Tuesday 14 August 2012

.:: HIJAB :- JANGAN PANDANG RINGAN WAHAI DOKTOR DAN PESAKIT ::.

.:: HIJAB :- JANGAN PANDANG RINGAN WAHAI DOKTOR DAN PESAKIT! ::.












Dengan lafaz Bismillah,

" Anak, nak sembahyang, lain kali tarik sedikit ke belakang telekung itu, nanti dahi tak kena tempat sujud, tak sah solat."

"Betul nak, bawah dagu pun jangan lupa tutup, aurat tak tutup terus batal solat."

Tersenyum malu ana ditegur oleh dua orang mak cik berusia likungan 50-an tatkala ingin menunaikan solat di hospital. 
Alhamdulillah,kelalaian serta sikap 'ambil ringan' tentangnya terus hilang selepas itu.
Itulah antara pengalaman ana yang masih ana ingati tatkala berada di hospital selama 5 hari 4 malam.
Tika ber'mastautin' di hospital tika itu, berbagai kerenah ana melihat, 
ada yang menggelikan hati,
ada yang menusuk kalbu,
ada yang seperti ingin ana teguri sahaja,
tapi ana mampu berdiam diri.
Mungkin insyaAllah tatkala ana sudah memegang jawatan sebagai doktor, mungkin ana boleh teguri sikap sesetengah masyarakat yang kurang sedap dipandang.

Teringat juga, 
Suatu petang tatkala menikmati makanan tengah hari,
[makan lambat kerna baru habis rawatan]
ana diteguri oleh seorang warga tua,
penghidap kencing manis yang selalu perhatikan ana.

Dia memulakan bicara,
"Adik, adik tak panas ke pakai tudung labuh tu? Kenapa tak pakai saja tudung sarung Indon tu?Takpun tak pakai langsung."

Ana pula menjawab,
"Mak cik, saya tak panas pun pakai ni. Lagi selesa bila pakai adalah. Lagipun makcik, keadaan saya belum lagi masuk kes darurat, jadi selama itu saya akan pakai."

"Tapi dik, kes adik ni lain. Sampai tidur, pergi mandi semua pakai tudung. Tak rimas ke? Mak cik yang tengok pun rimas."

Ana terdiam seribu bahasa. Tidak berani untuk menangkis, takut kecil hati warga tua itu, sedangkan jika mengikut adab terhadap yang sakit, emosinya perlu dijaga. Sekiranya dia tidak sakit ,mungkin ana akan menegurnya. Tapi disebabkan masih jahil ilmu agama dan keadaannya turut tidak mengizinkan, ana tak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya berdoa agar Allah membuka pintu hidayah dan kefahaman padanya.

Namun itu tidak bermakna ana berhenti memerhati dan memikirkannya. Ana kembali memerhati, memang terdapat kebenaran pada kata warga tua itu. Ada sesetengah pesakit yang pada awalnya datang bertudung labuh, membukanya sepanjang masa berada di wad. Para tibb[doktor dalam Lughatul Arabiah] pula tidak menegur mereka, malah yang menyedihkan ada yang menyuruh para pesakit mereka sendiri membuka tudung mereka itu.
MasyaAllah!

Persoalan kian bercambah,
Di fikiran hamba yang masih jahil,
Adakah ini darurat yang dikatakan Allah dan RasulNya?
Yang membenarkan mereka mendedahkan aurat mereka,
Sebegitu mudah tanpa paksaan?
Atau hanyalah perhiasan syaitan di hati mereka,
Untuk menghalalkan suatu yang haram?

Ya para doktor!
Bukankah kau lupa?
Tugas doktor bukanlah sebagai perantara kesembuhan secara zahir sahaja,
Malah jua di batin?
Adakah kau ingin menyesatkan pesakitmu?
Yang datang meminta pertolongan darimu?
Ingatlah amanahmu,
Ingatlah tanggungjawab di sebalik kot putihmu,
Jangan kerna kot putihmu,
Kau melupakan bahwa Allahlah,
Yang Memberikan kamu apa yang kau miliki.
[Arani Anwah]

***

Ana terpikat dengan satu buku yang berjudul 'Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah' nukilan Dr. Muhammad Ismail.

