HAK KITA VS. HAK HABLUMINALLAH WA HABLUMINANNAS
Dengan lafaz Bismillah,
Assalamualaikum wbt,
"Arani, ana tidak puas
hatilah!"
"Erk?" Terbatal hasrat
ana untuk membelek buku BioKimia. Ana memandang ke arahnya. Wajah sahabat ana
yang berkerut jelas menunjukkan bahwa dia tidak puas hati dengan sesuatu.
"Enti tidak puas hati
dengan apa ya?" Ana bertanya padanya.
"Begini, ana tidak
menyenangilah si fulan itu berbuat begitu begini sesuka hati. Sudahlah itu,
tidak ada orang menghalang! Semua orang anggap dia hebat sehingga dikecualikan
dari ditegur berkenaan perbuatannya itu. Apalagi,dia pun naik kepalalah! Sampai
semalam,ana dengar sendiri dia kata, itu hak dia untuk berbuat sebegitu dan
kami tiada hak nak tegur dia. Bayangkan,dia cakap begitu dengan sombong
sekali!" luah sahabat ana itu. Ana hanya mendiamkan diri mendengar
kata-katanya. Mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak. Mengangguk kepala pun
tidak apatah lagi untuk menggeleng. Takut jawapan ana tidak selari dengan
kehendak hatinya.
"Lepas itu enti, dia bukan
main melebih-lebih pula. Sampai nak melanggar batas-batas pula. Sampai
peraturan semua. Semua orang dah stress dengan dia!" dia meluahkan lagi.
Masih berdiam diri, namun selepas beberapa ketika ana mula bersuara.
"Erm, enti. Apa yang dia
lakukan itu, memang menyalahi semua peraturan itu bersebab atau tidak bersebab?
Dan semuanya,ada kaitan tak dengan syariat kita semua?"
"Apa kaitan pula? Yang
penting, apa yang dia buat itu memang salah!"
" Adakah enti pasti ia
memang salah, atau enti hanya gunakan perbuatan dia itu untuk memburukkan nama
dia?"
" Eh,apa tuduh-tuduh orang?
Takkan orang nak buat macam itu pula?Tak ada masa lah!" dia mencebik pada
ana.
"Enti, pastikah enti
seorang sahaja atau memang semua tidak puas hati dengan dia?" Ana bertanya
lagi.
"Ah,sudahlah! Tak nak
tolong sudah! Yang penting, sama sahaja ana ke, semua ke tak kisah! Ana memang
tak puas hati! Kalau dia ada hak kononnya nak buat itu, apa masalahnya ana nak
buat itu? Hak ana juga! Tapi orang bukan main tegur ana, tapi dia?Bukan main!
Ana tak kisah, dia boleh buat,ana pun nak buat!"
"Fikir tentang hak diri
sendiri, hak orang lain mahu diketepikan?"
Soalan ana itu tak terjawab oleh
sahabat ana. Dia terus pergi meninggalkan ana sambil menghentakkan kakinya
tanda tidak puas hati. Ana menggeleng kepala, kesal dengan pengakhiran
perbualan ini hanya dengan satu salah faham dan bukannya kefahaman yang
mendalam yang ana harap boleh semaikan. Mengeluh sendirian, ana mengalihkan fokus
ana dari buku BioKimia kepada tinta dan kertas nota lalu menulis satu perkataan
yang menjadi isu perbualan ini ya'ni…
HAK
Kita sering persoalkan dengan
menggunakan perkataan 'Mengapa' dan 'Kenapa' hak kita tidak dipertahankan. Ana
akui,ana sendiri pernah dalam dilemma mengenai hal ini, lebih-lebih lagi apa
yang ana hendakkan tidak kesampaian. Namun dalam tika itu juga, seolah-olah ada
bisikan di telinga ana yang berkata,
'Sekiranya kita tidak menjaga hak orang lain, apakah
kita layak untuk mendapat hak kita? Sedangkan, Allah itu Maha Mengetahui, Maha
Adil.'
Dan kata-kata itu ana
membenarkannya, kerna ia sememangnya berlaku di dalam kehidupan seharian
ana,malah di dalam kisah masyarakat lain jua. Kajian selepas kajian, bacaan
selepas bacaan, semua demi mendapat kesimpulan yang ringkas namun padat yang
mampu menyenangi hati ini serta mampu memberi kefahaman pada orang lain.
Sering kali kita bertanya,
Apa hak kita terhadap semua?
Namun kita terlupa untuk bertanya,
Apa hak semua terhadap kita?
