Saturday 11 August 2012

.:: MUSLIMAH :- BENARKAH DICIPTAKAN UNTUK MENJADI FITNAH? ::.

.:: MUSLIMAH :- BENARKAH DICIPTAKAN UNTUK MENJADI FITNAH? ::.




Dengan lafaz Bismillah,

Semalam, tatkala ana merangka bait-bait sajak untuk disertakan dalam post ana yang terbaru di blog ana mahupun di page FB ana, ana teringat akan kata-kata sahabat ana, 

"Sesungguhnya tidak beruntung bagi seorang hawa di sisi Islam, sudah awal-awal didriskiminasikan oleh agamanya sebagai punca manusia memasuki neraka, mereka yang paling banyak memasuki neraka,dan mereka hanya diciptapada awalnya pun kerna ingin memuaskan nafsu dan kesunyian Nabi Adam AS di syurga dahulu. Adakah itu telah menyedapkan hati awak untuk memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Tuhan awak?"

"Ya," ana menjawab ringkas dan yakin sekali.

"Kalau begitu, boleh awak tangkis pendapat saya, berdasarkan Al-Quran dan Sunnah yang agama awak begitu pentingkan itu? Bolehkah awak tukarkan pandangan saya ini terhadap layanan Islam terhadap wanita? Kerna sejujurnya saya masih tidak memahami konsep keadilan terhadap wanita yang awak umat Islam begitu bangga-banggakan itu!"

"Gulp!" Masya Allah,terkaget ana waktu itu. Terdiam kami berdua pada waktu itu, dia diam menunggu jawapan dan ana pula terkelu lidah kerna tidak arif dan berilmu untuk sampaikan hujah dari dua sumber utama rujukan ad-Din yang benar. Soalan itu berlalu sebegitu sahaja, kehilangan sebuah peluang untuk ku membawanya mengenal Nur Islam dan kehilangan juga peluang dia untuk memandang Islam ke arah kebenaran. Semuanya kerna kejahilanku terhadap ilmu agama tika itu [Ya Allah, ampunkanlah daku!].

Tiga tahun sudah berlalu, namun kata-katanya itu tiba-tiba muncul dari ingatanku tanpa ana pinta. Mungkin ini adalah hidayah dari Yang 'Alim, untuk ana mula kupas isu ini, dan mudah-mudahan mendapat ilmu untuk ana menjadikan bekalan tatkala diajukan soalan yang sama, InsyaAllah.

Ku sedari,
Diriku bukanlah seperti Hassan Al-Basri,
Mampu memberi jaminan pada Simeon penyembah api,
Untuk memasuki Al-Jannah sebaik dirinya mengucap syahadah,
Kerna dirinya mempunyai kefahaman terhadap Islam agama yang benar,
Tapi diriku hanya insan di akhir zaman,
Yang mampu berusaha dengan mujahadah,
Dengan ilmu dan amal,
Dijadikan tauladan dan ikutan,
Orang yang jahil terhadap Islam,
Wahai diri,bangkitlah!
Bangkitlah untuk menjadi seorang dae'i!
[AraniAnwah]

*****

Ya Allah, Ya Khaliq, benarkah kau ciptakan kaum hawa semata-mata kerna untuk lampiaskan nafsu syahwat kaum adam?

Firman Allah SWT yang bermaksud :-
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat,menunaikan zakat,dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya.,Mereka akan diberi rahmat oleh Allah,Sungguh,Allah Maha Perkasa,Maha Bijaksana"
[09:71]

Sesungguhnya jauh sekali wahai sahabatku. Sudah jelas dari ayat al-Furqan ini, kaum hawa akan menjadi penolong kepada kaum adam, dan begitu juga kaum adam terhadap kaum hawa. Menjadi salah satu bukti kekuasaan Allah SWT, ada sesetengah perkara yang kaum adam tidak ada (misalan, kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak-anak yang soleh, memperkemaskan dan memperindahkan diri demi menjaga kesucian  agama Islam) dan juga kaum hawa tidak ada ( misalan, kawalan atas nafsu mereka untuk membezakan yang kehendak dan keperluan, menangani situasi yang begitu berat bagi kudrat dan emosi mereka) yang bila mereka berkerjasama, mampu diatasi dengan senang [insyaAllah]. SubhanaAllah!

Selain itu,bukankah sudah termaktub sekali di ayat tersebut, tugas kaum hawa yang sebenar-benarnya beriman adalah :-

~melaksanakan amar makruf nahi mungkar
~melaksanakan solat
~menunaikan zakat
~taat pada Allah dan RasulNya

Bukankah sama sahaja tanggungjawab kaum hawa dengan tanggungjawab kaum Adam di sisi Allah?
Itu semua tugas seorang khalifah, 
Tugas seorang dae'i di muka bumi ini,
Adakah lagi sebab untuk pertikaikan tangungjawab kita terhadap Allah,hanya kerna berlainan jantina?
Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui!

Ya Rahman,Ya Rahim, benarkah tiada lagi peluang untuk kami memasuki syurga?Adakah benar kami ini hanyalah fitnah semata-mata untuk kaum adam di muka bumi ini?