Ini dia bukunya,

Di dalamnya Dr. Muhammad telah memperincikan hampir keseluruhannya mengenai hijab, dari pengertiannya dari segi Al-Quran dan Hadis, cara pemakaian yang sebenar, faedah memakai hijab dan akibat sekiranya sebaliknya.

Apa yang memang menarik perhatian ana, adalah ia turut memperincikan tentang penjagaan hijab ketika berubat dan juga hukum membukanya untuk tujuan perubatan. 

?MENGAPA ANA TEKANKAN PERKARA INI?

Mudah sahaja,
Untuk para pesakit dan juga yang bakal sakit (setiap orang pasti akan menerima dugaan kesakitan),
Agar mereka tidak memandang ringan mengenai hijab tatkala mereka sakit, 
Untuk para doktor dan juga bakal doktor (peringatan untuk diri sendiri jua)'
Untuk mereka menyedari bahwa tugas mereka bukan setakat merawat sahaja, 
Tetapi untuk menyampaikan da'wah sebagai tanggungjawab kita sebagai khalifah.

Mari kita pelajari dan hayati, apa pendapat Dr. Muhammad setelah kajiannya dalam hadis dan Al-Quran dalam bukunya,

MENJAGA HIJAB SELAMA MENJALANI IBADAH PERUBATAN

Sesungguhnya hijab haruslah sentiasa dijaga walaupun seseorang itu sedang menjalani rawatan perubatan. Sebuah hadis menyebutkan :-

Dari Jabir RA, "Suatu ketika Ummu Salamah  meminta izin kepada Rasullah SAW untuk berbekam (hijamah). Rasullah menyuruh Abu Thalhah RA untuk membekam Ummu Salamah.Jabir RA berkata, "Saya berfikir Rasullah SAWmeminta Abu Thalhah untuk membekam Ummu Salamah kerana ia adalah saudara angkatnya atau ia adalah seorang yang masih muda."
[HR Muslim]

Hadis ini secara jelas menunjukkan kewajiban memakai hijab adalah tidak berubah meskipun dalam keadaan darurat contohnya ingin berubat. Hal ini adalah kerana seandainya hijab itu tidak diperlukan sewaktu berubat, maka Jabir RA tidak akan menyebutkan bahwa Abu Thalhah adalah saudara angkat Ummu Salamah mahupun seorang yang masih muda.

Pada hari ini kita dapat melihat wanita yang biasa berhijab di rumah-rumah mereka,namun mereka kurang memperhatikan hijab ketika urusan perubatan.Kita harus berusaha sehabis yang mungkin untuk mencari doktor atau yang mampu  merawatnya mempunyai hubungan mahram dengannya. Sekiranya tidak ada,barulah ia boleh pergi kepada orang yang bukan mahram untuk mendapatkan pertolongan.

***
Kifayah dil wakti!

Ana rasa cukup setakat di sini dahulu untuk kita membincangkan tentang hal ini.
Oleh itu perhatikan, dan muhasabah diri kembali,
Sama ada benarkah apa yang kita buat selama ini mengikut syariat agama?
Atau sekadar bertaklid buta dengan mudah mengatakan kita boleh membuka hijab kita tatkala berubat?

Tepuk dada,tanya iman.
InsyaAllah,akan ada kesinambungan mengenainya, yang khusus terhadap penjagaan hijab kita tatkala prosedur rawatan kita. 
Sekiranya tak sabar dan ingin cari sendiri,
Boleh beli buku ini dan membacanyasecara keseluruhan,
Sehingga waktu itu,
Ma'a  Salamah~

Wallahu'alam.

--- HIJAB :- JANGAN PANDANG RENDAH WAHAI DOKTOR DAN PESAKIT [1] Bersambung... ---



2 comments:

  1. salam ukhwah..ske entry yg ni... :)
    kdg2 bnda yg d aggp remeh tu lh prkra yg msti kna igt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiwah, sah ya mawar agamaku, sesungguhnya amalan kecil-kecil inilah yang membantu kita melangkah kecil ke al-jannah,namun jika dilalaikan akan menghakis amalan baik kita.InsyaAllah ada sambungannya,harap enti sabar menunggu =)

      Delete