Kita sering menyangka,
Kita patut tegakkan semua hak kita,
Namun kita sering terleka,
Bahawa cara dan asbab kita tegakkan hak kita itu,
Tidak selari dengan apa yang hak semua terhadap kita,
Maka tatkala itu,
Adakah layak kita untuk mendapat gelaran seorang yang
alim lagi adil?
Sedangkan perlakuan kita hanya mengikut telunjuk
nafsu dan bukannya iman,
Sehingga apa yang kotor dan hina itulah kita
mengatakan sebagai hak kita,
Sedangkan hak kita adalah yang suci lagi bersih,
Benarkah,anda mendapat hak anda selari dengan hak
semua?
[Arani Anwah]
Hak kita, dengan hak semua. Mana
yang lebih penting? Mana yang lebih bagus? Jawapannya, semua.Semuanya penting,
dan semuanya bagus. Yang penting adalah WASATIYYAH, keseimbangan antara
kedua-duanya.
Ana tertarik dengan ulasan dalam
buku Biar Bidadari Mencemburui Dirimu karya Salim A.Fillah yang menceritakan
hak cinta ini bukan sahaja pada diri sendiri, tetapi dalam banyak pihak. Dan
pihak itu menyeimbangi semuanya, ya'ni dalam hubungan habluminnallah dan
habluminannas jua. Sekiranya soal cinta turut boleh diseimbangi, apatah lagi
aspek-aspek yang meliputi kehidupan seharian secara menyeluruh, benar atau
tidak?
Secara ringkasnya, sebelum kita
semua bertanyakan tentang hak kita, lebih baik kita bertanya tentang hak 5
perkara ini dahulu.
1.
Hak Allah SWT
"Dan tidak aku menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"
[Az-Dzariyat :56]
Jawapannya sudah nyata pada ayat Al-Furqan
itu. Hak Allah kepada kita adalah untuk
kita beribadah kepadaNya,taat pada perintahNya dan tinggalkan laranganNya.
Untuk tidak pernah sesekali mempersoalkan perintahNya tetapi mengikutinya.
Namun sedih. Teramat sedih, tatkala hukum Allah
dijadikan persoalan malah permainan semua orang. Ramai yang menyoalkan hukum Allah,
sedangkan itulah yang membuat mereka selangkah lebih dekat ke api neraka. Masih
ramai mempersoalkan, mengapa perlu solat, menutup aurat, menjaga ikhtilat dan
banyak lagi, sedangkan itulah yang menunjukkan kekufuran dan kejahilan
mereka. Dan dengan itu kita masih yakin
dengan hak kita bahwa kita akan dijamin masuk syurga dan mendapat nikmatNya,
sedangkan kita tidak pernah tunaikan hak kita terhadap Allah? Maka,wajarkah
perbuatan kita itu?
" Kita
melakukan sesuatu amal itu, jika kerna ingin memasuki syurga,tidak mungkin kita
akan memasuki syurga itu tanpa merasa seksanya api neraka itu. Kita melakukan
sesuatu amal itu,jika kerna kita ingin mendapat pahala, belum terjamin pahala yang
menggunung akan membawa kita masuk meraih nikmatNya yang kekal. Tetapi jika
melakukan amal kerna mengharapkan redhaNya, maka kedua-duanya akan kita
dapat.Maka raihlah redhaNya, dan bukan yang lain."
[Kata-kata
Facilitator]
2.
Hak Rasullah SAW
"Kita sering berkata, ' Aku mencintai
Rasullah SAW,tetapi apa bukti aku mencintainya?'" Kata-kata itu acap kali ana
baca dan dengar. Ana membenarkannya dengan mengolah kembali kata-kata itu.
’Kita sering berkata
kita ingin mendapat syafaat Nabi SAW dan malah berbangga dengan kelebihan
kekasih Allah itu, tetapi apa bukti kita sehingga kita merasakan kita layak
untuk mendapatnya?"
[Arani Anwah]
Sunnah Nabi
Muhammad SAW ditinggalkan, sedangkan itulah bukti kita mencintai baginda. Nama
baik Rasullah SAW, keluarganya dan para sahabatnya dilupakan malah dihina,
sebaliknya nama-nama orang kafir mahupun fasik yang membawa kita ke jalan
kehinaan itulah yang kita agungkan. Sekiranya anda berada dalam tempat Nabi
SAW, adakah anda merasakan hak anda dipenuhi? Dan kalau anda sendiri berasa hak
anda tidak dipenuhi, mahukah anda mahu membantu mereka yang tidak memenuhi hak
anda? Maka wajarkah perbuatan kita itu?
3.
