Tuesday 18 September 2012

.:: DA'WA FI FACEBOOK AU YOUTUBE :- HARAMKAH? ::.

.:: DA'WA FI FACEBOOK AU YOUTUBE :- HARAMKAH? ::.


Dengan lafaz Bismillah,

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah wa syukur lillahi Ta'ala,

Ana melihat ramai yang sudah menggunakan laman sosial di internet ini sebagai medan dakwah dan perjuangan. Ana juga tidak segan-silu untuk mengaku bahwa ana turut adalah salah satu dari mereka. Dahulu hanya menggunakan laman web sosial untuk bertanya khabar pada kawan, 'like-mengelike' apa yang ana suka dan komen benda yang lagha, 'follow' yang ana suka di dunyawi padahal di akhirat,apa yang mampu  dibawanya?

Wallahu'alam.

Namun Allah lebih menyayangi ana,
Menyelamatkan ana dari terus melakukan perkara yang sia-sia ya'ni tidak membawa kejayaan pada diri sendiri,
Malah membawa ana lebih rapat dengan sahabat-sahabat soleh dan solehah yang sudi membawa ana bersama-sama menyeberangi jambatan dari lembah kejahilan ke lembah kebenaran.

Alhamdulillah! Syukran ya Rahman!

Tetapi hati ana kadang-kala tidak senang hati dengan kata-kata kawan-kawan waktu zaman ana masih jahil dahulu.
 Mencemuh ana tatkala sudah bersedia ingin berubah, 
menyindir ana tatkala cuba untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar 
dan yang paling teruk ana pernah kena
 adalah dikatakan seorang yang bodoh dan jahil 
dan diblock oleh sahabat ana sendiri kerna menegurnya dengan bersendirian.

'Tetapi orang yang sabar dan memaafkan,sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itulah termasuk hal-hal yang diutamakan.
[42 : 43]

SubhanaAllah!

Hanya ayat-ayat CintaNya sahaja yang menguatkan semangat anda untuk terus memaafkan mereka dan bersabar dengan cemuhan serta hinaan mereka.

Namun begitu, semua cemuhan dan hinaan itu tidak mampu menyentuh hati ana sebagaiman satu soalan yang merupakan sindiran halus oleh seorang sahabat.

" Arani, awak berdakwah dekat FaceBook pun, tetap berdosa sebab engkau bagi keuntungan dekat orang Yahudi yang cipta FaceBook ni!"

Hati ana tersentap dengan kata-katanya,
Benarkah kata-katanya?
Adakah benar diri ini telah berdosa tatkala ingin melakukan satu dakwah?
Adakah ini bermakna aku telah berbuat salah sepanjang dakwah ini?

Persoalan ini kembali menjelma dalam ingatan ana tatkala menonton rancangan 'Soal Asyraf' di televisyen tadi. Pengacaranya,ya'ni Imam Asyraf telah mengutarakan isu ini dalam episod kali ini dan alhamdulillah sedikit sebanyak telah menjawab persoalan ana ini serta memberi ana peluang untuk berkongsi tentangnya di entri kali ini.



Dengan lafaz Bismillah,
Dengan nama Allah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Nabi Muhammad SAW tidak pernah menghalang kita untuk bermuamalah dengan orang bukan Islam dalam sesuatu urusan. Malah ia sebenarnya digalakkan sekiranya ia membawa kepada kebaikan ummah,khususnya da'wah.

Hal ini kerna tidak semua yang berada di muka bumi Allah ini Allah hanya memberikan ilham untuk yang beragama Islam sahaja untuk mencipta benda-benda yang membawa kebaikan.
Dan tidak semestinya orang-orang kafir sahaja yang diberi ilham oleh Allah untuk mencipta huru-hara dan perkara yang membawa ke arah kebinasaan.
Tidak sama sekali!

Sekiranya kita berfikiran sedemikian, bukankah itu seolah-olah menolak sifat Allah Ar-Rahman, ya'ni Yang Maha Pemurah? Maha Pemurah kepada semua makhlukNya?

Oleh itu,tidak salah kita menggunakan kemajuan teknologi yang dicipta oleh orang kafir demi kebaikan ummah, lebih-lebih lagi jika terdapat kemungkinan besar untuk kebaikan yang dibawanya.

Misalannya,
Anda berdakwah melalui internet,tidak kisah sama ada melalui tazkirah bertulis di FaceBook mahupun video di Youtube,ia mampu ditonton dan dibaca oleh semua orang tidak kira Islam mahupun kafir di seluruh dunya, maka fikirkan.

Yang kafir, 
Mampukah anda katakan mustahil untuk mereka mendapat hidayah melalui da'wah anda?
Yang Islam,
Tidak mustahilkah anda menjadi sumber mereka mendapat ilmu dan pemantapan akidah mereka?
Dan anda sendiri,
Tidakkah mampu menjadi salah satu asbab untuk mereka di luar sana untuk mengucapkan dua kalimah syahadah?
Tepuk dada,
Tanya iman.

SubhanaAllah, benarlah kata seorang kakak tarbiyah ana,

"Di akhir zaman ini, ramai yang tidak menyedari bahwa terdapat amalan yang amat halus sehingga tidak nampak akan kebinasaannya pada diri kita di Yaumul Din nanti. Dan begitu juga sebaliknya, betapa ramai yang tidak nampak jalan yang dibuka oleh Allah untuk beramal hingga nama kita mampu dipanggil di Al-Jannah milik Allah nanti."

Dan ia memang benar,
Di akhir zaman ini, begitu mudahnya kita hendak berdakwah dan melakukan kebaikan sehingga mudahnya itu hanya dengan menaip papan kekunci. HARUS hukumnya untuk kita berdakwah di internet dan laman sosial meskipun ia bukanlah ciptaan orang Islam.

Kalau ingin diperdebatkan lagi tentang hal ini,
Mengapa tidak pernah terlintas di fikiran kita tentang hukum menaiki kapal terbang sedangkan ia dicipta oleh orang bukan Islam,
Kenapa tidak terdetik di hati kita tentang haramnya menonton televisyen sedangkan ia bukannya ciptaan milik orang beragama Islam?

Bercerita tentang hukum, hukum HARUS itu boleh bertukar menjadi MAKRUH ataupun HARAM kerna penyalahgunaan internet itu sendiri.

Ia akan menjadi HARUS  apabila digunakan untuk da'wah, tetapi ia bertukar menjadi sebaliknya sekiranya ia tidak membawa ke arah kemajuan diri mahupun ummah malah mendekatkan kita kepada perkara yang lagha dan melalaikan.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, ya'ni mereka yang khusyuk dalam solatnya, dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia."
[23:1-3]

Oleh itu, janganlah mula berseronok dan senang hati apabila adanya hukum yang mengharuskan penggunaan internet, sebaliknya kaji erlebih dahulu tentang hukumnya untuk urusan apa dan dikeluarkan oleh siapa.

Kifayah dilwakti!

Sampai sini sahaja perkongsian ilmu ana kali ini. InsyaAllah dipanjangkan jodoh akan ana berkongsi ilmu yang lebih banyak dan sahih insyaAllah yang ana dapati dari kehidupan seharian ana melalui perantara yang dikurniakan Allah. Sehingga saat itu, moga anda semua dirahmatiNya dan dilindungiNya.

Assalamualaikum.
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment