Saturday 1 September 2012

.:: RINDU MAHABBAH :- IKHLASKAH KITA BERHIJRAH DEMINYA? ::.

.:: RINDU MAHABBAH :- IKHLASKAH KITA BERHIJRAH DEMINYA? ::.





Dengan lafaz Bismillah,

                Baru- baru ini ana baru sahaja membuat entry blog yang bertajuk  MOH TADDABUR AL-QURAN!:- MARI KITA REMBAT KEMULIAAN PALING TINGGI!. Dalamnya ana sertakan satu hadis sahih dari Hadis Arbain An-Nabawiyah serta Riyadhatus Salihin.

                Ini dia hadisnya,

Jadi semua tertanya-tanya,mengapa ana ingin utarakan hadis ini pada entry kali ini?

Rindu Mahabbah,
Sungguh begituku inginkan perasaan itu,
Rindui cintakan kekasihNya,
Sebagaimana baginda turut kasihkan kita,
Namun bagaimana?
Bagaimana kalau kita ingin mencintainya,
Jika kita tidak mengenali dan beramal dengan sunnahnya,
Mengambil iktibar dari kisahnya,
Dan menghayati apa yang dinasihatnya?

                InsyaAllah,pada hari ini yang diberkatiNya insyaAllah, ana ingin kenalkan lagi satu segmen dalam blog ana ini diberi nama ‘Rindu Mahabbah’. Sekiranya para sahabat mengikuti page ana di FB ( sila klik  ‘Arani Anwah: Dae’I Menuju Ke ArahPenghijrahan) semua pasti biasa dengan segmen ini yang banyak menyentuh tentang hadis- hadis Nabi SAW ini. Dalam segmen dalam blog ana ini pula, insyaAllah ana ingin memperincikan maksud hadis-hadis ini dengan menyertakan cerita dan tafsir dari para ulama tersohor juga dari kakak usrah serta ustaz ustazah yang ana yakin dengan ilmu agama mereka. Moga dengan ini ana mampu memberi kefahaman pada para sahabat untuk mendalami ilmu hadis sedikit-sebanyak sekaligus memperbaiki taraf kualiti ibadah anda.
InsyaAllah.

***

                Dengan hadis ini sebagai muqaddimah pada segmen ini, ana ingin  membuka mata para sahabat yang disanjungi kerna sikap ingin tahu pada ilmu terhadap satu kisah yang menjadi salah satu asbab munculnya hadis ini.

                Seorang lelaki di kalangan para sahabat amat mencintai seorang gadis rupawan bernama Ummu Qais. Lelaki itu berusaha agar Ummu Qais dapat dimilikinya. Dia pun meminang Ummu Qais sewaktu mereka masih berada di Makkah tika itu. Namun disebabkan ada halangan Ummu Qais menolak pinangannya lalu berhijrah ke Madinah. Lelaki itu berasa amat duka cita. Oleh sebab terlalu merindui Ummu Qais,dia mengambil keputusan untuk berhijrah menjejaki Ummu Qais,dengan harapan dia dapat memikat dan memujuknya semula di Madinah. Kisah lelaki ini sampai ke telinga Baginda SAW,lalu keluar hadis ini yang menyentuh tentang nawaitu tika berhijrah.

                Kisah ini adalah menjadi asbab kenapa wujudnya hadis ini, menjelaskan betapa pentingnya nawaitu kita tatkala melakukan suatu amal tidak kira ia adala sebesar-besar amal mahupun sekecil-kecilnya. Sekiranya sahabat Nabi SAW yang berhijrah tatkala itu kerna wanita yang ingin dinikahinya itu tidak diterima sebagai hijrah kerna Allah,apatah lagi jika kita berhijrah kerna inginkan perhatian?
Nauzubillah min zalik!

                Ana ingin memetik beberapa kata-kata para ulama yang turut menekankan hubungan nawaitu kita dan juga amal ibadat kita.Antaranya adalah,
               
                Berapa banyak amalan yang zahirnya nampak sebagai amalan akhirat tetapi bertukar menjadi amalan keduniaan kerana niatnya yang tersasar.
[Imam Burhan  Al-Din Al-Zannurji]

Cuba kita muhasabah diri,
Adakah kita pasti amalan kita selama ini,
Adalah amalan yang boleh dibawa ke akhirat?
Sedangkan nawaitu kita kadang-kala berubah.

                Boleh jadi sesuatu amalan kecil menjadi besar kerna niat, suatu amalan yang besar menjadi kecil kerna niat. Sesuatu amalan dinilai mengikut niat pelakunya.
[Hukama]

Tidak bermakna amalan kita,
Jika niat kita dihiasi dengan riak dan takkabur,
Yang dikatakan amalan yang berharga,
Adalah yang dipagari dengan iman dan disirami dengan taqwa.

                Dari sini,kita mampu menyimpulkan nawaitu itu amat mempengaruhi di mana amalan kita di sisiNya.Adakah ia semata-mata menjadi debu-debu yang berterbangan yang tiada nilai, atau menjadi suatu pemberat di Al-Mizan tatkala Yaumul Hisab kelak? Marilah sama-sama kita memperingati antara satu sama lain, sekiranya kita meletakkan setiap amalan kita kerna Allah dan bukannya lain,maka secara automatiknya Allah SWT akan sentiasa dengan kita. PembelaanNya, redhaNya, bantuanNya, kasih dan belasNya akan datang kepada kita kemudian.

                Tatkala ini mungkin pelbagai persoalan yang muncul dalam akal fikiran kita. Begitu juga dengan tatkala ana didedahkan dan diajar serta difahami tentang maksud hadis ini. Alhamdulillah,semuanya persoalan itu berjaya dijawab oleh naqibah (tatkala itu ana sedang berusrah tatkala di kursus persediaan ana) dan juga dengan bahan bacaan ana yang mengukuhkan jawapan naqibah ana.

                Antara soalan itu adalah :-
1.       Bagaimana pula kalau kita sudah sedar dari kelalaian dan kealpaan kita tetapi waktu itu sudah setengah jalan kita beramal?
JAWAPAN :-  Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Dia tidak mungkin akan membebankan hambaNya. Kerna itu,jika diikuti oleh pendapat sesetengah ulama, kita boleh berniat dan memperbaharui niat kita tatkala beramal tidak kisah pada awal, pertengahan mahupun tatkala akhir amal kita itu.
2.       Adakah kita hanya boleh niat kerna Allah SWT semata-mata dan bukan benda lain?
JAWAPAN :- Boleh, malah lebih baik jika dipelbagaikan niat kita itu,dengan syarat bahwa asasnya tetap kerna Allah SWT dan untuk kebaikan. Misalannya, sebagai seorang pelajar perubatan (ambil contoh terdekat dengan ana), niatlah demi Allah SWT, di samping itu untuk memenuhi keperluan dunya dan An-Nas kini yang perlukan rawatan kecemasan demi kesejahteraan mereka beribadat padaNya, dan juga berdakwah melalui jalan professional. Wallahu’alam.

                Cukuplah sampai di sini coretan ana kali ini.Harap ia mampu berikan kesedaran pada para sahabat untuk memperbaharui niat mereka tatkala beramal dan sentiasa menitikberatkannya. Sesungguhnya nawaitu ana untuk menulis ini juga kerna Lillahi Taala,di samping berdakwah pada diri sendiri dan juga saudara di luar. Semoga Allah meredhai apa yang ana coretkan ini.

Wallahualam.





No comments:

Post a Comment