Wednesday 9 January 2013

.:: TARBIYAH FI ARDHUL 'ANBIYA :- LI MAZA HUM, LEISA ANA? ::.


.:: TARBIYAH FI ARDHUL 'ANBIYA :- LI MAZA HUM, LEISA ANA? ::.



Dengan lafaz Bismillah,

            " Do you all know Mahathir Mohamad?" tercengang kami semua. Soalan 'astaa ( pemandu teksi) dituturkan dalam bahasa Inggeris pada kami. Ana terus menjawab.

            "Aiwah, we know him. He's our Prime Minister in the past year," ana balas balik berbahasa Inggeris. Hendak bertutur Lughatul Arabiah Ammiyah secara seluruh, masih dalam proses bertatih. Jawapan ana itu membuatkan 'astaa itu tersenyum lebar, seolah-olah ia adalah berita gembira pada dia.

            "Alhamdulillah! I love him! I adore him! He's quite famous here in Egypt. He also once come here at  Egypt, and we the Egyptian loves him awi awi!" dia berkata lagi dengan nada teruja. Kami semua mengangguk mengiya-iyakannya. Sahabat ana yang lain sedang bersembang dengannya lagi tentang Mahathir. Ana hanya tersenyum, namun otak ana mula ligat berfikir.


            " Hairan, kenapa Dr. Mahathir popular sangat di kalangan rakyat Mesir sini?"
            " Apa asbabnya?"
            "Adakah beliau telah melakukan apa-apa sumbangan pada negara ini sehinggakan mereka begitu menyanjungnya? Hmm.."


            Persoalan itu terpaksa ditangguhkan. Kami sudah tiba di Kuliyyah Tibbul Am Universiti Al-Iskandariah. Kami terpaksa mengejar masa untuk ke kelas praktikal seterusnya. Namun begitu, hati ana masih tidak tenang. Fikiran ana masih tidak tenang memikirkannya. Persoalan itu seolah-olah menghantui fikiran sepanjang kuliah hari ini.


            Sampai sahaja di rumah, ana terus  membuka computer riba ana. Dicari juga maklumat mengenai mantan Perdana Menteri ini demi menenangkan fikiranku. Dan selepas beberapa minit, ku dapat jawapannya.


            Dan kini, ana jumpa asbabnya,

1.      Dr. Mahathir Mohamad pernah menjadi penasihat kewangan di negara Mesir yang telah sedikit sebanyak menolong masalah kewangan di Mesir diatasi.
2.      Kehebatan beliau kerna sokongan kuatnya terhadap masalah berkaitan masyarakat Muslim khususnya di negara-negara diancam peperangan dan serangan dari negara Barat tikat itu.
3.      Dianggap sebagai salah satu pemimpin yang berjaya membangunkan negara Islam ke alaf baru.
4.      Kepimpinannya serta ketokohannya disanjung oleh orang Arab di sini.


Terdiam dan tergamam sebentar ana tika ana membaca info-info ini. Malu, ana malu pada beliau. Ana malu pada Allah SWT. Ana mula berasa diri ana ini rasa kerdil, rasa rendah diri kerna tidak mampu untuk menjadi seorang yang hebat seperti itu. Tika itu ana terfikir, sekiranya orang Mesir di sini tahu bahawa ana hanyalah seorang rakyatr biasa yang mungkin jarang dan amat sukar untuk mencapai kejayaan seperti beliau, apakah mereka akan berfikir? Adakah mereka akan gelakkan ana? Atau mereka kasihankan ana? Ataupun, mereka pujuk ana,beri ana semangat untuk bangkit kembali?


Saat memikirkan andaian yang terakhir itu, ana tiba-tiba tersedar. Tersedar bahawa ana tidak boleh bandingkan diri ana dengannya. Ana adalah ana, dan beliau adalah beliau. Bukan orang yang sama, tetapi dua insan yang berbeza.


Al-Quran di dalam begku dicapai dan dibuka pada muka surat yang tertera padanya suatu ayat.


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
[Al-Hujuurat:13]


      Hati ana tersedar, semangat kembali membara. Ayat itu berjaya menjadi pengantaraNya untuk kembali memantapkan kembali pendirianku. Allah SWT tidak menjadikan kami semua sama, untuk sama-sama mencapai kejayaan yang sama dan mencapai kegagalan yang sama. Tidak sama sekali.


Tetapi Allah SWT menjadikan kami berlainan, setiap orang berlainan antara satu sama lain, untuk mencapai kejayaan yang berlainan dan kegagalan yang berlainan. Apa yang sama hanyalah satu, iaitu pegangan mereka kepada Allah SWT, lalu mereka mencapai kejayaan yang sama di dunya dan akhirat, namun jika sebaliknya, maka sebaliknya akan berlaku.


Nauzubillah min zalik!


Tetapi satu lagi yang buat ana kembali sedar dari lemas dalam arus dunyawi ini adalah,


Sekiranya Dr. Mahathir Mohamad mampu berjaya, mengapa bukan ana?


      Ana teringat kembali kata-kata yang diabadikan dalam sebuah buku bertajuk 'Enjoy Your Life' karya Dr. Muhammad Abd' Ar-Rahaman Al-'Arifi yang ana baca semasa dalam perjalanan kuliah bersama 'astaa yang sama.


      Dalam bukunya itu, dia menceritakan kisahnya tatkala memberi ceramah dan waktu itu dia memetik kata-kata dari Almahrum Sheikh Abd al-'Aziz bin Baz. Bila ceramahnya sudah berakhir, seorang tua berkata padanya dengan bangga bahwa dia dan Sheikh Ibn Baz itu adalah rakan talaqqi. Mereka berdua bertalaqqi bersama Sheikh Muhammad bin Ibrahim 40 tahun dahulu.

Beliau memandang ke arah orang tua itu dan melihat riak wajahnya yang gembira itu masih belum pudar. Beliau berkata dalam hatinya, "Kesian padamu wahai saudaraku!Engkau mengetahui jalan menuju ke arah kejayaan, mengapa kau tidak mengikutnya? Mengapa tatkala Ib Baz meninggal dunya,semua orang menangisi pemergiannya dari kawasan terpencil, institusi, negara yang pelbagai.Sedangkan pemergianmu mungkin tiada orang akan menangisinya,melainkan kerna belas kasihan mahupun adat."


      Dari sini, terselit satu peringatan yang amat bermakna dari seorang yang alim.


      Tidak bermakna kita perlu merendah diri pada mereka yang sudah berjaya, kerna kita juga mampu mencapai kejayaan.
      Tidak bermakna kita boleh berbangga dengan kejayaan orang di sekeliling kita,sedangkan kita sendiri tidak mahu sama berjaya bersamanya.
      Tidak bermakna bahwa kita gagal itu kita tidak mampu berjaya seperti orang berjaya, kerna kegagalan dan kejayaan itu bukan di tangan kita.tetapi pada kekuasaan Allah SWT.
Innama 'amalu bi niat…

Di sini, muncullah suatu pengharapan kepada pergantungan Lillahi Ta'ala. Untuk berjaya, bukan kerna manusia atau dunyawi, kerna sekiranya itulah matlamat kita, maka sehingga ke penghujung usia kita takkan pernah capai kejayaan itu. Tetapi, jika matlamat kita untuk berjaya adalah Lillahi Ta'ala, maka perspektif kita kepada suatu kejayaan itu adalah suatu yang luas. Boleh jadi hanya kerna kita berjaya menjalani hidup kita penuh dengan kebaikan pun sudah dikira kejayaan,kerna itulah yang menjamin kejayaan kita di akhirat yang kekal abadi.

Wallahu'alam.


P/S:- No intention of politics here! ^_^ <3 ~

No comments:

Post a Comment