Saturday 11 August 2012

.:: KENANGAN DI KIBA... HILWAH AWI!! [1] ::.




Dengan lafaz Bismillah,

"Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Illahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini"

         [EDCOUSTICS- SEBIRU HARI INI]


Air mataku kembali menitis, setitik demi setitik, dan semakin deras mendengar kembali bait-bait lagu ini. MasyaAllah,tidak ku sangka, betapa mendalam dan bermaknanya ukhwah kami bersama. Baru berpisah namun mampu memberi kesan sebegini padaku.

*****

Kursus Intensif Bahasa Arab 2012

Masa : 25/05/2012 - 10/08/2012
Lokasi : Hotel D'Embassy Kuantan Pahang & Ikip International College Campus Taman Pertanian Kuantan Pahang


Permulaan bagi ukhwah kami berenam, memberi 1001 erti suka duka,pahit manis meskipun hanya 3 bulan kami bersama. Siapakah mereka? Hati anda pasti tertanya -tanya... Siapakah mereka bagiku?
Merekalah...

Keluargaku sepanjang di Kuantan...
Kakak-kakakku sepanjang di D'Embassy...
Rakan seperjuanganku di IKIP College...
Bersama-sama menuntut ilmu lughatul Arabiah...
Bersama-sama berjuang demi mendapat tempat di bumi para Anbiya'...

Merekalah, ahlil baitku di B6-29 di hotel D'Embassy...

Ku masih mengingati...

*****

Hari pertama,linkungan pukul 1 tengah hari, tatkala ku memasuki bilikku di rumah apartment itu, ku mula-mula terserempak dengan seorang annisa' yang turut ingin mengambil kamarku itu sebagai tempatnya beradu, namun membatalkan hasrat dengan mengambil kamar lain.

"Mungkin,bukan rezekiku untuk mendapatnya sebagai rakan sekamarku,"bisik hati kecilku sebelumku melangkah keluar untuk menghabiskan saat-saat terakhir bersama keluargaku.

Pada pukul 5 petang,ku kembali pulang ke rumah B6-29 dengan perasaan gelisah di hatiku.

"Adakah semua ahlil baitku ada di rumah?"
"Bagaimana sikap mereka?"
"Mampukah mereka menerimaku?"

Sebaik saja membuka pintu,kedengaran bunyi riuh rendah dari arah bilikku. Kelihatan jua seorang budak lelaki dan ayahnya mungkin pada pandanganku kali itu, dan sewaktu tiba saja di bilik, kelihatan seorang nisa' tersenyum manis bersama ibunya dan adik perempuannya. Tatkala itu mulalah bibit-bibit perkenalan dengan rakan sekamarku Fatin Najihah bt Zainudin dan dari situ jugalah ku dapat merasakan nasibku di sini mungkin tidak akan menjadi seteruk mana seperti disangkakan.

Waktu kian berlalu, keluargaku juga keluarganya turut meninggalkan kami untuk tiga bulan mempelajari bahasa Arab, dan dengan itu jua datang jua ahlil bait yang lain.

Ku mula kenali dengan annisa' yang pada awalnya mungkin akan jadi rakan sekamarku, Amelia Nur Natasha binti Nazeri, orang Kuala Lumpur yang akan berpindah ke Seremban. Kemudian beralih kepada Siti Nur Aqilah binti Amran, asalnya Shah Alam yang mengambil bilik yang satu lagi. Seusai sahaja kami menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, seorang lagi ahlil bait kami, Haziqah dari Sarawak tiba di rumah kami.

 Kami berlima mula berkenalan, dan suasana yang pada mulanya sunyi makin berkurangan dan hampir menjadi 0 % kerna kerancakan kami berbual-bual dan belajar ( tidak disangka, hari pertama berkenalan sudah semangat nak belajar^^). Aku, Haziqah dan Aqilah yang tiada asas dalam bahasa Arab diberi muqaddimah oleh 'sifu' Amy dan Fatin tika itu. Semuanya itu bersambung sehingga lewat malam, sehinggalah satu persoalan timbul.
"Siapakah ahlil bait kami yang keenam?"

Keesokkan harinya,
Kami semua bersama pelajar KIBA yang lain menduduki imtihan awwalan.Tidak kira ada atau tiada asas dalam bahasa Arab,semua wajib mendudukinya. Seusai sahaja imtihan itu,kedengaran suara ustaz kami memberitahu ada pelajar baru.

"Ismi Nur Lina Izzati,min Kedah."

Sebaik sahaja keluar dari dewan, baru kami ketahui dialah ahlil bait kami yang keenam itu. Terus kami serbunya, bertaaruf dengannya dan tidak mengambil masa lama,kami semua menjadi sahabat baik.

*****

1. Fatin Najihah Binti Zainudin

Asal, Pulau Pinang.Bakal doktor gigi dalam masa 5 tahun,kelulusan dari Universiti Iskandariah Mesir insyaAllah.  Seorang yang pada awalnya,ku sangka pendiam tetapi sebenarnya amat peramah dan juga matang. Diibaratkan sebagai kakak (kadang-kadang jua sebagai ibu^^") yang amat matang. Meskipun rakan sebilik,tidak banyak rahsia kami berkongsi bersama,tetapi itu tidak menjadi halangan untuk kami akrab. Mempunyai persamaan dengan menyayangi kucing, dan juga adiknya jua nama Farah (^^V). Prihatin pada kekemasan rumah dan sering tolong kalau ada dalam kesusahan.

2.Amelia Nur Natasha binti Nazeri

Asal, Kuala Lumpur tapi kini di Seremban. Pelajar jurusan Syariah dan Perbankan Islam 2 tahun di IKIP dan 2 tahun di Universiti Yarmouk Jordan.Seorang yang peramah malah dengannya sering kita bergurau senda. Amat matang, tidak macam aku yang kadang-kadang kebudak-budakan dan selalu juga dimarahi (marah manja-manja saja^^).Meskipun matang,tetapi hatinya lembut dan mudah untuk mendengar masalah orang lain. Antara semua ahlil bait, dia yang akan dirindui semua kerna akan bertolak 2 tahun lebih lewat dari kami. InsyaAllahbila tiba masanya dia tiba di Jordan,kami akan sambut dia di lapangan terbang Jordan.^^"

3. Haziqah binti Hashim

Orang Sibu Sarawak, digelar sebagai anak bumi Sarawak selepas Ba.Ta.Nun. Seorang yang gila-gila(perangainya,bukan mentalnya) dan happy go lucky.Paling peramah antara semua tetapi juga boleh jadi paling perahsia antara kami(?). Selalu menyakatnya (hehe) sehinggakan yang klimaks waktu ulangtahun kelahiran dia(kenangan terindah~). Paling peka kalau ada orang sakit dan paling cepat ambil berat terhadap orang sakit itu.InsyaAllah doktor gigi to-be dalam masa 5 tahun.

4. Siti Aqilah binti Amran

Kembar nama Aqilah, asal dari Shah Alam. Selalu pening bila nama aku turut dipanggil dengan Aqilah (sebab dia pun akan tertoleh sama^^"). Seorang yang bagiku pendiam tetapi ada masanya dia turut akan jadi gila-gila terutamanya bila dengan rakan sekamarnya Lina. Telefon Samsungnya selalu jadi mangsa kami angkara game 'Hungry Shark'( nak buat macam mana,teleon kami mana ada,isk3). Seorang yang tenang juga(?) dan tidak mudah cepat melatah,sesuai nanti dengan pekerjaan doktor gigi nanti insyaAllah.

5.Nur Lina Izzati 

Orang Kedah mai da~ Ahlil bait paling lambat sekali (sehari saja^^") dan paling ceria antara kami semua. Sentiasa senyum saja,setiap hari mesti dengar suaranya. Bakal doktor gigi juga(semua akan meninggalkanku terdampar di dunia medik TT) Paling penyayang, paling ambil berat, dan paling prihatin terhadap ahlil bait yang ada masalah . 

*****

Kini,semuanya tinggal kenangan,
Pahit dan duka ditelan dijadikan pengajaran,
Manis dan suka dijadikan penerbit senyuman,
Masa mungkin akan memudarkannya,
Tetapi bukannya ukhwah kita,
Meskipun berpisah dengan haluan masing-masing,
Ukhwah bukannya terputus malah lebih erat,
Simpulan benang merah semakin kuat dan kukuh,
Meninggalkan bekas di jiwa kita,
Roh kita,
Dan insyaAllah pada amal kita,
Tatkala dihisab di yaumul akhirat kelak.


~~~FI FUNDUK D'EMBASSY~~~


~~~ FI IKIP ~~~


Semoga kita berjumpa lagi....

--- KENANGAN DI KIBA... HILWAH AWI!! Bersambung... ---

No comments:

Post a Comment