Saturday 22 September 2012

.:: SAAT ANA MULAKAN TARBIYAH... ::.



.:: SAAT ANA MULAKAN TARBIYAH... ::.

Assalamualaikum wbt,

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
[Al-Imran :110]

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
[At-Taubah :71]

Wahai mara'ah yang solehah,
Diangkat martabatnya dalam ad-Din milik Allah SWT,
Betapa beruntungnya untuk menjadi golongan tabligh,
Mengajak ke arah kebaikan yang disukai Allah,
Serta menolak kemungkaran yang dimurkai Allah,
Alhamdulillah!Wa syukru lillahi Ta'ala!
Begitu mudah untuk kita mencapai al-Jannah!
Begitu mudah untuk mendapat gelaran mukmin sejati yang dikasihiNya!

[AraniAnwah]

Betulkah mudah?
Senang-senang sahaja nak dapat gelaran mukmin sejati? Memang jahil betul!

Kata-kata itu timbul di lubuk hati ana suatu ketika dahulu. Tatkala ana sudah hampir pasrah dengan sikap sesetengah orang ramai yang memperkecilkan usaha ana dengan cuba untuk berdakwah pada orang ramai.
Pada fikiran ana waktu itu, 'mungkin inilah perasaan ahli BADAR SERATAS yang berusaha untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan di sekolah.' Ana mengeluh sendirian.
Ana berdoa padaNya di suatu keheningan malam.

"Ya Rabbi, Ya Rabbi, Ya Rabbi,
Adakah ini sebab sikapku dahulu?
Yang selalu memperlekehkan tarbiyah orang lain kepadaku,
Sehingga engkau membalas perkara yang sama terhadapku?
Adakah ini sebab aku melarikan diri dari majlis-majlis ilmu dan usrah waktu dahulu,
Sehingga engkau takdirkan orang-orang yang cuba ditarbiyah olehku turut melakukan yang sama?
Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Waddud,
Sesungguhnya aku bertaubat daripada kemungkaran itu sejakku sedar akan tugasku,
Amanahku,kewajipanku,
Berikanlah daku peluang untuk kembali laksanakan tugasku sebagai seorang khalifah,
Menegakkan syiar agama di bumiMu ini.

Aamiin, aamiin, aamiin ya rabbal 'alamin."

Sejak dari hari itu, ana tidak putus-putus untuk berdoa yang sama. Kemudian ana menyedari, mungkin ada salah silap ana yang ana tidak sedari. Mungkin nawaitu tidak dicurahkan semuanya demi Lillahi Ta'ala, mungkin ana masih tidak laksanakan fardhu ain yang lain, mungkin dan mungkin lagi...

Sampai suatu hari,ana mendapat SMS dari seorang sahabat lama di alam persekolahan dahulu, tidak terlalu rapat dan mengenalinya melainkan dia adalah seorang ahli BADAR di sekolah dahulu. 
Beliau mengucapkan tahniah dan setinggi kesyukuran kerna melihat penghijrahan ana yang baginya amat mendadak sejak baru beberapa bulan meninggalkan alam persekolahan. Dan tidak menjadi nawaitunya yang lain selain lillahi Ta'ala untuk memberi kata-kata dorongan supaya ana sentiasa berubah dan insyaAllah mampu membuat orang lain turut berhijrah.

Menitis air mata ana membaca SMS itu, mungkin kerna itu adalah kali pertama ana mendapat sokongan dalam penghijrahan ana. Malah ketika itu keluarga dan sahabat rapat masih tak boleh menerima perubahan mendadak ana ke arah lebih baik. Dari situ ana sedari, Allah telah menjawab doa ana. Memberi kekuatan secara tidak langsung untuk teruskan penghijrahan dan dakwah ana meskipun banyak yang menentang dan tidak menyokong. Hanya dengan satu SMS ringkas dari seorang sahabat yang ana langsung tidak rapat di sekolah.
 Kuasa Allah Maha Hebat!

Sejak dari itu,ana cuba untuk bersangka baik ya'ni husnuzon dengan setiap perbuatan orang, tak kira yang menyenangi atau sebaliknya. Sekiranya Imam Al-Ghazali,Hujjatul Islam yang begitu disegani ramai turut bersangka baik kepada semua orang yang ditemuinya tidak kira siapa, apatah lagi ana yang serba kekurangan ini.

Dalam masa beberapa bulan,ana telah mampu bangkit dan juga berdakwah dalam pelbagai cara.

Ana menubuhkan page FB diberi nama Arani Anwah :- Dae'i Menuju Penghijrahan,
Dijemput oleh sahabat lama di sekolah dahulu untuk turut menyemarakkan lagi page FBnya Lakaran Jalanan,
Serta dijemput untuk menjadi admin di page-page dakwah di FB lain seperti Indahnya BerpurdahCinta yang Dicari Pasti Akan Pergi, Cinta Yang Datang Pasti Akan Kekal AbadiWanita Solehah dan juga Islam Itu Indah,
Mutasyakir awi awi! Kerna memberi peluang begitu banyak untuk ana!
Turut tidak juga terlepas untuk berdakwah secara langsung melalui FB ana dengan nama pena ana AraniAnwah,
Dan kini berkembang di laman Twitter dan juga Tumblr yang baru membangun,
Tidak juga  melupakan,
Sahabat-sahabat yang kekal di ingatan ana,
Tetap ana memberi kata-kata semangat dan tarbiyah melalui SMS ringkas sebagaimana sahabat ana dahulu pernah lakukan pada ana,
Moga Allah melembutkan hati mereka untuk ke arah lebih baik,
Dan moga Dia merahmati apa yang ana lakukan kini.

Kini,alhamdulillah ana bersyukur ke hadrat Illahi, kerna diberi peluang untuk berdakwah dan melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar meskipun tidak seberapa. 
Cinta ana pada da'wah tidak pernah surut,malah makin berlipat ganda,

Ada yang pernah bertanya,
"Tidakkah engkau takut, engkau hanya digelar ustazah FB ataupun pendakwah FB saja?"
Ana menjawab,
"Buat apa untuk ana risau,sekiranya ia adalah perkara baik? Ia malahan adalah doa untuk ana terus mengorak langkah menjadi seorangu stazah mahupun pendakwahy,meskipun di laman alam maya sahaja.Mana tahu?Ana mungkin akan jadi sebegitu jua di alam realiti suatu hari nanti bila diizinNya?"
Ada yang mencemuh,
"Alah!Setakat nak berdakwah semua tetapi diri sendiri tidak betul buat apa?!Pii~lah!! Tunjuk baik konon!Dulu bukannya baik mana! Sama je dengan aku!"
Dengan penuh kesabaran ana mulakan bicara,
" Memang benar,ana tidak sebaik mana. Dan memang benar ana sama sahaja dengan enti. Tetapi sekurang-kurangnya ana sudah bangkit dan bersedia untuk ditarbiyyah dan mentarbiyyah. Dan ana sedari ana tidaklah mempunyai ilmu yang tinggi sepertimana ulama2 mahupun ustazah yang terkenal di luar sana,tetapi sekurang-kurangnya ana sudah cuba untuk berusaha menuntut ilmu sepertimana mereka jua. Dan memang ana tidaklah sebaik mana untuk memberi nasihat,tetapi dengan memberi nasihatlah ana mampu menyedarkan diri ana sendiri atas kekurangan yang selama ini ana tidak sedari."

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
[Al-Imran :104]

Sesungguhnya Allah akan mempermudahkan urusan kita dan jalan ke arahNya sekiranya kita yang berusaha untuk mendekatiNya.
Dan sesungguhnya dengan amar ma'ruf nahi mungkar, kita mampu untuk mentarbiyyah diri sendiri dalam mentarbiyyah orang lain demi ke arahNya.
Jadi mengapa kita tidak mahu mengambil peluang itu?
Yang banyak manfaat pada kita?

Tepuk dada,
Tanya iman,
Akal bermuhasabah.

Sekian sahaja dari ana kali ini. Ana akhiri post ana kali ini dengan beberapa semangat dan kata-kata tarbiyah yang ana sempat post di page ana dan alhamdulillah mendapat sokongan dari para pembaca.


Page Cinta Yang Dicari Pasti Akan pergi, Cinta Yang Datang Pasti Akan Kekal Abadi




Assalamualaikum wbt,
Wallahu'alam.





1 comment: