Thursday 13 September 2012

.;; BIDADARI DUNIA AKAN MENJADI TARIKAN UTAMA DARI BIDADARI SYURGA ::


.:: BIDADARI DUNIA AKAN MENJADI TARIKAN UTAMA DARI BIDADARI SYURGA ::.



Dengan lafaz Bismillah,

Lagu didendang menusuk kalbu,
Mengingatkan ana kepada Kinabalu,
Ampun dan maaf dimohon seribu,
Kerna lama tidak berkongsi ilmu.

Assalamualaikum wbt,
Diucap kepada para sahabat serta kaum kerabat,
                Maaf kerna sudah lama tidak mengupdate blog ini. Bila dibandingkan bulan ini dan  sebelum ini, nampak amat ketara apabila melihat bilangan entry post. Bila dibukapun, seolah-olah blog ini turut terasa hati pabila dibukanya amat lambat sekali. Malah,sudah bersawang juga blog ini.

Antara sesawang yang mampu ditangkap gambar tatkala update blog ini (^^’)


Kali ini,ana ingin berkongsi sedikit sebanyak hadis yang ana baca dan juga hayati dari buku yang ana beli ya’ni ‘Biar Bidadari Mencemburui Dirimu’.

Ini dia bukunya.


                Persoalannya kini, mengapa begitu?Adakah mungkin bidadari syurga,yang tidak pernah buat salah dosa, yang tidak pernah dilihat apatah lagi disentuh mampu mencemburui diri kita yang banyak khilaf,banyak sangat kekurangan ini?

Jawapannya ialah YA!

                Mereka boleh mencemburui kita,malah amat merendah diri dengan kita. Kita juga akan berbangga tatkala itu kerna bidadari syurga akan mencemburui kita dan ini sendiri dibuktikan dengankata-kata Al-Amin, ya’ni Nabi Muhammad SAW.

                Tidak percaya? Ayuh kita membaca dan pada waktu yang sama menghayati kata-kata Nabi Muhammad SAW ini. Mari kita hayati perbualan antara Ummu Salamah RA dengan baginda SAW mengenai penciptaan bidadari dan sifat mereka ini.

                Ummu Salamah melaporkan, “Aku berkata, ‘Ya Rasullah,jelaskan kepadaku firman Allah tentang bidadari bermata luas lagi cantik...’ Rasullah menjawab,’Bidadari yang kulitnya bersih,matanya cantik seperti jeli dan luas,rambutnya berkilat bak sayap burung nasar (hering raja).’ Aku berkata lagi, ‘Jelaskan kepadaku ya Rasullah, perihal kata-kata Allah, ‘Laksana mutiara yang tersimpan sebaik-baiknya...’
Surah Al-Waqiah : 23

                Rasullah menjawab, ‘Kebeningannya seperti kebeningan mutiara dalam lautan, tidak pernah disentuh oleh tangan manusia...’ Aku bertanya, ‘Ya Rasullah,jelaskan kepadaku perihal kata-kata Allah , ‘Dalam kedua-dua syurga itu ada bidadari yang baik akhlaknya lagi cantik parasnya...”
Surah ar-Rahman :70

                Rasullah menjawab ‘Akhlaknya terpuji dan wajahnya cantik jelita.’ Aku bertanya lagi, ‘Jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Putih kekuning-kuningan seakan-akan mereka adalah telur yang disimpan sebaik-baiknya...’
                Surah As-Saffat :49

                Rasullah menjawab, ‘Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada pada bahagian dalam telur unta,ia dilindungi oleh kulitpada bahagian luarnya atau biasa disebut putih telur.’ Alu bertanya lagi, ‘Ya Rasullah jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Yang tetap mencintai jodohnya dan sebaya umurnya.’
Surah Al-Waqiah :37

Tunggu sekejap!
Istana syuwaiya!
                Katanya tadi ingin menceritakan tentang perihal bidadari dunya adalah lebih utama, lebih dicemburui. Tetapi mengapa kini, hanya tentang bidadari syurga yang diceritakan? Kami hanya bertambah cemburu dan rendah diri dengan mereka, bukan sebaliknya.