HAK IBU BAPA
Ibubapa adalah orang ketiga yang
patut kita utamakan selepas Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Hak mereka juga
tidak melebihi yang dua terawal, hanya mentaati perintah mereka,menghormati
mereka serta sahabat mereka dengan syarat perintah mereka tidak bertentangan dengan
perintah Allah SWT serta nasihat Rasullah SAW. Mudah bukan? Tetapi sayang,
cukup sayang. Ramai yang melupakan hak mereka ini, sedangkan tanpa keredhaan
mereka, jangan harap untuk kita mencium bau syurga sekalipun. Maka wajarkah
perbuatan kita itu?
'Ramai orang payah
berusaha untuk mencari jalan ke syurga, sedangkan jalan mudah sudah terbentang
di depan mata iaitu dengan berbakti pada ibu bapa."
[Personaliti IKIM
FM]
4.
HAK PEMIMPIN
Pemimpin dilantik oleh
kita, atas asbab kita yakin dengan mereka dan kebolehan mereka untuk memimpin
kita ke arah kemajuan dan kecemerlangan. Namun ingatlah,yang memimpin kita
adalah manusia yang banyak khilafnya jua. Dan mereka turut merasa letih dan berbuat
silap. Namun sedih, amat sedih. Tatkala mereka berbuat salah, kita hanya
menunding jari pada mereka, tanpa cuba untuk membetulkan mereka. Tatkala mereka
memerlukan pertolongan, kita hanya menutup sebelah mata dan membiarkan dia
terkapai-kapai dalam kesusahan,sedangkan apa yang dia lakukan itu melibatkan
kita semua. Ana pernah mendengar kata-kata ini dari naqib yang mengetuai
tazkirah maghrib di sekolah ana dahulu.
'Pemimpin
itu diibaratkan sebelah kakinya di dalam neraka dan sebelah lagi di dalam syurga.
Rakyatnya pula menarik kuat kaki pemimpin mereka itu.Jikalau dia berbuat baik
ya'ni melakukan keadilan malah rakyatnya
turut bekerjasama dalam kebaikan itu, maka pemimpin itu mampu melangkah
ke syurga membawa bersama rakyatnya.Tetapi jika sebaliknya,maka rakyatnya akan
menariknya hingga pemimpin itu terjerumus ke dalam api neraka bersama-sama.'
[Naqib]
Maka wajarkah perbuatan
kita itu?
5.
HAK MAKHLUK-NYA
Hak ini amat umum, namun amat mudah untuk memahaminya.
Apa hak mereka, samalah apa hak kita. Bezanya adalah dengan garisan batas yang
ditetapkan agama dan syariat. Dan apa yang penting, tiada diskriminasi dan
berat sebelah, ya'ni tiada beza hak yang tidak melampaui batas syariat. Islam
adalah agama yang bertoleransi pada semua, tanpa mengira warna kulit, bangsa
darjat mahupun kekayaan.Tetapi apa yang membezakan adalah iman dan taqwa kita.
Tapi kecewa, cukup kecewa tatkala masih ada lagi yang mendriskiminasikan berdasarkan
dunyyawi semata-mata, sedangkan itu semua masih belum menjanjikan kemuliaan di
akhirat nanti. Masih ramai yang
mempersoalkan, 'Jika orang lain mampu, mengapa aku tidak mampu?'. Sedangkan
tiada siapa yang menghalang. Apa yang dihalang dan patut dihalang adalah jika
apa dilakukan itu adalah kemungkaran. Itupun mereka masih ada hak ya'ni hak
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. Tetapi kita, adakah mencemuh atau mendidik mereka?
Maka wajarkah perbuatan kita itu?
***
Apa yang menjadi hak kita,
adalah di bawah kelima-lima hak itu. Sebelum mempersoalkan hak kita, persoalkanlah
hak mereka pada kita. Kerna hak mereka tidak pernah akan berakhir sehingga kita
akhirnya selamat jejak ke tempat kekal abadi kita, ya'ni syurga atau neraka.
"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling
bermusuhan di antara satu sama lain,kecuali orang yang bertaqwa."
[Al-Zukhruf : 67]
Habluminnallah perlulah dijaga,namun jangan sampai terlupa habluminannas masih ada untuk dititikberatkan,
Habluminannas perlulah diambil peduli, tetapi jangan melebihi habluminallah.
Seimbangkan kedua-dua, kerna wasatiyah dipegang insyaAllah.
Wallahualam.
~~~
Min Twitter~
Min Facebook~
#Kawan ana sempat nasihatkan ana lagi. Sweetnya~
No comments:
Post a Comment