"Golongan yang paling sedikit menghuni syurga adalah kaum hawa"
[HR Imran bin Husain ra]

"Ketika aku berdiri di hadapan pintu neraka ternyata kebanyakannya adalah kaum hawa"
[HR Usamah bin Zaid]

"Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan ahlinya adalah fuqara'(para fakir miskin) dan aku melihat ke dalam neraka dan aku melihat kebanyakan ahlinya adalah kaum wanita"
[HR Bukhari dan Muslim]



MasyaAllah, adakah ini benar?

 Adakah ini benar  kata-kata Rasullah SAW, kekasih junjungan kami semua?

Adakah ini bermaksud termaktublah nama setiap hawa memasuki neraka?



!TIDAK!



"Sebahagian orang yang tidak faham,menyangka hadis-hadis ini merendahkan kaum wanita,padahal sama sekali tidak seperti itu.Malah Rasullah SAW terkenal sebagai seorang yang membela dan meninggikan martabat wanita.

Yang pasti,ahli neraka tidak ditentukan oleh jantina seseorang.Bukan juga bangsa  dan warna kulitnya,tetapi amal perbuatan seseorang selama hidup di dunya ini."

[UMAR M. NOOR, Majalah Solusi Keluaran 41]



Itulah kata-kata dari pakar dan alim. Sesungguhnya, hadis-hadis ini dikeluarkan bukan bermaksud kaum hawa dijamin masuk neraka, tetapi jika didalami maksudnya yang lebih mendalam, bukankah hadis-hadis ini membawa kita ke arah kesedaran, bahwa kaum hawa perlu ambil berat terhadap diri mereka dan amal mereka, kerna Rasullah SAW sudah memberi peringatan bahwa yang masuk ke dalam neraka hanyalah kaum hawa [begitu jua dengan kaum adam yang ingkar terhadap perintahNya!



Malah sekiranya ingin membicarakan tentang hal ini dengan hadis-hadis, terdapat juga hadis lain dan lebih banyak menceritakan tentang keistimewaan kaum hawa di sisi Islam.



Antaranya :-




Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Surga dalam sabda beliau :

” … seandainya salah seorang wanita penduduk Surga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Surga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.”

[HR. Bukhari]

Sesungguhnya istri-istri penduduk Surga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Diantara yang didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Istri-istri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.”
[Shahih Al Jami’ nomor 1557]


“Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”
[HR Tirmidzi dan Ibn Majah]


Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai”.
[HR Ahmad]



Begitu jua dengan kata-kata 'wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki' yang sering dijadikan isu hebat oleh penentang Islam. Mari kita selami kembali ayat-ayat cinta dariNya,

" Katakanlah kepada lelaki yang beriman,agar mereka tundukkan pandangan dan memelihara kemaluannya,yang demikian lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka tundukkan pandangannya,memelihara kemaluannyadan janganlah memperlihatkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat..."
[24:30-31]

Wahai sahabatku,sila teliti ayat-ayat ini,

Siapa yang diarahkan untuk menundukkan pandangannya dahulu?
Siapa yang diperintahkan untuk memelihara kemaluannya dahulu?

Sesungguhnya, yang patut menjaganya adalah kaum adam, kaum adam yang sepatutnya mengawal nafsu mereka,anggota badan mereka dari terjerumus dalam keindahan ciptaan Allah SWT bergelar kaum hawa.

Adakah ini bermakna kaum hawa terlepas dari semua bebanan?

Tidak sama sekali, seperti ayat yang tertera awal tadi, kaum hawa perlu menjadi penolong kepada kaum adam. Agar mereka tidak terfitnah dan kita juga tidak menjadi mangsa label punca kaum adam tidak mampu kawal nafsu mereka. 

Antaranya dengan :-

~Tundukkan pandangan
~Pelihara kemaluan
~Menjaga aurat
~Menjauhi zina
~Tidak melunakkan suara
~Menjaga ikhtilat antara kaum adam dan kaum hawa
~Tidak memandang dan tidak dipandang
~Tidak dibicara namanya dan membicara nama kaum adam


Bukankah ini telah buktikan Allah itu Maha Adil?

*****

Alhamdulillah,berakhir jua coretan ana di sini. Sudah lama ana kaji dan mencari sumbger-sumber dipercayai  untuk mencari kebenaran di sebalik keyakinan ana mengucapkan 'Ya' tatkala ditanya oleh sahabat ana dahulu.

Ku menggeliat, tersenyum tanda kepuasan, mata ana beralih dari skrin komputer riba ke tingkap bilik. Fikiran ana terus melayan kepada sahabat ana itu.

Moga coretan ana ini,mampu menebus kembali kekhilafan ana terhadap hujah terhadap sahabat ana itu. Mungkin ini juga mampu menjadi perantara dariNya kepada sahabat di luar sana,tidak kira Islam atau tidak, Adam mahupun Hawa untuk memberi kefahaman dan juga hidayah kepada mereka.

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment