Sunday 12 August 2012

.:: LISAN TERJAGA, IKHTILAT TERKAWAL,PERBINCANGAN DI LEWAT MALAM [1] ::.

.:: LISAN TERJAGA, IKHTILAT TERKAWAL,PERBINCANGAN DI LEWAT MALAM [1] ::.




Dengan lafaz Bismillah,

"Apakah bezanya penjagaan ikhtilat di antara kaum hawa dan kaum adam di alam realiti dan alam maya? Tak mungkin bukan?"

Lewat malam semalam, tatkala alunan nasyid 'Nantikanku Di Batas Waktu' nyanyian Edcoustics memecah kesunyian ruang bilik, di fikiran masih memikirkan bait-bait syair yang perlu diluahkan, rangka novel yang masih ditunggu oleh para sahabat yang setia di sisi sambil tangan tidak berhenti menyentuh papan kekunci komputer riba, ana ternampak satu status milik sahabat baru kenalan di Ba.Ta.Nun (BTN ^^), Nur Syafua binti Azman (bakal muallim lughatul Sinniah, melanjutkan pelajaran di Beijing,China) yang amat menarik hati ana.

Ini dia postnya :-

Apa yang ingin cuba disampaikan oleh sahabat ana ini? Mari kita rujuk ayat-ayat Al-Quran yang diberinya itu.

Bismillahirrahmanirahim,

"Tidak diucapkannya sepatah perkataan pun melainkan pada sisinya ada Raqib (pengawas) dan 'Atid (yang sentiasa hadir).
[50:18]

"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam semua perkara)
[33:72]

MasyaAllah,mendalam sungguh maksud ayat-ayat Al-Karim ini! Bagi ana,ia benar-benar menyentap perasaan ana sebagai seorang musafir dalam suatu penghijrahan. 

~~ JAGALAH LISANMU ~~



Kedua-dua ayat ini amat menekankan
 lisan kita,
bicara kita,
tutur kata kita,
Sesungguhnya tidak terpancar dari hati kita,
Melainkan melalui lidah kita,


Renungkan kembali, 
Muhasabah diri kembali,

Adakah kata-kataku hari ini mampu memberi kebaikan pada diriku?
Adakah kata-kataku hari ini mampu membawa yang jahil kembali pada yang haq?
Adakah kata-kataku hari ini diredhai Allah SWT?
Adakah kata-kataku hari ini mampu menamin diriku mendapat syafaat di akhirat kelak?

Atau...

Adakah kata-kataku ini hanya membuatkan Allah jauhkan diri daripadaku?
Adakah kata-kataku ini sudah mencerminkan hatiku yang makin lalai?
Adakah kata-kataku sudah menerbitkan penyakit hati insan lain?
Adakah? Adakah?
[AraniAnwah]

Nauzubillah min zalik!

Lisan kita sebenarnya yang paling berbahaya, dikukuhkan lagi dengan hadis yang mengatakan satu-satunya anggota badan yang takkan menjadi saksi di Yaumul Hisab adalah lidah kita.
Kenapa?
Kerna ia mampu menipu, mampu berputar belit, menjadi 'penolong' kepada hati yang tidak sihat untuk melakukan kemungkaran lain.

Tatkala Hujjatul Islam,Imam Al-Ghazali berteka-teki bersama anak muridnya, jawapan untuk soalan berkenaan objek apa yang paling tajam, dijawab oleh anak muridnya pelbagai jawapan.
Tetapi semuanya salah, kerna bagi Imam Al-Ghazali, jawapannya adalah lidah kita sendiri.
Mengapa?
Kerna ia mampu melukakan,malah membunuh seseorang lebih teruk dari mata pedang, iaitu melalui bicara kata kita terhadap hati mereka.

Ambillah iktibar, 
dari kisah Abu Talib dan Abu Jahal,
Tatkala dicela oleh Abu Jahal tentang kemungkinan Abu Talib akan tunduk dan hilang maruahnya di seluruh Tanah Arab jika memeluk agama dibawa oleh Kekasih Allah SWT,
membuatkan Abu Talib mengucapkan

"Aku lebih rela dicampak di dalam neraka dari dihina seluruh Tanah Arab!"

Maka dengan kata-kata itu, hati Abu Talib dimatikan oleh Allah SWT untuk menerima Islam sehingga akhir hayatnya.
MasyaAllah!

Ambillah pengajaran,
terhadap peristiwa pengislaman Saidina Umar Al-Khattab,
hatinya lembut mendengar alunan al-Quran dari mulut adiknya sendiri Fatimah,
sedangkan sebelum itu dialah penentang kuat Islam!

Sehingga akhir hayatnya, Saidina Umar menjadi antara tulang belakang perkembangan Islam, 
dari permulaan pengishtiharan beliau memasuk Islam,
hingga pengorbanan dia bersama Rasullah SAW di Madinah,
di sambung pula dengan kemodenan yang dibawa tatkala memegang jawapan Khalifah.
SubhanaAllah!

Hati ana beristighfar kembali, merenungi kisah silam dan zaman jahiliah ana.Sebak hati ana mengenangnya. Mampukah ini menjadi pendokong iltizam ana untuk berubah? Masih sedarkah lagi sahabat-sahabat ana di luar sana tentang pentingnya menjaga lisan mereka? 

Mungkin, dan mungkin...
Ini akan ana kongsikan, menasihati serta membawa kisah-kisah tersurat dan tersirat ini kepada masyarakat luar sana. 
Demi kebaikan bersama, kesejahteraan umat dan kehormatan Ad-Din sendiri.

Wallahu'alam

--- LISAN TERJAGA, IKHTILAT DIKAWAL, PERBINCANGAN DI LEWAT MALAM Bersambung ---

Nota kecil:-

Syukran wahai sahabatku NurSyafua, 
Kerna sentiasa mengingati, meskipun ringkas penyampaiannya,
tetapi maknanya menusuk hingga ke qalbu,
InsyaAllah,




No comments:

Post a Comment