kemuliaan di sisi Allah dan bukan hanya di mata manusia semata-mata.

Antara yang ana boleh simpulkan dari ayat-ayatNya ini adalah :-
~Mereka berjalan di muka bumi ini dengan perasaan rendah diri dan mengucapkan perkataan baik (seperti memberi salam) kepada yang mencaci mereka.
~Menghabiskan waktu malam mereka dengan beribadah padaNya.
~ Menginfakkan harta mereka dengan tidak berlebihan dan tidak pula sebaliknya,malah sebaik-baiknya adalah di antara kedua-duanyaya’ni watasiyah
~ Tidak mensyirikkan Allah
~Tidak membunuh orang yang diharamkanNya tanpa alas an yang wajar
~Tidak berzina
~ Orang yang bertaubat dengan taubat sebenar-benarnya (ya’ni taubat nasuha) serta beriman dan beramal kebajikan.
~Orang yang tidak memberi kesaksian palsu
~Menjaga kehormatan mereka dengan meninggalkan orang yang berbuat perkara tidak berfaedah.
~Tidak bersikap buta dan tuli (buat tak endah) terhadap peringatanNya
~ Orang-orang yang berdoa padaNya dengan,
                “ Ya Tuhan kami,jauhkanlah azab Jahannam dari kami,kerna sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal.” [25:65]
                “Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami,dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”[ 25:74]

Para khalifah di muka bumi ini,
Senangkan sebenarnya untuk kita meraih kemuliaan di sisi Al-Karim kan? Sedar tak sedar,ada yang kita dah buat selama ini, cuma ada sedikit sahaja yang kita kena tambah baik dari sebelum ini. Siapa yang tak nak kemuliaan yang hakiki di akhirat nanti? Ana pasti, dalam setiap hati makhluk yang bernama manusia ini inginkan kemuliaan itu, cuma antara mereka tidak mahu mengakui, sesat dari jalannya yang haq mahupun yang masih jahil tercari- cari jalan itu. Apapun, ana ingin ingatkan sesungguhnya setiap amalan kita, meskipun nilainya amat besar di mata kita pahalanya, namun jika niatnya itu tidak bersandarkan kepada Allah SWT, maka di mataNya hanya sifr (0) sahaja.
Ini berdasarkan hadis sahih yang pertama di dalam Hadis Arbain dan Riyadhatus Salihin nukilan Imam An-Nawawi.

“Dari Amirul Mu’mininAbu Hafs, Umar Ibnu Khattab RA pernah berkata, Aku pernah mendengar Rasullah SAW bersabda :- Sesungguhnya setiap amal perbuatan adalah dinilai mengikut niatnya. Barangsiapa yang berhijrah kerna Allah dan RasulNya,maka hijrahnya diterima sebagai hijrah kerna Allah dan RasulNya.Dan barangsiapa yang berhijrah kerna dunia dan isinya yang bakal diperoleh atau wanita untuk dinikahinya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrahnya itu.”
                [HR Bukhari no 6533 & Muslim no 1907]
 
Oleh itu,sama-samalah kita perbaharui nawaitu kita Lillahi Taala kerna kita mana tahu, bila kita akan menghadapi dengan malaikat maut yang datang demi mencabut nyawa kita.Tatkala itulah kita mampu lihat sama ada kita akan mendapat kemuliaan atau kehinaan di sisiNya. Tatkala itu,tiada apa yang mampu kita ubahi demi takdir kita di Yaumul Hisab nanti.

Sampai sini sahaja, ana sudahi entry ana yang panjang lebar kali  ini dengan gambar kalimat-kalimat suci Allah di bawah ini. Moga tatkala anda semua membacanya,anda mendapat keberkatanNya dan insyaAllah ana mendapat ‘credit’ bak kata sahabat ana. Sehingga masa hadapan, Assalamualaikum wbt.




Wallahu’alam.



Sunday 19 August 2012

.:: PANDANGAN SEORANG GADIS DI SEBALIK SEHELAI KAIN KECIL ::.

.:: PANDANGAN SEORANG GADIS DI SEBALIK SECEBIS KAIN ::.