Mawar berduri ad-Din yang menjaga dirinya dengan durinya yang tajam,
                Itu sebenarnya hanyalah permulaan bagi perbualan antara Nabi SAW dengan Ummu Salamah RA. Pada permulaannya,diceritakan tentang perihal bidadari dunya yang begitu diperincikan dalam Al-Quran. Mengapa antunna bertanya? Ya sahabat, memang wajar anda berasa cemburu, demi anda menanam sifat semangat untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini, supaya anda mampu menjadi penghulu kepada mereka, penghulu kepada bidadari-bidadari syurga ini yang akan menjadi peneman kepada suami anda kelak.

                Mari kita sambung membaca perbualan mereka berdua yang dirahmati Allah ini,

                Aku bertanya lagi, ‘Ya Rasullah jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Yang tetap mencintai jodohnya dan sebaya umurnya.’
Surah Al-Waqiah :37

                Rasullah menjawab ‘Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal dunia apabila usia sudah dalam keadaan rabun dan beruban.Itu yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan mereka sebagai gadis-gadis yang penuh cinta,bernafsu,bersifat mengasihi dan umur mereka sebaya.’

                Aku bertanya, ‘Ya Rasullah,yang manakah yang lebih utama, wanita dunya atau bidadari bermata jeli?’ Rasullah menjawab, ‘Disebabkan solat,puasa dan ibadah mereka, Allah meletakkan nur di wajah mereka, tubuh mereka disaluti kain sutera,kulit mereka putih bersih, mereka berpakaian serba hijau,perhiasannya berwarna kekuningan, mereka mengenakan sanggul mutiara dan sisir mereka diperbuat daripada emas.Mereka berkata ‘Kami hidup abadi dan tidak mati.Kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu medampingi dan tidak berganjak. Kami reda dan tidak bersungut. Berbahagialah rang yang memiliki kami dan kami memilikinya.’

                Aku berkata, ‘Ya Rasullah, salah seorang wanita di antara kami pernah menikah dua, tiga ataupun empat lelaki lalu mereka meninggal dunya. Dia masuk syurga dan mereka masuk syurga. Siapakah antara lelaki itu yang menjadi suaminya di syurga?’
Rasullah menjawab, ‘Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu dia memilih orang yang terbaik akhlaknya di antara mereka.Kemudian dia berkata, ‘Tuhanku,ini adalah lelaki yang terbaik semasa hidup bersamaku di dunya.Maka nikahkanlah aku dengannya...’
‘Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik membawa dua kebaikan,dunya dan akhirat.’

[HR Tabrani]
...
(Krikkrik...Krikkrik...)

SubhanaAllah!
Alhamdulillah!
Allahu Azim!

                Betapa tingginya martabat wanita yang menjadi perhiasan terbaik di dunya nanti di akhirat kelak bahkan di syurga! Bukan sahaja dengan nikmat mereka perolehi, malah Allah memberi pilihan lagi untuknya memilih suaminya tatkala di syurga kelak untuk dinikahi olehNya!

Maka yang manakah satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang hendak kamu dustakan?
[Surah Ar-Rahman :13]

Para muslimah perhiasan yang terbaik,
                Sesungguhnya bukanlah dikatakan kemanisan paling agung jika tidak dirasakan kepahitan paling perit. Setiap apa yang kita inginkan,mestilah dilalui dugaan dan cabaran yang besar. Begitulah juga untuk bergelar bidadari dunya.Usahlahkita termakan kata-kata manis makhluk dunya ini yang memerikan bidadari dunya ini cirinya terketak pada kecantikan luaran semata-mata.Sebaliknya, berpeganglah pada AL-Quran ya’ni ayat-ayat Allah itu sendiri dan kata-kata kekasihNya.

Sampai sini sahaja kali ini, sehingga ada jodoh ditakdirNya.
Assalamualaikum wbt.
Wallahualam.

P/S:- Post kali ini merupakan bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Sambil berkongsi ilmu, ana ingin menunaikan janji ana terhadap sahabat ana di FB yang mahu ana berkongsi tentang kisah-kisah diceritakan dalam buku ini. Moga antunna semua puas hati.




No comments:

Post a Comment