Dengan lafaz Bismillah,

Sedang ana meneroka dunia Facebook, ana terbaca satu kisah yang menyentuh perasaan ana sebagai seorang niqabist in making. Kisahnya ini menceritakan tentang perihal dirinya dan bagaimana dengan memakai niqab dia melihat dunia dalam satu perspektif yang lain,
Yang jarang orang menilainya,
Yang sedikit orang menyedarinya,
Iaitu pandangan hakiki oleh seorang hamba Allah.

Tafadhhal...

***

Di sebalik niqab berwarna hitam itu, ada sepasang mata yang terlihat dan melihat. Dihujani ribuan pandangan aneh. Terasa begitu asing. Perbezaan yang serta-merta dapat dirasai menusuk segenap hati apabila diperhatikan berpakaian yang serba menutup sebegitu berbanding kebiasaan sering terdedah. Mata-mata yang seakan bersuara melahirkan simpati. Seharusnya, pada era fesyen ini segala trend jadi ikutan. Namun, bukan dia.



Ada yang merasakan dirinya berpakaian seperti tawanan. Setiap langkah mereka beriramakan suara yang berdesas-desus layaknya seperti juri yang menghakimi. Tatkala pilihan fabrik penuh warna-warni yang menarik, masih ada yang mahu tampak serba pudar sepertinya.

"Jadi, inilah perubahan baru yang awak katakan antara simbolik bagi erti 'kebebasan' sebenar seorang wanita? Sememangnya perubahan yang benar-benar drastik, Fatihah! Tapi sejujurnya ini memang kebebasan yang lari daripada kebiasaan. Sungguh!" Kening Maisarah terangkat sedikit. Terkejut melihat sahabatnya berpakaian sedemikian. Jika bukan kerana Fatihah yang menyapanya terlebih dahulu, sudah pasti dia tidak mengenali gadis di hadapannya tadi.

"Absolutely, this is total freedom for me and my soul! I had never felt this kind of feeling before but now I know how it actually feels like. Peace and modesty. Saya dapat rasakan hati saya lebih selamat dan setiap pandangan yang melihat diri saya seperti refleksi dan reminder untuk mengingatkan siapa diri saya sebenarnya – hanya seorang hamba Allah," ujar Fatihah penuh bersemangat.

Senyuman yang terukir di sebalik kain yang menutup sebahagian wajahnya terserlah pada sinar matanya. Dia jauh lebih kemas dan berbeza daripada Fatihah yang dikenali sebelum ini. Kadangkala terfikir, betapa 'pakaian' bukan sahaja mampu mengubah pandangan segenap manusia terhadap si pemakai malah mengubah cara si pemakai itu sendiri memandang dunia.

"Awak tahu tak, pandangan mereka sangat menakutkan? Awak lebih banyak menarik perhatian dengan berpakaian sebegini. Ingat, ini bukan budaya kita seperti di tanah Arab tu. Tentulah mereka rasa janggal bila tengok awak. Malah, tak hairanlah mereka cenderung merenung awak." Maisarah masih kekok apabila hampir setiap orang yang lalu-lalang di pusat beli-belah memusatkan pandangan pada mereka berdua, khususnya Fatihah. Agak janggal duduk berdua dengan Fatihah sedangkan dirinya jauh berbeza.

"Kenapa perlu takut dipandang dengan pandangan aneh? Saya lebih takutkan Allah. Saya takut kalau-kalau pandangan mereka pada saya membuatkan Allah murka pada saya. Semua pancaindera ini pinjaman daripada Dia. Jadi, aurat saya juga tanggungjawab saya. Bukan niat saya mahu menarik perhatian atau menjadi bahan tarikan sedangkan pada dasarnya tidak ada apa-apa yang menarik pun untuk ditatap – hanya kain biasa yang tiada potongan.

"Saya mahu menjaga hati kecil ini daripada terus dizalimi dan menzalimi diri sendiri. Bukan kerana terikut budaya atau apapun. The truth is I am trying to dress for Allah and not for humans." Kelihatan air matanya bergenang. Sebak.

Dalam diri Maisarah mengakui keberanian Fatihah berhadapan insanity di sekitarnya dengan perubahan yang dibuat. Air mata di sebalik niqab itu terasa begitu mahal apabila tiada siapa yang melihat dan menyedari.

"Apa maksud awak dengan menzalimi dan dizalimi diri sendiri?"

"Saya sudah letih, Mai. Letih menjadi seorang yang seperti tercari-cari identiti. Letih bergantung kepada sesuatu untuk mengejar tumpuan. Letih untuk membanding dan mengukur 'kecantikan'. Hati pula mudah riak dengan pakaian yang dipakai. Malah, pujian yang diberi hanya kerana kecantikan dengan 'make-up' yang sementara dan segera hilang walau terkena air.

"Saya menzalimi diri sendiri kerana berani mencuba sesuatu yang di luar syariah hanya kerana mahu tampil berbeza dan cantik di pandangan mata manusia. Malah menzalimi keluarga dan orang lain kerana memberi saham dosa dengan aurat yang terdedah. Hati saya juga bagai dizalimi kerana tanpa sedar mengukur dan mengejar segala yang sementara. Bukankah Islam mengajar umatnya untuk bersederhana?" soal Fatihah.

"Betul juga. Media dan majalah di luar sana mendefinisikan cantik itu dengan cara mereka. Fesyen pula berpusat kepada menjadi atau mencuri tumpuan. Kita dikelilingi dengan persekitaran begini. Kita juga dibentuk dengan stigma yang mengikis rasa takut pada pandangan Allah berbanding pandangan manusia.

"Tapi, bukan mudah untuk lari daripada kebiasaan. Bukan mudah untuk berkorban dan bertahan dengan pakaian yang serba labuh dan menutup hampir seluruh tubuh kita pada zaman ni. Masih banyak etika yang perlu dipatuhi," kata Maisarah yang mulai akur sudut pandang Fatihah.

"Islam itu kan mudah, jadi usah diberatkan dan jangan ambil mudah. Jadilah hamba Allah. Bersederhana dan berniat segalanya kerana mencari redhaNya. Apa pakaian sekalipun yang mengikut syariah dan berpaksi kerana Allah pasti mendapat redhaNya, insya-Allah. Masing-masing punya cara sendiri tapi aurat kita sebagai wanita adalah tanggungjawab kita dan amanah daripada Allah. Berubah itu payah tapi jika dilakukan kerana Allah pasti segala susah dipermudahkan dengan hikmahNya," terang Fatihah.

"Tapi kan Fatihah, awak tak risau ke? Kalau awak selalu keluar berpakaian macam ni, nanti tiada seorang pun kaum Adam yang berani nak pandang apatah lagi mendekati awak. Tak kahwin dibuatnya!" Ada nada humor pada bicara Maisarah itu, namun ia sinis.

"Ish, awak ni. Bukankah lebih selamat begitu? Setidaknya lelaki yang mahu menikahi saya bukan kerana memandang kepada kecantikan semata-mata. Cukuplah bila dia mengingati Allah apabila memandang saya. Yakinlah seperti firman Allah dalam AlQuran, surah An-Nur ayat 26 yang menyatakan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya.

"Tidak semestinya orang yang menutup aurat semuanya baik. Tetapi sekurang-kurangnya mereka berusaha menjadi baik. Tidak semua orang yang tutup aurat dengan sempurna. Tapi mana yang kurang sempurna kita beri tunjuk ajar dengan berhemah, bukan menghina. Beri peluang dan ruang untuk mereka berubah kerana Allah sentiasa beri kita peluang bernafas percuma. Allah sukakan kebaikan, jadi tak salah kita berubah menjadi lebih baik dan suka kepada kebaikan," bicara Fatihah.

"Sekarang saya faham sedikit sebanyak 'kebebasan' yang awak maksudkan tu. Saya pun terdetik nak berubah kerana Allah. Alhamdulillah, banyak yang saya belajar dengan awak hari ini," ujar Maisarah.

"Ya, kebebasan minda dan jiwa mengikut syariah tanpa perlu dibatasi stigma bercorak barat. Alhamdulillah, saya hanya perantara kerdil, Mai. DIA yang lebih utama. Kita semua hamba Allah dan selayaknya memiliki jiwa hamba. Persamaanlah yang menyatukan kita untuk merasai rahmat dan cinta daripada Allah. Sedikit perhatian daripadaNya lebih hebat daripada segala pujian dan perhatian yang ada di dunia."

Bicara Fatihah membuatkan Maisarah terdiam sejenak dan berfikir sedalamnya, sambil memerhatikan pakaian labuh dan kain yang menutup wajah Fatihah. Kebebasan. Itu bisikan ke dalam sudut hati kecilnya. Maisarah tersenyum. Mulai hari ini dia belajar bukan sekadar melihat dunia tetapi cuba menghayati cinta Allah kepada hambaNya.

Hati kecilnya mengakui ketabahan wanita-wanita yang memakai niqab. Pengorbanan yang besar di mana kemanisannya kerana Allah semata-mata. Di sebalik 'belenggu' hijab dan niqab, ada kebebasan hakiki dan yang paling penting, cinta Allah. Masya-Allah!



***

Niqab,
Secebis kain yang menutupi muka si hawa solehah,
Engkau sering disuarakan,
Atas nama penyekat kebebasan seorang hawa,
Namun mengapa mereka tidak mempersoalkan,
Hak seorang hawa yang mencintaimu?

Niqab,
Secebis kain yang menutupi hawa solehah,
Engkaulah yang sebenarnya menaikkan kehormatan si solehah,
Demi menutup malu mereka,
Serta mengajar mereka,
Tentangharga diri pemakaimu,
Kepada masyarakat luar,

Niqab,
Secebis kain yang menutupi wajah si hawa solehah,
Sungguh aku nyatakan dengan lantang,
Aku amat cintakanmu,
Dan sungguh tidak akan ku tinggalkanmu,
Selagi tiada darurat menimpaku,
Dan takkan ku tanggalkanmu,
Hanya kerna seorang Nas yang memperlekehkanmu,
Niqab,
Mampukah denganmu aku menyedari erti kebebasan seorang hawa,
Sambil berhijrah atas nama Allah dan RasulNya?
[AraniAnwah]

Wallahu'alam.

.:: MUSAFIR DI DUNIA YANG LUAS INI ::.

.:: MUSAFIR DI DUNIA YANG LUAS INI ::.



Dengan lafaz Bismillah,

Terlalu  lama  ku  impikan,
Suatu  kehidupan  yang  bukan  sahaja  di  dalam  kegelapan,
Namun  ku  sedari,
Hakikatnya  bukan  sebegitu,
 Malah  dunia  ini terlalu  banyak  rona  warnanya,
Yang  mematangkan  hidupku,
Untuk  menjadi  seorang  musafir  di  dunia  yang  luas  ini.

Musafir  di  dunia  yang  luas  ini,
Mengharapkan  sahabat  yang  membimbing  dirinya  ini,
Bawanya  ke  arah  cahaya,
Melihat  rona  warna  lain  selain  hitam  putih,
Membawanya  ke  arah  keseronokan,
Yang  lebih  dari  apa  yang  dunia  berikan kini,

Musafir  di  dunia  yang  luas  ini,
Mendahagakan  ilmu  yang  jauh  lebih  bernilai,
Membawaku  ke  arah  kebahagiaan  yang  lebih hakiki,
Yang  mampu  memberiku suatu  perasaan,
Cinta  pada  dunia  yang  ku  pijak ini,
Namun  tidak  sampai  ku  lupa,
Akan  kesedihan  yang  bakal  dibawanya.

Musafir  di  dunia  yang  luas  ini,
Mampukah  aku  bernafas  hingga  ke  akhir  hayatku,
Dengan  nada  riang   dan  puas  selamanya?
[Arani Anwah]


P/S :- Puisi  ana  turut  sertakan  dalam  salah  satu  novel  ana  sendiri. Merupakan  lagu yang dinukilkan sendiri oleh Yuu Matsushita (nama watak dalam novel tersebut). Doakan bahwa Allah beri peluang kepada karya ana untuk diterbitkan, InsyaAllah.

Saturday 18 August 2012

.:: PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI ::.

.:: SEBINGKAS PANTUN DI HARI RAYA AIDILFITRI ::.



Dengan lafaz Bismillah,

Beduk dipalu bunyinya bergema,


Lampu dibuka bangunkan si debab,


Assalamualaikum pembuka bicara,


Jangan dilupa wajibnya dijawab.

Tv dibuka semua berlari,



Semua duduk mendengar berita,



Diumum pula esok Aidilfitri,



Pakat semua bersorak gembira,




Pergi masjid orang muda yang penuh,



Sejuk hati orang tua tengok,



Istiqomah beramal sebulan penuh,



Jangan pula ditinggalkan selepas esok,




Rasa malu bersarang di hati,



Mencari punca mengapa begitu,



Maaf dipinta ampun dicari,



Semoga dosa disuci selalu.




Upin Ipin mencari Baba,



Tak sabar menunggu duit raya,



Ukhwah dijalin erat senantiasa,



Jangan dilupa untuk bertegur sapa.



[Arani Anwah]





Mohon ampun salah dan silap sama ada zahir mahupun tersembunyi di hari mubarak ini.

Tuesday 14 August 2012

.:: HIJAB :- JANGAN PANDANG RINGAN WAHAI DOKTOR DAN PESAKIT ::.

.:: HIJAB :- JANGAN PANDANG RINGAN WAHAI DOKTOR DAN PESAKIT! ::.












Dengan lafaz Bismillah,

" Anak, nak sembahyang, lain kali tarik sedikit ke belakang telekung itu, nanti dahi tak kena tempat sujud, tak sah solat."

"Betul nak, bawah dagu pun jangan lupa tutup, aurat tak tutup terus batal solat."

Tersenyum malu ana ditegur oleh dua orang mak cik berusia likungan 50-an tatkala ingin menunaikan solat di hospital. 
Alhamdulillah,kelalaian serta sikap 'ambil ringan' tentangnya terus hilang selepas itu.
Itulah antara pengalaman ana yang masih ana ingati tatkala berada di hospital selama 5 hari 4 malam.
Tika ber'mastautin' di hospital tika itu, berbagai kerenah ana melihat, 
ada yang menggelikan hati,
ada yang menusuk kalbu,
ada yang seperti ingin ana teguri sahaja,
tapi ana mampu berdiam diri.
Mungkin insyaAllah tatkala ana sudah memegang jawatan sebagai doktor, mungkin ana boleh teguri sikap sesetengah masyarakat yang kurang sedap dipandang.

Teringat juga, 
Suatu petang tatkala menikmati makanan tengah hari,
[makan lambat kerna baru habis rawatan]
ana diteguri oleh seorang warga tua,
penghidap kencing manis yang selalu perhatikan ana.

Dia memulakan bicara,
"Adik, adik tak panas ke pakai tudung labuh tu? Kenapa tak pakai saja tudung sarung Indon tu?Takpun tak pakai langsung."

Ana pula menjawab,
"Mak cik, saya tak panas pun pakai ni. Lagi selesa bila pakai adalah. Lagipun makcik, keadaan saya belum lagi masuk kes darurat, jadi selama itu saya akan pakai."

"Tapi dik, kes adik ni lain. Sampai tidur, pergi mandi semua pakai tudung. Tak rimas ke? Mak cik yang tengok pun rimas."

Ana terdiam seribu bahasa. Tidak berani untuk menangkis, takut kecil hati warga tua itu, sedangkan jika mengikut adab terhadap yang sakit, emosinya perlu dijaga. Sekiranya dia tidak sakit ,mungkin ana akan menegurnya. Tapi disebabkan masih jahil ilmu agama dan keadaannya turut tidak mengizinkan, ana tak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya berdoa agar Allah membuka pintu hidayah dan kefahaman padanya.

Namun itu tidak bermakna ana berhenti memerhati dan memikirkannya. Ana kembali memerhati, memang terdapat kebenaran pada kata warga tua itu. Ada sesetengah pesakit yang pada awalnya datang bertudung labuh, membukanya sepanjang masa berada di wad. Para tibb[doktor dalam Lughatul Arabiah] pula tidak menegur mereka, malah yang menyedihkan ada yang menyuruh para pesakit mereka sendiri membuka tudung mereka itu.
MasyaAllah!

Persoalan kian bercambah,
Di fikiran hamba yang masih jahil,
Adakah ini darurat yang dikatakan Allah dan RasulNya?
Yang membenarkan mereka mendedahkan aurat mereka,
Sebegitu mudah tanpa paksaan?
Atau hanyalah perhiasan syaitan di hati mereka,
Untuk menghalalkan suatu yang haram?

Ya para doktor!
Bukankah kau lupa?
Tugas doktor bukanlah sebagai perantara kesembuhan secara zahir sahaja,
Malah jua di batin?
Adakah kau ingin menyesatkan pesakitmu?
Yang datang meminta pertolongan darimu?
Ingatlah amanahmu,
Ingatlah tanggungjawab di sebalik kot putihmu,
Jangan kerna kot putihmu,
Kau melupakan bahwa Allahlah,
Yang Memberikan kamu apa yang kau miliki.
[Arani Anwah]

***

Ana terpikat dengan satu buku yang berjudul 'Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah' nukilan Dr. Muhammad Ismail.

Ini dia bukunya,

Di dalamnya Dr. Muhammad telah memperincikan hampir keseluruhannya mengenai hijab, dari pengertiannya dari segi Al-Quran dan Hadis, cara pemakaian yang sebenar, faedah memakai hijab dan akibat sekiranya sebaliknya.

Apa yang memang menarik perhatian ana, adalah ia turut memperincikan tentang penjagaan hijab ketika berubat dan juga hukum membukanya untuk tujuan perubatan. 

?MENGAPA ANA TEKANKAN PERKARA INI?

Mudah sahaja,
Untuk para pesakit dan juga yang bakal sakit (setiap orang pasti akan menerima dugaan kesakitan),
Agar mereka tidak memandang ringan mengenai hijab tatkala mereka sakit, 
Untuk para doktor dan juga bakal doktor (peringatan untuk diri sendiri jua)'
Untuk mereka menyedari bahwa tugas mereka bukan setakat merawat sahaja, 
Tetapi untuk menyampaikan da'wah sebagai tanggungjawab kita sebagai khalifah.

Mari kita pelajari dan hayati, apa pendapat Dr. Muhammad setelah kajiannya dalam hadis dan Al-Quran dalam bukunya,

MENJAGA HIJAB SELAMA MENJALANI IBADAH PERUBATAN

Sesungguhnya hijab haruslah sentiasa dijaga walaupun seseorang itu sedang menjalani rawatan perubatan. Sebuah hadis menyebutkan :-

Dari Jabir RA, "Suatu ketika Ummu Salamah  meminta izin kepada Rasullah SAW untuk berbekam (hijamah). Rasullah menyuruh Abu Thalhah RA untuk membekam Ummu Salamah.Jabir RA berkata, "Saya berfikir Rasullah SAWmeminta Abu Thalhah untuk membekam Ummu Salamah kerana ia adalah saudara angkatnya atau ia adalah seorang yang masih muda."
[HR Muslim]

Hadis ini secara jelas menunjukkan kewajiban memakai hijab adalah tidak berubah meskipun dalam keadaan darurat contohnya ingin berubat. Hal ini adalah kerana seandainya hijab itu tidak diperlukan sewaktu berubat, maka Jabir RA tidak akan menyebutkan bahwa Abu Thalhah adalah saudara angkat Ummu Salamah mahupun seorang yang masih muda.

Pada hari ini kita dapat melihat wanita yang biasa berhijab di rumah-rumah mereka,namun mereka kurang memperhatikan hijab ketika urusan perubatan.Kita harus berusaha sehabis yang mungkin untuk mencari doktor atau yang mampu  merawatnya mempunyai hubungan mahram dengannya. Sekiranya tidak ada,barulah ia boleh pergi kepada orang yang bukan mahram untuk mendapatkan pertolongan.

***
Kifayah dil wakti!

Ana rasa cukup setakat di sini dahulu untuk kita membincangkan tentang hal ini.
Oleh itu perhatikan, dan muhasabah diri kembali,
Sama ada benarkah apa yang kita buat selama ini mengikut syariat agama?
Atau sekadar bertaklid buta dengan mudah mengatakan kita boleh membuka hijab kita tatkala berubat?

Tepuk dada,tanya iman.
InsyaAllah,akan ada kesinambungan mengenainya, yang khusus terhadap penjagaan hijab kita tatkala prosedur rawatan kita. 
Sekiranya tak sabar dan ingin cari sendiri,
Boleh beli buku ini dan membacanyasecara keseluruhan,
Sehingga waktu itu,
Ma'a  Salamah~

Wallahu'alam.

--- HIJAB :- JANGAN PANDANG RENDAH WAHAI DOKTOR DAN PESAKIT [1] Bersambung... ---



Monday 13 August 2012

.:: DUA PERKARA... ::.



.:: DUA PERKARA  ::.


Dengan lafaz Bismillah,

Sungguh,
Aku rindukan tarbiyyah dan ditarbiyyah,
Sungguh,
Aku rindukan nasihat dan dinasihati,
Yang disampaikan dengan berhikmah,
Lemah-lembut sebagaimana KekasihNya laksanakan,
Bukan dengan sindiran mahupun celaan,
Yang mampu membantutkan hati,
Untuk berpatah balik ke jalanNya

Namun sungguh,
Sesungguhnya diriku takutkan pujian,
Yang mampu membawaku kepada riak dan takabur,
Mampu menjadikan diriku tercela dan terhina,
Sesungguhnya aku bencikan kedudukan,
Kerna dengan kedudukan,
Ku mungkin alpa,
Terhadap siapa yang berada di sisiku kerna diriku,
Dan siapa yang berada di sisiku kerna kedudukanku

Dua perkara,
Yang ku rindui dan dambai,
Dari sahabat dan para ulama,
Dua perkara,
Yang ku geruni dan takuti,
Sering kudoakan,
Agar dijauhi sekiranya ku tidak mampu mengawalnya,

Sekiranya kau memahamiku,
Kau pasti memberiku dua perkara ku dambai itu,
Dan tarikku jauh dari dua perkara yang lain,
Namun mampukah kau memahaminya?
Jika aku hanya berdiam diri,
Hanya berbicara dengan mimik muka dan peri laku,
Yang hanya difahami oleh orang yang dekat denganku?

Wallahu 'alam.

[AraniAnwah]

Sunday 12 August 2012

.:: LISAN TERJAGA, IKHTILAT TERKAWAL,PERBINCANGAN DI LEWAT MALAM [1] ::.

.:: LISAN TERJAGA, IKHTILAT TERKAWAL,PERBINCANGAN DI LEWAT MALAM [1] ::.




Dengan lafaz Bismillah,

"Apakah bezanya penjagaan ikhtilat di antara kaum hawa dan kaum adam di alam realiti dan alam maya? Tak mungkin bukan?"

Lewat malam semalam, tatkala alunan nasyid 'Nantikanku Di Batas Waktu' nyanyian Edcoustics memecah kesunyian ruang bilik, di fikiran masih memikirkan bait-bait syair yang perlu diluahkan, rangka novel yang masih ditunggu oleh para sahabat yang setia di sisi sambil tangan tidak berhenti menyentuh papan kekunci komputer riba, ana ternampak satu status milik sahabat baru kenalan di Ba.Ta.Nun (BTN ^^), Nur Syafua binti Azman (bakal muallim lughatul Sinniah, melanjutkan pelajaran di Beijing,China) yang amat menarik hati ana.

Ini dia postnya :-

Apa yang ingin cuba disampaikan oleh sahabat ana ini? Mari kita rujuk ayat-ayat Al-Quran yang diberinya itu.

Bismillahirrahmanirahim,

"Tidak diucapkannya sepatah perkataan pun melainkan pada sisinya ada Raqib (pengawas) dan 'Atid (yang sentiasa hadir).
[50:18]

"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam semua perkara)
[33:72]

MasyaAllah,mendalam sungguh maksud ayat-ayat Al-Karim ini! Bagi ana,ia benar-benar menyentap perasaan ana sebagai seorang musafir dalam suatu penghijrahan. 

~~ JAGALAH LISANMU ~~



Kedua-dua ayat ini amat menekankan
 lisan kita,
bicara kita,
tutur kata kita,
Sesungguhnya tidak terpancar dari hati kita,
Melainkan melalui lidah kita,


Renungkan kembali, 
Muhasabah diri kembali,

Adakah kata-kataku hari ini mampu memberi kebaikan pada diriku?
Adakah kata-kataku hari ini mampu membawa yang jahil kembali pada yang haq?
Adakah kata-kataku hari ini diredhai Allah SWT?
Adakah kata-kataku hari ini mampu menamin diriku mendapat syafaat di akhirat kelak?

Atau...

Adakah kata-kataku ini hanya membuatkan Allah jauhkan diri daripadaku?
Adakah kata-kataku ini sudah mencerminkan hatiku yang makin lalai?
Adakah kata-kataku sudah menerbitkan penyakit hati insan lain?
Adakah? Adakah?
[AraniAnwah]

Nauzubillah min zalik!

Lisan kita sebenarnya yang paling berbahaya, dikukuhkan lagi dengan hadis yang mengatakan satu-satunya anggota badan yang takkan menjadi saksi di Yaumul Hisab adalah lidah kita.
Kenapa?
Kerna ia mampu menipu, mampu berputar belit, menjadi 'penolong' kepada hati yang tidak sihat untuk melakukan kemungkaran lain.

Tatkala Hujjatul Islam,Imam Al-Ghazali berteka-teki bersama anak muridnya, jawapan untuk soalan berkenaan objek apa yang paling tajam, dijawab oleh anak muridnya pelbagai jawapan.
Tetapi semuanya salah, kerna bagi Imam Al-Ghazali, jawapannya adalah lidah kita sendiri.
Mengapa?
Kerna ia mampu melukakan,malah membunuh seseorang lebih teruk dari mata pedang, iaitu melalui bicara kata kita terhadap hati mereka.

Ambillah iktibar, 
dari kisah Abu Talib dan Abu Jahal,
Tatkala dicela oleh Abu Jahal tentang kemungkinan Abu Talib akan tunduk dan hilang maruahnya di seluruh Tanah Arab jika memeluk agama dibawa oleh Kekasih Allah SWT,
membuatkan Abu Talib mengucapkan

"Aku lebih rela dicampak di dalam neraka dari dihina seluruh Tanah Arab!"

Maka dengan kata-kata itu, hati Abu Talib dimatikan oleh Allah SWT untuk menerima Islam sehingga akhir hayatnya.
MasyaAllah!

Ambillah pengajaran,
terhadap peristiwa pengislaman Saidina Umar Al-Khattab,
hatinya lembut mendengar alunan al-Quran dari mulut adiknya sendiri Fatimah,
sedangkan sebelum itu dialah penentang kuat Islam!

Sehingga akhir hayatnya, Saidina Umar menjadi antara tulang belakang perkembangan Islam, 
dari permulaan pengishtiharan beliau memasuk Islam,
hingga pengorbanan dia bersama Rasullah SAW di Madinah,
di sambung pula dengan kemodenan yang dibawa tatkala memegang jawapan Khalifah.
SubhanaAllah!

Hati ana beristighfar kembali, merenungi kisah silam dan zaman jahiliah ana.Sebak hati ana mengenangnya. Mampukah ini menjadi pendokong iltizam ana untuk berubah? Masih sedarkah lagi sahabat-sahabat ana di luar sana tentang pentingnya menjaga lisan mereka? 

Mungkin, dan mungkin...
Ini akan ana kongsikan, menasihati serta membawa kisah-kisah tersurat dan tersirat ini kepada masyarakat luar sana. 
Demi kebaikan bersama, kesejahteraan umat dan kehormatan Ad-Din sendiri.

Wallahu'alam

--- LISAN TERJAGA, IKHTILAT DIKAWAL, PERBINCANGAN DI LEWAT MALAM Bersambung ---

Nota kecil:-

Syukran wahai sahabatku NurSyafua, 
Kerna sentiasa mengingati, meskipun ringkas penyampaiannya,
tetapi maknanya menusuk hingga ke qalbu,
InsyaAllah,